Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 April 2019

Penjelasan Kenapa Menteri Pertanian Melawat Ladang Rosyam Nor.

Ikram Al-Banjari | Menteri dicaci 'barua' kerana singgah ke kebun Rosyam Nor dan ini 5 sebab yang kalian perlu tahu.
 
Kecoh betul baru-baru ini apabila foto aktiviti YB Dato Salahuddin Ayub singgah menyantuni kebun buah-buahan milik artis itu viral. Baca poin-poin ini supaya kita jadi lebih 'celik'.



1. Apabila kita bercakap tentang industri pertanian, kita sebenarnya sedang bercakap tentang kestabilan pengeluaran makanan. Apakah ia cukup untuk menampung keperluan ? Itulah 'Food Security'.

2. Negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina sudah jauh ke depan dalam pertanian. Industri ini menjadi antara penyumbang terbesar kepada negara. Mereka sudah jauh meninggalkan kita.

3. Sebab itu sekarang, YB Menteri Pertanian kita amat komited 'turun padang' untuk melihat sendiri dan mendapatkan info yang lebih tepat mengenai permasalahan dan potensi yang ada.

4. Rosyam Nor bukan baru dalam pertanian, malah beliau juga pernah gagal sebelum ini dalam sektor begini. Namun, kerana minat tinggi beliau memberanikan diri sekali lagi untuk 'invest' dalam skala besar di Lanchang, Pahang.

5. Ladang Rosyam bukan baru dibuka kelmarin tuan-tuan. Sebaliknya, ladang buah-buahan beliau seluas 175 ekar ini sudah bermula sejak 9 tahun yang lalu di tapak tanah TKPM Swasta.

6. Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) merupakan salah satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuklah sektor swasta.

7. Pembangunan ladang-ladang TKPM ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha. Nak bagi mudah faham, Rosyam melalui syarikatnya Suhan Movies adalah salah seorang pengusaha tersebut.

8. Rosyam Nor telah menunjukkan contoh baik kepada pengusaha-pengusaha lain termasuk kita bagaimana konsep pertanian secara 'Integrated Farming' itu memang boleh dijayakan sekiranya diusahakan dengan betul.

9. Usaha beliau di tanah seluas 175 ekar itu memang terbukti berjaya dengan kombinasi ternakan kambing, buah-buahan dan sayur-sayuran.

10. Sebab itu apabila YB Menteri pergi ke Pahang, beliau aturkan oleh Jabatan Pertanian Negeri untuk ke ladang Rosyam Nor. Tidak ada agenda politik pun tuan-tuan.

11. Kehadiran YB Menteri (PH) ke ladang Rosyam Nor yang terletak di negeri Pahang (BN) itu menunjukkan bahawa Bapak Menteri kita memang betul-betul buat kerja dan mengenepikan fahaman politik. Inilah politik matang tuan-tuan!

12. Pandang dan lihatlah kejadian ini dengan mata hati yang jernih. Nescaya kita akan nampak sinar dalam industri pertanian negara yang selama ini suram. Berilah peluang kepada kerajaan untuk menyokong aspirasi perubahan.

13. Kalau semua benda kita nak politikkan, sampai bila pun negara sudah hendak maju. Aku tahu ramai antara penyokong PH marah, kononnya dulu mereka ditindas dan memepersoalkan kenapa sekarang perlu sokong pula selepas jadi kerajaan. Tak usahlah begitu.

Orang yang berjaya dan berwawasan akan selalu melihat kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi. Jadilah orang yang senang melihat orang lain senang dan susah bila melihat orang lain susah.

Sudahlah. Ketepikan politik ekstrim, bersatulah untuk membangunkan negara bangsa yang kita sayangi ini. - 17 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...