Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 April 2019

Ini Lima Sebab Kenapa Pakatan Harapan Kalah Di #PRKRantau.

NURUL ASYIKIN | Ada orang kata kekalahan Pakatan Harapan di PRK Rantau adalah kerana Barisan Nasional memainkan kad perkauman. Eh benarkah begitu?


Gambar : sumber sosmed.
Sementara saya membiarkan mereka yang berpandangan seperti itu untuk terus berpandangan seperti itu, izinkan saya berkongsikan lima punca kenapa Pakatan Harapan kalah di RANTAU berdasarkan pemerhatian saya.


1. S. Streram.

Meletakkan Dr. Streram sebagai calon merupakan tindakan tepat bagi kacamata Pakatan Harapan kerana beliau adalah individu yang mempertikaikan kemenangan Tok Mat secara sah dan perjuangannya itu terbukti benar.

Bagaimanapun, ia menjadi tidak tepat berdasarkan situasi. Di mata pengundi melayu, Pakatan Harapan tidak lagi boleh meletakkan calon india yang dilihat india. Meletakkan calon india tiada masalah tetapi calon india yang diletakkan perlulah membawa wajah calon Malaysia.

Wakil rakyat india dari Pakatan Harapan telah melakukan kerosakan yang teruk dalam insiden Adib.

Imej mereka bukan sahaja rosak dikalangan penyokong pembangkang, atas pagar malahan rosak dikalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri. Percaya atau tidak, dikalangan kawan-kawan melayu yang sokong Pakatan Harapan mereka juga meluat dengan menteri india dari Pakatan Harapan. Bayangkanlah bagaimana teruknya kerosakkan yang PH lahirkan menerusi insiden Adib. Ianya tidak akan hilang dengan masa. Tidak, sekurang-kurangnya untuk 5 tahun kebelakangan ini.

Streram gagal berbahasa melayu. Streram suka cakap merapu. Walaupun dah kantoi beberapa kali kerana menipu, dengan muka tak malu masih lagi meneruskan penipuan.

Laporan Sinar Harian - Gambar Ali Abu.
Streram juga terpalit dengan imej hutang dan dilawan oleh geng parti sendiri.

Streram juga begitu bodoh ketika berkempen boleh pula buat video kutuk anak sendiri tak dengar cakap. Kebodohan-kebodohan sebegini dipamerkan ke atas pengundi, bagaimana mungkin mereka nak sokong membuta tuli?

Tambahan pula, DSAI terlalu mendominasikan kempen berbanding menonjolkan Streram. Orang yang tidak tahu mungkin akan berfikir calon di PRK Rantau adalah DSAI dan bukannya S.Streram.

2. M. Kulasegaran. 

Untuk kemenangan Barisan Nasional di PRK Rantau, saya percaya kenyataan Kula membuatkan pengundi melayu atas pagar telah memutuskan untuk memangkah Tok Mat.

Mungkin sebelum ini mereka 50-50 tetapi kenyataan Kula membuatkan mereka lari dan terus memangkah BN.

Terjemahan ini disahkan benar oleh rakan fb kaum india.
Kula menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ketika berucap di pentas PRK Rantau.


Kula kata kenyataannya telah diputarbelit dan dipetik luar dari konteks. Kula juga bercadang mahu menyaman pihak yang menuduhnya perkauman.

Dalam rakaman tular itu Kula mendakwa;

👉 Melayu kata india pendatang dalam bahasa melayu

👉 Melayu kata Ahli Parlimen india penumpang, tiada hak, itu yang dicakapkan melayu kat kampung-kampung melayu.

👉 Lepas tu datang RANTAU, merayu beri peluang kepada Tok Mat.

👉 Tok Mat beli rumah 10 juta sementara kaum india kesusahan disini.

👉 Oleh kerana kaum sama, darah sama, maka kena undi S.Streram. Kalau tak mana Kula nak letak muka. Apakah akan terjadi jika taknak bagi sokongan kepada kaum sendiri.

👉 Kula juga menyuruh pengundi kaum india bayangkan, apa akan jadi di kabinet nanti, jika kaum kamu tak undi kamu, tapi tamil undi pula Tok Mat, bagaimana?

