Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 April 2019

Dituduh Menipu FELDA, Ini Jawapan Najib Kepada Kerajaan.

NAJIB RAZAK | i) Pagi tadi, FELDA di bawah kerajaan PH telah membuat laporan polis terhadap saya.

PH menuduh saya telah menipu FELDA untuk membeli kepentingan dalam syarikat Eagle High Plantations sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Saya dah jangka PH akan menggunakan isu ini untuk menyerang saya.



Pada awal Februari, saya mahu kerajaan PH untuk mendedahkan "Put Option" untuk perjanjian pembelian ini tetapi mereka tetap bisu.

Pembelian itu dilengkapi dengan ‘put option’ yang membolehkan kita menjual semula kepentingan 37% ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan 6% ditanggung oleh penjual Indonesia itu.

Dalam ertikata lain, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.

Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.

Sudah-sudah dengan menipu rakyat dengan memainkan propaganda untuk menyerang saya.

Dedahkan sahaja perjanjian pembelian itu.

Dan mengaku sahaja bahawa sebab utama FELDA mengalami kerugian besar sekarang ialah kerana harga sawit jatuh sehingga di bawah kos pengeluaran selepas PRU14.


ii) Ini adalah dari kertas putih FELDA kerajaan PH yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini yang membuktikan wujudnya "Put Option".

Tuduhan dimedia dan laporan polis ialah saya telah menipu FELDA untuk membeli syarikat Indonesia Eagle High Plantations dan menyebabkan kerugian berbilion.

Tetapi apa yang ditulis di dalam kertas putih FELDA ialah pulangan minima 6% setiap tahun dari pembelian ini tak cukup tinggi!

 
Bukan rugi.

FELDA beli dengan harga dalam US Dollar, dan meminjam dalam matawang Ringgit dari kerajaan Malaysia, mereka pula nak bandingkan dengan kadar pulangan bon Indonesia pada kadar 8% dalam Rupiah?

Agak tak masuk akal perbandingan ini.

Kalau nak banding pun, bandinglah dengan bon US Dollar yang faedahnya 2% pada tahun itu ataupun kadar faedah 3.85% dalam Ringgit.

Laporan itu juga berkata bahawa pulangan BERSIH (makna untung selepas ditolak kos pinjaman) hanya 0.9% pada akhir tahun 2017 bermakna FELDA untung dengan pembelian ini - bukan rugi berbilion seperti yang di dakwa dalam media.

Satu yang mereka tuduh ialah untung bersih terjamin pada 1.05% terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar 1.10% yang diperlukan.

Kalau FELDA tidak melaksanakan pembelian ini, untung bersih 1.05% pun tak dapat. Dapat 0% je.

PH nak main propaganda di media tetapi terkantoi dengan sendirinya dalam kertas putih yang dikeluarkan oleh mereka.

Dalam ertikata lain dengan "Put Option" ini, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.

(agaknya pada masa itu mereka akan puji saya atau tidak ataupun akan mengambil kredit seperti TRX yang sekarang dikatakan antara aset terbaik negara?)

Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Dengan "Put Option" ini, berapa harga setiap saham juga tidaklah penting kerana keuntungan kita sentiasa terjamin.

Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.

Perlu juga ingat bahawa peluang untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang kelapa sawit yang sudah ditanam dengan keluasan 4 kali ganda negara Singapura dengan harga RM2 bilion sahaja bukan senang untuk dicari. - 9 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...