Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Jun 2014

Isu Vellfire - Penjelasan Dari Isteri Nasruddin - Nasruddin & Kawan2 Berhentilah Perbodohkan Diri.

Gencatan senjata kerana Brazil bukan kerana Ramadhan

Apa sudah jadi?

Tak sangka isu Vellfire menghasilkan impak yang besar dalam hidup Ustaz Nasruddin Tantawi dan rakan2nya. Sebelum itu aku nak minta maaf dulu. Kerana apa? Kerana aku ;

- Bukan pejuang Islam 

- Bukan ahli PAS

- Bukan orang baik

Sedang mahu mengkritik pimpinan yang ahli2 PAS sayangi.

Aku rasa Nasruddin Tantawi dan penyokong2nya sudah jauh 'tersesat' (bukan akidah) dalam memahami pokok pangkal isu Vellfire. Pemahaman aku dalam isu Vellfire neh simple aje.

Ustaz Nasruddin bebas pakai apa2 sahaja kenderaan yang dia sukai. BEBAS. BOLEH. LAYAK. DIPERSILAKAN. HAK DIA.

Aku dan mana2 orang pula TAK LAYAK, TAK BOLEH LARANG, TAK PATUT HALANG apa2 sahaja kenderaan yang Ustaz Nasruddin nak guna.

Siapa aku yang nak larang dia?
Siapa pula orang2 lain yang nak persoalkan hak dia?

Aku tak pernah percaya yang dia menjadi kaya dengan cara yang salah. Sama seperti aku tak percaya jika orang tuduh dia beli Vellfire guna duit rasuah. Macam yang Elharaki tulis baru2 neh. Kononnya ada orang2 UMNO tuduh Ustaz Din guna duit rakyat beli Vellfire. Aku tak percaya. Bahkan sejujurnya aku tak pernah nampak ada orang2 tulis itu. Tidak juga orang2 UMNO. Mungkin aku terlepas pandang.

Aku percaya Ustaz Nasruddin membina kekayaan dengan cara yang betul.
Aku percaya Allah beri Ustaz Nasruddin rezeki berdasarkan kepada usaha Ustaz Nasruddin.

Tetapi apa isunya dengan Vellfire ini? Isunya ialah Ustaz Nasruddin mampu menggunakan kenderaan mahal. Bayaran bulanannya tak cukup murah juga. Namun Ustaz Nasrruddin karang ayat dan bercerita pasal mendapat sedekah dari geng2 ustaz untuk pergi ke Turki.

Yang menarik. Ustaz Nasruddin mendapat derma dari geng2 ustaz tapi gunakan derma tersebut ke atas jalan2 dakwah.

Yang kurang menarik. Ustaz Nasruddin buat orang rasa meluat.

Penjelasan oleh isteri Ustaz Nasruddin sebab isteri Nasruddin salah faham kenapa orang kritik tindakan Ustaz Nasruddin.


Orang berfikir. Orang juga ada akal. Sama seperti Ustaz Nasruddin. Sama seperti penyokong2 Ustaz Nasruddin. Setiap dari kita ada akal dan kita berfikir melalui pemerhatian kita.

Nanti dulu. Dia pakai kereta mahal. 
Nanti dulu. Dia ada gaji sebagai MP kan?
Nanti dulu. Dia mendapat derma?

Jadi orang berfikir. Mereka menganalisa keadaan. Bukan mahu meneliti pendapatan yang diterima oleh Ustaz Nasruddin. Bukan mahu menyemak setiap duit2 yang masuk dan keluar dari dompet Ustaz Nasruddin. Jangan salah faham.

Cuma orang berfikir. Dengan gaji sebagai MP rm10,000 sebulan sekuran2nya apa salahnya jika dia menyimpan sedikit untuk kegunaan masa cemasnya supaya lainkali senang la dia nak ke TURKI untuk melawat sesiapa yang dia sukai. Mungkin betul dia habiskan semua wang gajinya untuk berdakwah di jalan Allah. Sampai takde satu pun tinggal untuk dia guna di waktu2 sesak. Mungkin betul. Tetapi mampu kah orang didorong untuk berfikir seperti itu dengan kewujudan VELFIRE yang baru dibeli?

Orang tidak boleh didorong untuk berfikir seperti itu disebabkan cara hidup yang dipaparkan berbeza dari apa yang dilafazkan melalui mulut penyokong2 Ustaz Nasruddin.

Dalam PAS juga ada Tuan Guru Nik Aziz. Tuan guru lebih lama dalam PAS berbanding Ustaz Nasruddin. Tuan guru juga naik MERDS semasa berkhidmat sebagai MB. Tetapi kenapa orang tak persoalkan tindakan tuan guru? Merds juga kenderaan mewah. Orang tak persoalkan tindakan tuan guru sebab tuan guru tak buat surat mendayu2 bercerita pasal tak mampu nak pergi sana sini. Tuan guru ada buat surat. Mendayu2 juga. Sedih juga. Tetapi bercerita mengenai masalah rakyat kelantan. Bercerita mengenai kemampuan kewangan yang terhad. Bercerita pasal undang2 Islam. Bercerita mengenai penindasan dan royalti. 

Ustaz Nasruddin buat surat cerita pasal diri dia.
Tuan guru buat surat cerita pasal rakyat.
Ustaz Nasruddin nak buat surat mendayu2 tak salah. Nak buat surat cerita pasal diri dia pun tak salah. Nak bagitau satu dunia yang dia tak berkemampuan nak pergi Turki pun takde masalah. Tetapi isi kandungan surat tersebut perlu la diselaraskan dengan cara hidup dia.  Maksudnya apa yang dia sebut dalam surat tersebut bila orang bandingkan dengan kehidupan dia, baikla, ianya tally. Senada. Boleh diterima.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku sejujurnya hanya mahu bercakap sampai di point, tak mampu pergi ke Turki tetapi ada Velfire.