👉 Kula juga berkata banyak masalah sebenarnya boleh dibawa ke menteri melayu, menteri cina tetapi kaum india taknak bawa kerana tak suka sebaliknya bawa ke dia kerana india rasa gembira minta tolong dengannya.

👉 Banyak kali juga Kula datang ke Rantau, ada banyak kedai makan cina dan melayu tetapi Kula suka makan kat kedai india sahaja. Alasannya kerana kaum yang sama.

👉 Kula juga berkata bayangkan jika BN menang PRU14 lepas, kemungkinan besar seluar yang dipakai hari ini pun mereka akan ambil dan tak dapat nak dipakai lagi..

Kula setakat ini tidak menjelaskan secara terperinci kenyataan yang mana satu telah diputarbelitkan dan dipetik luar dari konteks.

Tetapi mesej seperti, tak makan kat kedai cina, melayu. Menteri melayu, cina ada tetapi india suka bawa masalah ke menteri india sahaja membayangkan kaum india tidak menyukai orang cina dan orang melayu.

Bahkan juga memberikan bayangan menteri Pakatan Harapan bekerja berdasarkan kaum. Tidak boleh buat kerja demi RAKYAT MALAYSIA. Ini memburukkan menteri Pakatan Harapan secara tidak langsung.

Dan undi juga perlu diraih secara perkauman. Dalam masa kita menentang perkauman, kita juga sebenarnya perkauman. 

Semangat kebangsaan, keMalaysiaan semakin teruk terhakis sejak kebelakangan ini dan tak faham kenapa kenyataan-kenyataan seperti di atas perlu dikeluarkan dari mulut seorang Menteri.

3. 10 juta.

Seperti biasa, menteri india suka memperbesar-besarkan cerita. Berbanding bercerita mengenai polisi dan kebaikan Pakatan Harapan, mereka cenderung menyebarkan cerita yang belum terbukti kesahihannya.

Kula juga sebegitu ketika berkempen di Rantau. Dia bercerita mengenai 10 juta. Tidak salah tetapi rakyat tidak lagi mahu persepsi. Jika cerita 10 juta itu merupakan satu kesalahan, maka sila ke balai polis dan SPRM.

Bercakap perlu seiring dengan tindakan. Selagi tiada tindakan maka ia dakwaan tak berasas. Bila dah tak berasas, sembang banyak kali buat apa?

Sembangla banyak kali mengenai kebaikan Pakatan Harapan di N9 ataupun Malaysia secara khusus. Hebahkanlah mengenai perubahan-perubahan yang telah PH lakukan selepas mengambilalih kerajaan berdasarkan fakta semasa dan bukannya sembang kencang babi terbang.

Banyak pihak ungkit cerita silam 10 juta. Cerita 10 juta memang tular. Tapi apa gunanya jika tak boleh bawa undi?

Nak bawa cerita apa pun jika tak boleh bawa undi, maka hentikanlah.

Mungkin tak boleh pakai seluar jika BN menang GE14? Hello, BN menang GE sebanyak 13 kali tau. 13 kali. Pernah ke Kula tak dapat pakai seluar? Inilah contoh sikap ahli politik yang suka perbesarkan cerita dan buat cerita bodoh. Kau gelak ke pembangkang? Jangan. Korang punya pemimpin pun dua kali lima. Tapi untuk Rantau, kredit tetap kredit. Tok Mat memang nampak serdahana.

4. PAKATAN HARAPAN

Beberapa perkara yang dilakukan Pakatan Harapan telah membuatkan pengundi anda berasa sedikit mereng.

Sikap uturn yang ditunjukkan banyak kali merupakan kerosakkan. 

Masalah kos sara hidup yang gagal diselesaikan, menyusahkan.

Tambah pula cukai baru itu ini, maka orang bertambah marah.

Sesetengah cukai itu tak usik pun B40. Tetapi masalahnya di Malaysia neh bukan semuanya B40. Ada juga T20 dan M40. Fikirlah, sementara kerajaan terus sasarkan kebaikan dan kepentingan B40 ekasih yang gajinya bawah 1,000 sebulan, yang mana merupakan satu perkara bagus tetapi apakah logik untuk kerajaan terus menjarah hasil dari M40?

