Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 April 2019

Wee Ka Siong Persoalkan Tahap Kefahaman Bahasa Malaysia Nie Ching..

Wee Ka Siong | Hanya dapat Pernyataan Keputusan kalau ambil satu subjek, bukan sijil SPM?

Saya tidak faham dengan Bahasa Malaysia yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.




Sejak bila pula calon yang mengambil peperiksaan SPM buat kali pertama boleh mengambil satu subjek sahaja jika mendapat kelulusan Lembaga Peperiksaan Malaysia? Adakah ini dasar baharu? Kenapa tak hebahkan?

Soalan saya cukup jelas, “adakah SPM akan dijadikan peperiksaan terbuka yang mana pengambilan satu subjek sahaja dibenarkan?”

Teo kata dia tidak faham soalan saya. Atau sengaja buat-buat tak faham ke?

Selepas diasak, Teo memberitahu wartawan di Lobi Parlimen bahawa “LPM memang membenarkan calon mengambil satu subjek sahaja di peringkat SPM dan mereka yang mengambil satu subjek itu layak untuk mendapatkan pernyataan keputusan.

Hello! Pernyataan keputusan kelayakan apa? SPM? Kalau diizinkan pengambilan satu subjek, adakah bermaksud Sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus SPM mulai tahun 2013 dibatalkan oleh Kerajaan PH?

Soalan asal saya ialah calon SPM buat kali pertama iaitu pelajar-pelajar Tingkatan 5 samada dari sekolah kerajaan atau swasta boleh mengambil satu subjek di peringkat SPM. Bila saya tanya tentang penjawat awam yang tidak mempunyai kelayakan BM? Itu cerita lain.

Isunya JPA ubah dasar pengambilan doktor dan tidak lagi menerima BKA sebagai gantian syarat kepada kelayakan BM di peringkat SPM. Itu keputusan kabinet untuk menyelesaikan kekusutan para doktor yang sebahagian merupakan anak diplomat & kemudiannya keputusan kabinet itu dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan LPM. Saya tahu apa yang berlaku kerana ianya dibincangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada awal Julai 2017. Nanti saya boleh huraikan lagi bila ada kelapangan.

Jika benar pengumuman Teo, Universiti Awam pun boleh membenarkan kemasukan pelajar tidak mengambil subjek Sejarah atau tidak lulus Sejarah kerana Sejarah tidak lagi terikat dengan syarat wajib lulus SPM. Bukankah begitu? YB tolong semak dengan semua Universiti Awam (UA), semua UA sedang menguatkuasakan surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 3 Tahun 2011, iaitu pemohon mesti lulus subjek Sejarah di peringkat SPM sejak tahun 2013.

Kalau betul kata Teo itu, sila YB hantarkan email arahan kepada Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya mana-mana calon/ pelajar kali pertama yang mahu mengambil SPM, boleh mengambil satu subjek sahaja di SPM. Sambutannya pasti menggalakkan!

YB Timbalan Menteri, jangan lupa menghantar surat pekeliling baru kepada UA tentang perubahan dasar ini dan “pernyataan keputusan” turut digunapakai setaraf dengan SPM!

Yang lagi pelik jawapan bertulis yang diserahkan kepada saya jelas menyatakan “calon kali pertama mendaftar SPM perlu ambil enam subjek”.

Tetapi, Timbalan Menteri pula kata boleh ambil satu subjek sahaja. Nak dengar kata siapa ni? - 9 April 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...