Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 April 2019

Kasthuri Patto Padam Kicauan 'Bodoh. Bangang. Selfish' Selepas Diserang Tentera Bawang.

SOSMED | Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sekali lagi menjadi sasaran tentera bawang selepas menyalahkan Barisan Nasional dan PAS atas tindakan kerajaan uturn dalam isu Statut Rom. 


"Saya harap BN dan PAS gembira sekarang. Dengan tidak meneruskan Statut Rom, Malaysia kini tidak lagi layak untuk membawa mana-mana kes kepada ICC terutamanya dalam insiden MH17 dan Wang Kelian.

Bagus la.

Dulu tak berani buat. Sekarang nak buat tak bagi.

Bodoh. Bangang. Pentingkan diri sendiri," katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu kemudiannya mengundang perasaan marah penyokong BN dan PAS kerana dipersalahkan Ahli Parlimen itu.

Menurut mereka, kerajaan bertindak menandatanggani dan membatalkan Statut Rom kemudiannya tanpa bertanyakan pandangan rakyat dan parti pembangkang terlebih dahulu.

Jadi adalah tidak adil jika pembangkang dipersalahkan apabila kerajaan bertindak secara sendirian.

Penyokong BN dan PAS kemudiannya menderu menyerang kicauan berkenaan.

Dan semakan mendapati kicauan itu tidak lagi terdapat di akaun Twitter Ahli Parlimen itu.

Tidak dapat dipastikan kenapa ia dipadamkan tetapi berkemungkinan tindakan itu dibuat berikutan perkataan Bodoh. Bangang. Selfish itu kurang sesuai digunakan. 

Apatah lagi sesetengahnya beranggapan kenyataan Kasthuri Patto itu jika dibaca secara tidak langsung menghina dan mempertikaikan keputusan Perdana Menteri. - 7 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...