Suruh orang kirim salam, tetapi dia syak wasangka pada orang yang dia suruh sampaikan salam tue.

Rindukan presiden PAS bagai nak rak tetapi taknak buat video call.

Itu je. 

Aku taknak sentuh bab kerja2 dakwah dia. Pasal aku tatau. Dan aku percaya dia memang banyak melakukan kebaikan.

Aku taknak sentuh bab pendapatan dia. Pasal aku tahu. Allah murahkan rezeki dia sebab dia berusaha ke arah itu. Mempersoalkan dia ibarat aku mempersoalkan Allah yang murahkan rezeki dia.

Aku taknak mempersoalkan tindakan dia membeli Velfire. Pasal aku percaya. Menggunakan kereta import yang selesa lebih memberikan kepuasan dengan nilai (sebab dia MP maka boleh gunakan AP) berbanding gunakan kereta import tanpa AP atau menggunakan kereta nasional yang asyik rosak. Ia sebenarnya lebih menjimatkan dari segi penggunaan long term.

Tetapi aku mahu Ustaz Nasruddin faham. Gaji guru2 PASTI masih banyak di bawah paras kemiskinan dan kebajikan2 mereka perlu sentiasa dipertingkatkan. Jangan salah gunakan elemen jihad untuk mengerah tenaga guru2 PASTI ini. Sebagai ahli2 PAS, Ustaz Nasruddin perlu sentiasa mencari kaedah bagi meletakkan hak guru2 PASTI di hadapan.

Aku juga mahu Ustaz Nasruddin faham. Penggunaan istilah derma dari geng2 ustaz ke atas individu yang mampu menggunakan VELFIRE tidak sepatutnya disebarkan. Mungkin Ustaz Nasruddin rasa terharu akan tindakan tersebut tetapi ianya tidak perlu dihebohkan. Cukupla hanya pihak2 berkenaan yang tahu.

Aku juga mahu Ustaz Nasruddin ambil peduli. Tiada sesiapa yang menyeru agamawan2 perlu menjadi miskin, berpakaian comot, meminta sedekah dan mengemis. Agamawan2 juga  manusia yang perutnya perlu diisi. Agamawan2 juga perlu kenderaan untuk bergerak disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan masa yang terhad. Agamawan2 juga bila pergi ke kedai takdenya dapat benda percuma dengan menggunakan title agamawan. Sama seperti rakyat marhaen yang perlukan duit untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan, agamawan2 juga begitu. Jadi jika agamawan2 neh bekerja untuk mencari rezeki bagi membiayai keperluan dia dan keperluan keluarga dia tak pernah menjadi satu kesalahan. Tetapi orang menyeru. Apabila kita berkemampuan maka bersikapla seperti kita berkemampuan. Janganla kita bersikap sebaliknya sebab orang akan berasa meluat dengan tindakan zuhud yang dibuat2.

Aku juga berharap agar Ustaz Nasruddin dan semua pihak yang terbabit berhenti heret perkara ini ke arah yang tidak sepatutnya sehingga menghilangkan keaslian jalan cerita sebenar. Mereka2 yang kutuk sosialis la. Mereka2 yang kata rumah2 di Syria semua kotak2 sama rata semata2. Padahal kalau kita tengok tv isu Syria yang dilaporkan, rumah di sana mana ada semuanya sama size. Ada besar ada kecil. Jangan la nak membohong kita. Kita bukan terima bulat2 kenyataan tersebut hanya kerana yang mengeluarkan kenyataan itu adalah menantu tuan guru. Sama seperti mempropagandakan ayat riya' hanya kerana mahu membela isu Velfire. Juga kritikan terhadap Kak Aiman Athirah yang dibuat secara berleluasa oleh geng2 yang so called ustaz neh hanya semata2 dia menerangkan perkara sebenar isi kandungan kritikan orang ramai terhadap Ustaz Nasruddin Tantawi. Serangan peribadi kepada Zulhazmi. Itu semua tak perlu sebab kesemua dari korang iaitu Ustaz Nasruddin dan rakan2nya (pembela2 + penyokong2) telah pun salah faham akan pokok pangkal isu sebenar dalam kejadian ini. Diulangi. Telah pun salah faham akan pokok pangkal isu sebenar dalam kejadian ini.

Keterbukaan muslimah PAS tidak diraikan dengan baik
Isu nya simple.

Kamu mampu pakai Velfire. Jadi sudah tentu kamu lebih dari mampu untuk membeli tiket kapal terbang.

Kamu mampu pakai smartphone. Jadi sudah tentu kamu mampu buat video call ke luar negara andai merindukan tuan guru mendayu2.

Kamu mampu membuatkan geng2 ustaz mengutip derma sebanyak rm3,500 untuk membiayai perjalanan kamu ke Turki, sudah tentu kamu juga mampu mendorong geng2 ustaz kamu untuk merangka satu strategi bagi membela kebajikan guru2 PASTI.

Oleh kerana kamu mampu maka tolongla bersikap sepertimana yang kamu mampu. Ini kerana saya dan ramai lagi rakyat marhaen yang lain walaupun tidak mampu juga akan berlakon seperti kami mampu supaya orang lain tidak mengkritik ketidakmampuan kami walaupun sememangnya benar kami tidak mampu.

Itu sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...