Bila kita minta kerajaan kaji balik mengenai cukai gula dan cukai travel, ini bukan bermakna kita memenangkan orang kaya dan orang obesiti kencing manis. Bukan. Kita minta kaji kerana ia ada kesan rantaian. Kesan rantaian ini bukan semestinya dari segi fizikal. Ia boleh hadir dalam bentuk emosi. Jika emosi M40 tidak suka kepada polisi percukaian Pakatan Harapan, mereka tidak akan mengundi kamu lagi. Mereka boleh berasa bimbang, mula-mula rm40, lepas tu mungkin rm80, lepas tu rm200 hilang dari wang pendapatan mereka kerana nak penuhi tanggungjawab polisi percukaian Pakatan Harapan. There is no end, no limit to what Pakatan Harapan can do to M40. M40 neh tidak miskin tetapi polisi boleh membuatkan mereka menjadi miskin jika keseluruhan wang gaji dibayar untuk rumah (nak beli low cost tak layak) + kehidupan (sara hidup).

Mungkin, untuk kualiti hidup yang lebih baik setelah seharian penat bekerja, mereka perlukan kopi yang bagus di cafe.

Mungkin untuk perasaan gembira yang lebih lama, kerana penat mengadap karenah dunia, mereka perlu travel setahun dua kali ke luar negara. 

Tetapi jika emosi mereka dirosakkan atas nama cukai, ya, KAMU. AKAN. HILANG. UNDI.

5. AMBIL MUDAH UNDI CINA DAN INDIA. 

India dan cina fixed deposit Pakatan Harapan. Letak kayu dengan BN, kayu akan menang. Letak batu dengan BN, batu akan menang.

Begitulah mudahnya undi india dan cina diremehkan oleh penyokong Pakatan Harapan.

Analisis pola pengundian PRK Rantau secara terperinci belum keluar, jadi kita taknak sembang khusus sangat kat sini.

Secara kasarnya, dua PDM majoriti india dimenangi oleh BN.


PDM majoriti cina pula masih dimenangi PH tetapi dengan kemerosotan 10% dari jumlah undian yang pernah diterima oleh Parlimen Rembau (GE14).

Adakah mereka uturn? Atau boikot?

Ini bermakna, PH perlu berhenti take for granted undian dari kaum cina dan india.

Mereka juga seperti kaum melayu dan kaum lain, iaitu mahukan kerajaan yang memperkenalkan polisi yang baik dan bagus untuk semua.

Apakah PH yakin cukai gula dan cukai travel diterima secara baik oleh kedua-dua kaum ini?

Apakah PH yakin uturn sana uturn sini cina dan india gembira?

Apakah PH yakin membatalkan projek mega itu projek mega ini dan menyalahkan BN akan membuatkan cina dan india setia?

Apakah PH yakin tanpa polisi yang baik, politik perkauman, mementingkan hanya satu golongan, menteri yang suka bercakap merapu tanpa fakta, kantoi ijazah palsu, tidak akan membuatkan india dan cina menjauh?

Tahukah anda, orang cina merasa tidak seronok apabila ada kempen BOIKOT BARANGAN CINA selepas pemimpin Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan berbaur rasis? Bukan ini yang mereka mahukan. Mereka hanya tidak sukakan BN. Bukan tidak sukakan melayu. Tetapi jika sesetengah pemimpin/ahli politik PH suka bermain kad politik perkauman dan mendorong ke arah kebencian terhadap kaum tertentu, mereka juga akan merasa meluat. Bukan dengan melayu. Tetapi dengan kamu.  

Dan satu lagi, tolong fahamkan ini.

Sebenarnya, yang kuat bising kat sosmed tu hanya membawa sokongan dia sahaja. Tidak membawa sokongan orang lain ataupun sokongan majoriti. PH perlu berhenti fikir jumlah like, share, komen, retweet yang tinggi adalah tanda sokongan. Jika pembangkang mahu berfikir begitu, maka biarkan mereka. Anda sebagai kerajaan tidak boleh berfikir seperti itu. Sokongan yang sebenarnya di atas peti undi. Untuk itu, sila bekerja bagi mendapatkannya. Polisi yang baik, unit penerangan yang cekap, barisan pentadbiran yang berkebolehan, tiadanya serangan dan percakapan merapu, bebas rasuah dan penyelewengan, ya, anda memang boleh mendapatkan undi itu dari rakyat Malaysia. - 13 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...