Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Mei 2011

Apa carlsberg buat kat sekolah rendah neh?

WOww.. macam mana lah kita nak tarbiah masyarakat malaysia bahawa arak itu merosakkan tubuh badan mereka kalau kecik2 lagi syarikat carlsberg neh dah merantau masuk ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan jenama minuman mereka?

Memanglah betul dorang datang sana atas kapasiti nak menyumbang. Aku no hal. Aku faham mereka rasa mereka ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Okey. Go on. Buat. Tapi tak perlu ko pampangkan jenama arak ko besar-besaran macam neh. Apatah lagi ko pergi tempat budak2 sekolah beb. Lihat gambar2 di bawah ini ;



Dengan mempromosikan carlsberg sebagai sebuah syarikat yang suka sumbang menyumbang di sekolah2, nanti bebudak neh akan rajin beli carlsberg bila dorang dah dewasa. Dorang anggap ini satu pelaburan sebab akhirnya sebahagian dari duit mereka akan digunakan untuk membantu budak2 sekolah. Terutamanya sekolah2 jenis tamil ataupun cina. Itu sebabnya syarikat carlsberg tak patut bawa jenama mereka ketika memberikan bantuan.

Boleh jadi motif carlsberg memang nak kanak2 neh tahu bahawa carlsberg yang membantu mereka. Baling satu batu, dua burung kena. Sambil charity sambil menjana persepsi baik? Mungkin juga. Lebih kurang macam strategi pemasaran. Hish.. makin susah nak hapuskan kilang neh kalau wujud individu2 yg berprasangka baik pada arak yang merosakkan.

Bacaan lanjut berhubung isu neh disini.

Ameno  : Boleh ke arak masuk sekolah rendah?

Share this

0 Comment to " Apa carlsberg buat kat sekolah rendah neh? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...