Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 April 2019

Muhyiddin Sahkan Anak Mat Sabu Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat.

POLITIK | Tanpa menyebutkan nama, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengesahkan anak kepada Menteri Pertahanan Muhammad Sabu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.


Anak Muhammad Sabu itu pernah ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu.

Jelas Muhyiddin, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,"
kata Muhyiddin dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 14 April bagi soalan yang dikemukakan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Shamsul meminta penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan berapa lama masa diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi.

Muhyiddin dalam jawapannya menjelaskan bahawa polis mempunyai SOP Arahan Pentadbiran yang khusus dalam pengendalian pengambilan sampel air kencing terhadap individu yang disyaki positif dadah.

Arahan berkenaan termasuklah yang terkandung dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN), Bahagian F103 (Tatacara Pengambilan Air Kencing dan Penguatkuasaannya di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Akta 284).

"Bagi kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh PDRM," katanya. - 8 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...