Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 April 2019

Ya, Kos ECRL Memang Berjaya Dijimatkan PH - UIasan Pro Kerajaan.

Mendan Sagor | ECRL : Penjelasan Yang Aku Faham
1. Ni update selepas pengumuman dilakukan kerajaan.




2. Tuduhan-tuduhan;

2.1 Dulu buat double track sekarang single.

2.2 Dulu buat laluan pantai timur termasuk Ghanu dan kini tiada.

2.3 Potong spec menyebabkan murah.

2.4 Potong jarak memanglah jimat.

2.5 Sebenarnya BN dan PH tetap buat single track operation atas double track formation.

3. Den cuba jawab lah ya.

3.1 Sebenarnya kena faham dulu apa maksud double track dan single track operation vs double track atau single track formation.

3.2 Sebab dua-dua ini ramai sebut tapi tak faham perbezaan.

3.3 Operation single track maksudnya keretapi ni jalan atas satu landasan. Semua kena arah sama dalam satu masa perjalanan. Macam one way punya jalan.

3.4 Kalau operation double track, macam jalan 2 hala lah.

3.5 Kalau single formation track maksudnya spec jalan tu memang dibuat asasnya untuk jalan sehala sahaja.

3.6 Kalau double track formation, asas jalan tu memang dibuat untuk 2 hala.

3.5 So kalau operation single track atas double formation maksudnya operasi keretapi ini sehala pada satu-satu masa tapi spec landasan mereka buat awal-awal untuk 2 hala.

3.5.1 Tujuannya untuk masa depan nanti kalau nak tambah akan mudah sebab dah ada semunya disediakan awal-awal.

4. Balik kepada ECRL zaman BN atau PH dua-duanya memang operation single track atas double track punya format. Faham kan?

5. Masa zaman BN, single track operation ni kos nya asalnya rm 46 bil tetapi ini hanya dari Kota Bharu ke gombak sahaja. Ini masa mula2 ECRL diumumkan. Sila baca ni..

https://www.freemalaysiatoday.com/…/study-on-need-for-doub…/

5.1 Kemudian kerajaan BN tambah another rm9 bil untuk fasa Gombak ke Pelabuhan Klang.

5.2 2017, kabinet Najib tambah lagi laluan dari Wakaf Baru ke Pegkalan Kubor sebanyak RM 1.28 bil dan up grade ke formation double tracking rm 10 bil.

5.3 Maka keseluruhannya bernilai hampir RM 66.8 bil. Sila baca ..

https://www.hmetro.com.my/…/…/ecrl-hala-tuju-dalam-rundingan

6. Bukan spec yang diubah untuk menjimatkan tetapi laluan sebenarnya yang diubah bagi menjimatkan.

6.1 Ketiadaan jajaran Pengkalan Kubor ke Wakaf Bharu RM 11.78 bil.

6.2 Memindahkan laluan Gombak Ke Kuala Klawang Putrajya disini menjimatkan rm 9 bil kerana kos pembinaan terowong terpanjang 12km di Banjaran Gunung Titiwangsa dapat dielakkan.

7. Antara perubahan stesen kecil/besar;

7.1 Kelantan asal ada 5 stesen kini ada 2.
7.2 Terengganu asal ada 9 stesen kini ada 6.
7.3 Pahang ada 8 stesen kini ada 7.
7.4 Selangor ada 6 kini ada 4.
7.5 N.sembilan dulu tiada kini ada 1.

8. Asas Laluan baru dibuat;

8.1 Keperluan perjalanan lebih cepat. Ini penting untuk ianya lebih mempunyai daya tarikan untuk kegunaan kargo dan orang ramai.

8.2 Masa perjalanan ini kena secara relatifnya lebih murah berbanding pengangkutan lain seperti kapal terbang dan highway.

8.2.1 Itulah sebab kenapa laluan baru kena lancar dan tidak melalui kawasan sibuk untuk mudah berurusan ke stesen-stesen.

8.2.2 Maka pengurangan stesen perlu dilakukan dan sistem kawasan ke stesen lebih lancar.

8.3 Penjimatan kos seperti laluan gombak yang sibuk terlalu sibuk. Bayangkan sewaktu pembinaan nanti.

8.4 Juga kos pengambilalihan tanah yang memang amat mahal di Gombak serta kini tidak perlu menebuk banjaran gunung sejauh 12km.

9.0 Saya bersetuju laluan ke Kuala Klawang dibuat kerana kos tanahnya lebih murah dan ianya juga akan masuk melalui Putrajaya sebagai pusat pentadbiran dan akhirnya ke Pelabuhan Klang.

9.1 Ini dapat mengelakkan kesesakan lalulintas di Gombak yang memang telah sesak dan bayangkan sewaktu pembinaan nanti.

9.2 Juga tidak perlu merosakkan kawasan perlindungan hutan simpan warisan di Selangor yang sedia kita maklum semakin berkurangan akibat pembangunan. (bantahan kerajaan negeri).

9.3 Ianya juga menambah manfaat ke sebuah lagi negeri iaitu N9.

10. Dengan perjalanan dari Putrajaya ke Kota Bharu dianggarkan 4 jam (keretapi laju 160km) , ianya agak menarik di naiki oleh penumpang dan kargo berbanding pengangkutan awam yang memakan masa sehingga 7 jam.

10.1 Ini penting agar pendapatan dari tiket dapat menampung kos operasi dan kewangan ECRL walaupun untuk sebahagiannya.

10.1 Jika terlalu banyak stesen dikawasan kurang tumpuan, ianya akan melambatkan perjalan ke bandar-bandar besar.

10.2 Akhirnya.. pada saya ianya satu pakej yang lengkap.

10.2.1 Kos dikurangkan 21 bil
10.2.2 4 Jam perjalanan Putrajaya ke Kota Bharu (160km/j)
10.2.3 Memenuhi keperluan bandar utama
10.2.4 Dan menjadikan kecepatan masa sebagai faktor tarikan.

11. Apapun kena ingat, kita tak perlu membuat projek ini dari awalnya tetapi ini adalah disebabkan kontrak ini telah pun ditandatangani oleh negara.

11.1 Malah terdahulu, pembayaran deposit bagi pendahuluan rm10 bil telah pun dibuat bagi kerja-kerja dalam proses dan juga interest setiap 6 bulan rm200 juta interest juga telah dibayar kepada CCCC.

http://www.astroawani.com/…/kerajaan-bayar-rm200-juta-faeda…

12. Akhir kata...berbalik soalan-soalan kepada point no 2 di atas, Rm21 bil adalah penjimatan yang besar !!!....why sebelum ini Najib tak berfikir untuk guna laluan ini?

ps: Rumah saya tanam cili ni hanya 40 minit ke Kuala Klawang... lepas ni balik Kuantan naik train je lah..kikikiki

SAYA TAMBAH LINK KAJIAN LALUAN SELATAN INI : https://www.scribd.com/…/351235293/ECRL-The-Southern-Option…


- 14 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...