Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 April 2019

"Habiskan Apa Yang Anda Mulakan," - TMJ Cabar Perdana Menteri.

SEMASA |Nampaknya perseteruan TMJ dengan Perdana Menteri semakin memuncak apabila Tunku Mahkota Johor itu mencabar Tun Mahathir untuk menghabiskan apa yang pernah dimulakan oleh Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang berkata tiada siapa pun di negara ini yang berada di atas undang-undang dan ini termasuklah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di lobi Parlimen.

“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa.

“Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,”
katanya.

Tun Mahathir juga menegaskan pewaris Sultan Johor itu juga tidak akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar peraturan.

“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya.
Ditanya berhubung nasihatnya kepada Tunku Ismail sebelum ini supaya menyertai gelanggang politik, Mahathir berkata beliau boleh membuat pilihan sendiri.

"Jika dia mahu terlibat dalam politik, dia boleh, tidak ada apa yang boleh menghalang mana-mana warganegara daripada menyatakan pendapatnya. Dan dia adalah warganegara Malaysia, tidak lebih daripada itu," katanya lagi.


Menjawab kepada laporan Malaysiakini itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kemudiannya seakan mencabar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap dirinya.


"Sila. If i have to go down kerana mempertegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja Raja Malayu, dan Islam. By all means. You know where to find me. Macam Rakyat biasa saya berhak tanya soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Finish what you start," katanya kepada Tun Mahathir. 

Untuk rekod, perselisihan pendapat antara TMJ dan Tun Mahathir bermula sejak sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke 14 lagi. Ia sentiasa menjadi topik dan perbualan hangat dikalangan masyarakat. - 9 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...