Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 April 2019

Ini Senarai Lengkap 17 Transaksi Melibatkan RM30.87j Dalam Kes Najib SRC International.

BICARA NAJIB | Mahkamah merekodkan 14 transaksi dari akaun Ambank Najib dimana berlakunya kemasukan wang yang dikesan berasal dari dana SRC International.

Perkara ini didedahkan oleh Badrul Hisham Mohammad. Badrul adalah saksi pendakwaan kelima. Badrul berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank.


Perlu diketahui juga, kesemua transaksi ini dikeluarkan dari akaun bank peribadi milik Najib Razak.

Gambar cek disertakan sebagai bukti berdasarkan rekod mahkamah.

Setakat ini peguam Najib tidak menafikan kesahihan cek-cek yang diproses dari akaun Najib. Sebaliknya Shafee mahu pendakwaan membuktikan Najib mengetahui bahawa berlakunya kemasukan wang ke dalam akaunnya, dan Najib mengetahui ia berasal dari sumber wang haram.

Selain dari itu, Mahkamah juga merekodkan dua kemasukan dari SRC International kepada dua syarikat berbeza.

Dan satu transaksi dari pemilik akaun yang tidak dinamakan kepada akaun bank firma guaman. 

Keseluruhan jumlah transaksi itu adalah sebanyak 17 kali. Dan melibatkan RM30.87juta banyaknya. Ia dikeluarkan dari akaun AmIslamic Najib Razak, bernombor : 2022011906 (akaun bank milik Najib), SRC International Sdn Bhd, bernombor : 2022009376 dan 0211600100, dari akaun bank yang tidak dinamakan pemiliknya, bernombor : 202201189.


Berikut merupakan senarai lengkap transaksi yang berlaku sejak tahun 2014 mengikut kronologi kejadian;

👉 Pada 12 Disember 2014, sebanyak RM20 juta dari akaun SRC International bernombor 211-202-200973-6 disalurkan ke dalam akaun Ihsan Perdana yang dilantik Yayasan 1MDB untuk menjalankan program. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput dan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

 👉 Pada 21 Januari 2015, sebanyak RM3.5 juta dari akaun yang tidak dinamakan bernombor 202-201189-8 disalurkan kepada akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. 

👉 Pada 30 Januari 2015, sebanyak RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.

 👉 Pada 2 Februari 2015, sebanyak RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib 202-201190-6 disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co. 

👉 Pada 8 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda.

 👉 Pada 12 Februari 2015, sebanyak RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah.  

👉 Pada 12 Feb 2015, RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

👉 Pada 12 Februari 2015 sebanyak RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

👉 Pada 12 Februari 2015, RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, Ketua Bahagian UMNO Padang Serai merangkap calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas.

👉 Pada 12 Feb 2015, sebanyak RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.  

👉 Pada 13 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

👉 Pada 17 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat pencetakan yang mencetak kemeja, payung, topi, kalendar, cawan & 'hadiah-hadiah' 1 Malaysia yang digunakan semasa musim PRU.

👉 Pada 24 Februari 2015, sebanyak RM77,300, dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise. 
  
👉 Pada 24 Februari 2015 sebanyak RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Moz (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diupah membina stor & tangki rumah Najib.

👉 Pada 26 Februari 2015, RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UMNO negeri Pulau Pinang. 

👉 Pada 26 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, dasalurkan ke akaun UMNO Johor Bharu.

👉 Pada 9 Mac 2015, sebanyak RM103,361.17 dari akaun syarikat SRC International bernombor 202-1160010-0, disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia. - 20 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...