Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 April 2019

Isu Kerugian TH Indo Plantation, Saya Difitnah Kata Asyraf Wajdi Dusuki.

POLITIK | Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menafikan beliau terlibat dalam skandal kerugian Tabung Haji dalam isu penjualan pegangan saham PT TH Indo Plantation di Riau pada 2012.




Menurutnya, jawatan yang disandangnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak terlibat dalam operasi Tabung Haji. Bahkan beliau sendiri dilantik ke jawatan itu pada tahun 2015 sedangkan skandal kerugian itu berlaku pada tahun 2012.

"Cubaan nak fitnah saya dengan mengaitkan saya dengan kerugian penjualan pegangan saham Tabung Haji dalam PT TH Indo Plantation di Riau yang berlaku pada 2012. 

Sedangkan saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 29 Julai 2015. 

Lagipun sebagai Timbalan Menteri saya tidak terlibat dalam operasi Tabung Haji. 

Memanglah PH dan Fitnah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dan tebing, lagu dan irama. Soalan saya semalam, macam mana pula kerugian (kalau benar rugi!) penjualan PT TH Indo Plantation di Riau pada 2012 dijadikan hujah alasan Pembayaran Hibah TH terendah semalam?," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Untuk rekod, jumaat lepas Tabung Haji mengumumkan hibah sebanyak 1.25% kepada pemegang depositnya, paling rendah dalam sejarah pengagihan hibah Tabung Haji. Kerajaan terdahulu dipersalahkan kerana membuat beberapa keputusan pelaburan yang merugikan sekaligus menyebabkan pembayaran hibah berkurangan. 

Selain isu kerugian, penipuan dalam penyata kewangan bagi melindungi prestasi sebenar keadaan kewangan Tabung Haji turut dianggap menjadi punca masalah kepada susutnya pembayaran hibah tahunan. - 7 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...