Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Mei 2015

Cerita-Cerita Propaganda Tentang Rohingya Mula Disebarkan Oleh Media Malaysia.

Aku perati je perangai media Malaysia sehari dua neh. 

Tadi disini. (untuk rujukan aku)

Baca : Luahan Pelarian Rohingya.

Semalamnya kat bawah neh ;




Gabungan cerita semalam dan cerita hari neh ;

1. Sesetengah pelarian Rohingya sanggup bayar beribu demi nak memasuki Malaysia.

2. Sesetengahnya pula diculik ketika di Rakhie dan dijadikan tebusan.

3. Sesetengahnya sanggup menjual rumah dan tanah demi memasuki Malaysia.

4. Dan sesetengahnya ditebus oleh ahli keluarga selepas para penculik menerima wang tebusan dari ahli keluarga mereka.

5. Yang berada di atas bot sebenarnya ada di antara mereka di bawa secara paksa.

6. Selepas diculik, mereka di bawa ke kem transit. Sementara dipindahkan ke lokasi seterusnya.

7. Dari situ mereka akan dikurung selama berhari2 lamanya. Bahkan ada yang mati angkara sakit.

8. Wanita2 ada yang dirogol bahkan sehingga mengandung.

9. Mereka dipaksa duduk dalam kem yang sempit dan berasak-asak.

10. Mereka hanya diberi makan ubi dan nasi berlaukkan ikan bilis.

11. Ada di antara mereka dijadikan pekerja untuk mengorek kubur pelarian2 yang mati angkara sakit atau dibunuh.

12. Kem tempat mereka ditahan dibina melalui jaring dengan sokongan kayu.

13. Tahanan pula mencecah 1,500 orang manakala bilangan pengawal dianggarkan dalam 5,6 orang yang bersenjatakan kayu dan senapang.

14. Jika waktu hujan, mereka akan disaluti lumpur dan keadaan itu menyebabkan ada di antara pelarian tersebut sakit dan akhirnya mati.

15. Kanak2 juga antara yang menjadi mangsa culik dalam pemerdagangan manusia yang babitkan sempadan Thailand-Malaysia.

Oke.

Itu antara point2 penting.

Dan di TMI pula, menteri mengakui bahawa ;

 
Aku sedang memikirkan tentang kenyataan menteri kau neh.

Sebelum ini menteri dedahkan lebih kurang 12 anggota polis ditahan kerana terlibat dalam pemerdagangan manusia. 


Dan selepas penemuan kubur itu diwar-warkan secara besar-besaran, Malaysia dipersoalkan dalam bab ;

- Tahap keselamatan

- Intergriti penguatkuasaan.

Ini termasukla polis hutan, renjer, PDRM, SPRM dan pihak imigresen. Itu yang counter attack dengan berita penahanan 12 anggota polis tue. Aku suspect la. 

Then.

Akhbar luar negara turut menyindir negara kau neh ;


Pada awalnya.

Kerajaan kau buat relax aje dengan isu pemerdagangan manusia. Hidup macam biasa. Meroyan buli rakyat macam biasa. Melalut dengan isu-isu politik macam biasa.

Padahal isu pemerdagangan manusia bukan baru berlaku di Malaysia dan bukannya baru kes berkenaan perlu ditanggani secara seriyus dan khusus. Dah makan tahun.

Sindiket yang kecil pada waktu dahulu, kini membesar sehingga network mereka berada dalam agensi penguatkuasaan sekalipun.

Kemudiannya.

Kecoh pula isu Rohingya yang diabaikan di tengah laut. Media luar lapor kaw-kaw. Teruk juga kerajaan kau hadap. Bukan setakat fakta, persepsi dan fitnah pun digaul sekali dalam tajuk cerita yang sama sehingga mencalarkan imej Malaysia. Kepimpinan negara terkesan dengan laporan negatif.

Lalu.

Media memainkan peranan.

Pelarian Rohingya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia. Bukan la tujuan kerajaan kau nak membantu apa sangat tetapi lebih kepada nak melepaskan tengkuk dari terus dipersalahkan oleh dunia.

Selepas itu.

Bermulanya episode baru di mana dengan tak semena-menanya kerajaan kau temui kubur.
Kemudian. Dengan beria-ria pula kerajaan kau tahan beberapa anggota keselamatan dan menyiasat puluhan yang lain atas nama membanteras sindiket pemerdagangan manusia.

