Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 April 2019

Wajah 2 Suspek Yang Tahan Kereta Peronda Polis Ditularkan Netizens.

SOSMED | Dua daripada lima lelaki yang dikehendaki polis berikutan menahan kereta peronda polis semalam telah pun ditahan polis siang tadi.


Pihak polis mengesahkan;

👉 Kedua-dua suspek adalah ahli biasa parti politik (dipercayai pro kerajaan) namun tidak menyebutkan nama parti yang dianggotai oleh kedua-dua suspek.

👉 Kedua-dua suspek itu adalah penjual kereta terpakai, berasal Seremban berusia 52 dan pemandu lori, berasal Rantau, 53.

👉 Kedua-duanya ditahan di rumah masing-masing.

Semalam, sekumpulan penyokong parti politik menahan kereta peronda polis yang dinaiki dua anggota di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua di Rantau.

Mereka dipercayai bertindak demikian kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi ke pusat pengundian. Video yang merakamkan kejadian itu juga tular di sosial media dan menerima kecaman yang teruk dari warganet.


Polis yang mengulas insiden itu berkata;

👉 Orang awam tiada hak menahan kenderaan polis.

👉 Anggota polis yang berada di lokasi kejadian terpaksa memenuhi permintaan ahli PKR tersebut bagi mengelak dari berlakunya kekecohan.

👉 Polis juga tidak boleh melakukan tangkapan kerana bilangan ahli parti yang ramai di lokasi tersebut pada ketika itu.

👉 Polis menafikan terlibat dalam kegiatan menyorok kertas undi.

👉 Polis sebaliknya menjelaskan hanya terlibat sebagai pengiring, menjaga keselamatan dan lalulintas sahaja sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian dijalankan.

Mengulas kejadian tersebut, Menteri Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata;

👉 Berhubung isu beberapa individu yang dikatakan penyokong parti Pakatan Harapan bertindak memeriksa kenderaan polis semasa Pilihanraya Kecil Rantau, saya ingin menyeru semua pihak supaya patuh kepada undang-undang.

Tindakan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Laporan polis telah dibuat mengenai kejadian ini.

Justeru, saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara.

Saya ingin mengingatkan penyokong parti politik serta orang ramai agar mematuhi undang-undang pada setiap masa dan tidak mengambil sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.


Perkembangan di sosial media, wajah kedua-dua suspek ditularkan secara meluas dan mendapat respon meluas warganet. - 14 April 2019.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...