Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 April 2019

Surat Terbuka Untuk Fahmi Reza : Badutkan Pemimpin Bukan Idea Kamu, Ia Idea Ciplak Tak Payahlah Perasaan - SEDAR MALAYSIA.

SEDAR MALAYSIA | Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fahmi Reza di atas satu kenyataan yang disertakan dengan gambar Stiker Edisi Badut Malaysia Baharu. Kami sudah lama memancing agar si artis punk ini membuat kenyataan bahawa SEDAR Malaysia telah meniru idea beliau.



Kenapa kami menunggu kenyataan itu? Kerana kami ingin mendedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa idea membadutkan ahli politik bukanlah idea asli beliau. Jika lihat dua gambar di bawah, satu badut Dick Chenney dan satu lagi badut Tony Blair dan kedua-dua imej ini dari tahun 2006 lagi. Malah pada tahun tersebut, ada satu pertandingan untuk membadutkan ahli-ahli politik.

Sebenarnya pergerakan membadutkan ahli-ahli politik ini sudah lama berlaku. Rajinkan diri membuat carian di ruang maya, sudah pasti anda semua akan jumpa. Contohnya cubalah Google "rodeo clown George Bush" yang menjadi satu kontroversi pada satu ketika dulu.

Kami di SEDAR Malaysia tidak malu untuk mengaku, bahawa kami telah 'adopt and adapt' konsep mereka membadutkan pemimpin politik yang layak untuk dibadutkan.

Fahmi Reza, adakah anda akan membiarkan para penyokong-penyokong PH percaya idea badut DSN anda itu tidak pernah dipakai oleh artis-artis sebelum anda?

Fahmi Reza, anda dan rakan-rakan 48% yang mengundi Pakatan Harapan memang semua kurang pandai. Samada kurang pandai untuk menipu atau kurang pandai untuk kenal satu penipuan.

Fahmi Reza, pesanlah kepada pemimpin-pemimpin PH yang anda kenal bahawa kami di SEDAR Malaysia ini bukan bodoh. Kami tahu pemimpin-pemimpin PH tidak tahu apa tindakbalas yang perlu diambil terhadap SEDAR Malaysia ini. Bukan sahaja kami tiada "political master", kami adalah orang yang anda tidak pernah dengar sebelum PRU14. Oleh kerana kami ini datang dari "out of nowhere" ianya menyusahkan kerajaan PH sebab tidak ada banyak yang mereka tahu pasal musuh mereka yang terbaru ini.

Fahmi Reza, sampaikanlah kepada pemimpin-pemimpin PH, bahawa SEDAR Malaysia tidak pernah gentar menghadap pemimpin-pemimpin PH. Sampaikanlah kepada pemimpin-pemimpin PH, bahawa ahli-ahli SEDAR Malaysia, yang mengatur strategi pertempuran untuk menjatuhkan kerajaan PH ini di gelanggang PRU nanti, bukanlah sama ahli politik sedia ada, yang mudah dibaca pergerakannya.

Fahmi Reza, minta jasa baik ingatkan pemimpin-pemimpin PH #apasudahjadi akan menjadi satu kempen yang menyatukan semua bangsa di bumi Malaysia ini dan menjadi pemangkin runtuhnya PH.

Fahmi Reza, sampaikan jemputan kami kepada pemimpin-pemimpin PH untuk hadir ke acara, Apa Sudah Jadi? Sesi Keluhan Rakyat pada 1 Mei 2019, dan juga Perhimpunan Aman Apa Sudah Jadi? 1 tahun 100 Hari pada 17 Ogos 2019 ini.

Fahmi Reza, nikmatilah kerajaan PH ini sementara ia masih ada, kerana ianya pasti akan tumbang. Selagi ada darah yang mengalir di tubuh kami, selagi nadi kami masih berdenyut, kami akan menunaikan tanggungjawab kami sebagai rakyat marhaen.

Terima kasih.

Gambar dari FreakingNews.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...