Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 April 2019

Kerajaan PH : Harapan Yang Musnah #PRKRantau.

Muhammad Agus Yusoff | Kerajaan PH : Harapan Yang Musnah

Tewasnya PH tiga kali berturut-turut dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau menunjukkan kekecewaan rakyat dengan kerajaan ini. 


Rakyat kecewa kerana menterinya tidak kompeten, dasarnya tidak jelas, kos hidup semakin meningkat, tadbir urus yang lemah, dan lainnya.

Saya ingat pemimpin PH demokratik dan boleh menerima perbezaan pandangan, tetapi realitinya tidak. Apabila empat orang pensyarah memberikan pandangan mereka tentang Statut Rom, ada pemimpin PH yang meminta mereka disiasat dan diambil tindakan. Kenapa sampai begitu? Sanggahlah pandangan pensyarah ini dengan hujah dan serahlah kepada rakyat untuk menilainya.

Saya cukup tidak selesa apabila perbezaan pandangan mahu disekat dengan ugutan. Lainlah jika pandangan mereka itu mengancam keselamatan negara dan bertentangan dengan undang-undang. Jangan hanya kerana berkuasa sekarang, perjuangan PH yang dahulunya untuk menegakkan demokrasi dikesampingkan.

Begitu juga dengan tindakan kerajaan hari ini. Jangan diulangi kesilapan kerajaan dahulu. Mengulanginya bererti membetulkan kata-kata oposisi hari ini bahawa kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal.

Setelah PRK Rantau, rakyat menghantar mesej mudah: Musnahnya harapan mereka dengan kerajaan PH ini! - 13 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...