Ini kronologinya. Ini la yang buat aku rasa pelik.

Kalau orang tak huha huha pasal bot Rohingya agak-agak kau kita akan temui kubur di Wang Kelian tak?

Satu lagi. Menteri kata kubur-kubur yang ditemui itu ialah kubur-kubur yang masih baru. Lagi pelik kalau kubur baru berbanding kubur lama sebenarnya. Oleh kerana kubur-kubur itu kubur-kubur yang baru kenapa ketika ditemui oleh penguatkuasa, keadaan kem seperti ditingalkan? Kenapa tak berjaya tahan walau seorang sekalipun? Ke masa nak serbu orang yang buat kem tue dah terima info?

Ini pun pelik juga.

Dan-dan la BERNAMA dan THE STAR berjaya temubual mereka2 yang pernah menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia untuk berkongsikan pengalaman kepada pihak luar.

Aku bukan tak percaya pada seksaan yang mereka alami tapi 1,500 orang VS 5,6 orang pengawal, kau rasa logik ke? Itupun hanya dikurung dengan jaring yang dipagari kayu = ibarat 'reban ayam', kau rasa logik ke 1,500 itu sanggup tunggu turn untuk mati?

1,500 orang berada dalam satu hutan dan polis hutan tak boleh kesan, kau rasa logik ke?

Pada pendapat aku apa yang lebih logik ialah 1,500 itu sebenarnya dah dijanjikan peluang untuk memasuki Malaysia dan mereka perlu patuhi protokol sepanjang berada dalam kem kerana yang nak masuk Malaysia neh ramai.

Lepas masuk Malaysia, tak boleh masuk sahaja. Kau kena ada identiti, permit dan segala untuk memastikan kau boleh mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada sindiket bagi menjaga kau dari kantoi kerana jika kau kantoi harapan untuk kau kantoikan sindiket itu tinggi juga.

Sindiket takan bagi kau masuk Malaysia sesaja kerana jika kau masuk Malaysia sesaja nanti kalau ko kantoi dan cerita semua kat polis macam mana?

Kena culik?

Aku bukan tak percaya Rohingya neh kena culik tapi jika diculik atas alasan mendapat tebusan pada aku memang tak logik since kita tahu etnik Rohingya neh miskin nak mampos. Bukan hanya miskin bahkan hak untuk belajar, bekerja dan hidup macam manusia lain turut dinafikan di Rakhie. Apa logiknya sindiket nak menculik dan mendapatkan wang tebusan ratusan ribu batu jauhnya? Pergi balik nak claim wang tebusan satu hal. Nak hantar mesej pada keluarga apa semua. Ko ingat penculik tu main culik dan tiba2 wang tebusan jatuh dari langit ke macam mana?

So cerita tentang Rohingya pada aku sebenarnya dah mula dicampuri dengan unsur-unsur propaganda bagi mengalihkan perhatian.

Kena culik. Jika wanita, remaja dan kanak-kanak atas tujuan pemerdagangan seks kanak-kanak dan dewasa, aku percaya.

Dan jika sindiket dibayar oleh Rohingya untuk membolehkan mereka masuk ke Malaysia, aku percaya juga. 

Tapi aku tak percaya jalan cerita yang dihebahkan oleh media Malaysia. Sebenarnya aku syak kerajaan cuba nak mengalihkan perhatian dunia dalam isu Rohingya. Mula-mula cuba nak melepaskan diri dari dipersalahkan tapi lama kelamaan termasuk dalam perangkap sendiri. Sekarang semua orang dah tahu betapa suburnya sindiket pemerdagangan manusia kerana dibantu oleh anggota keselamatan negara. 

Cakap tentang intergriti dan akta hasutan konon. Menghukum orang biasa konon. Tapi anggota keselamatan pun terpalit jenayah merata kerana rasuah. Lagi mao sembang bab transparency. Agensi kerajaan sendiri terpalit dosa. Tapi sibuk cuci dosa rakyat. Wajar ke tak wajar macam tue?

Lue fikirlah sendiri ek.

Apa-apa pun. Aku memang tak percaya dengan karangan media Malaysia bab Rohingya. Faktanya mungkin dalam 10-20%. Selebihnya ditambah dengan propaganda bagi menyedapkan jalan cerita dan mengalihkan perhatian umum agar kelemahan kerajaan tidak terus dipersoalkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...