Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Mei 2011

Krisis libya : 11 imam di bunuh kejam.

Jurucakap kerajaan libya, Moussa Ibrahim mengesahkan bahawa terdapat sekurang-sekurangnya 11 orang imam terbunuh dalam serangan terbaru Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara [NATO] ke atas libya di bandar brega, kelmarin.

Ketika tentera NATO datang menyerang libya pada waktu tengah malam, kesemua kumpulan imam terbabit sedang tidur. Namun NATO tidak menunjukkan kekesalan di atas tindakan mereka sebaliknya mereka mempertahankan tindakan mereka menyerang kumpulan imam terbabit atas alasan rumah tumpangan yang diami oleh kumpulan iman terbabit ialah pusat kawalan dan arahan untuk menentang NATO.

Kumpulan imam terbabit dijadualkan untuk mengetuai solat mohon keamanan di libya. Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila tentera NATO menyasarkan serangan di kawasan awam berbanding janji NATO sebelum ini iaitu hanya menyasarkan serangan di kawasan ketenteraan muammar gaddafi.

Selain daripada 11 imam yang terbunuh, dipercayai 50 orang awam turut tercedera dalam serangan terbabit.  Jurucakap libya juga menegaskan bahawa angka kematian mungkin akan meningkat kerana kebanyakkan mangsa yang cedera dalam serangan terbabit berada dalam keadaan yang kritikal.

Tindakan tidak berperikemanusian itu juga dikecam oleh PBB, tetapi macam biasalah PBB hanya berupaya untuk mengecam tetapi tiada kuasa untuk menghalang. Heh. Apa yang amat dikesalkan ialah NATO tetap akan meneruskan misi menyerang LIBYA sedangkan muammar gaddafi dipercayai telah meninggalkan libya. Dipercayai motif serangan NATO ke atas libya tidak menyasarkan gaddafi semata2, sebaliknya mereka kini dalam misi menawam libya.

Sebab tue aku cakap, rakyat libya yang minta tolong kat NATO dan amerika tue bengap tak sudah. Kalau sungguh NATO nak bantu, dorang takan serang libya dengan peluru berpandu. Sudah semestinya dorang menjadi tentera pengawal di libya bagi menahan serangan gaddafi ke atas rakyat libya. Elok2 sorang serang, sekarang hah amek ko, dua2 serang ko. Menyesal kini sudah tiada berguna lagi. 

Apa2 pun yang berlaku di dalam negara kita sendiri, biar susah macam mana pun janganlah kita nak harapkan negara luar bantu kita. Biarlah kerajaan kita zalim sekalipun, biar kita jatuhkan kezaliman kerajaan kita dengan tangan kita sendiri. Meminta bantuan luar even duit sekalipun sangat2 tidak disukai oleh aku. Kalau ini dilakukan oleh BN or PR, korang dulu yang akan jatuh kemamposan sebab memperolok2 kedaulatan malaysia.

Ameno : 11 imam itu syahid. Aku percaya.

Share this

0 Comment to " Krisis libya : 11 imam di bunuh kejam. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...