Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mei 2011

Tambang pengangkutan awam naik 30%.


Bersedia untuk mampos. Aku tidak menggunakan pengangkutan awam. Jarang lah. Bukan tak pernah guna. Cuma jarang. Kali terakhir aku guna bulan february hari tue. Yang aku maki sakan perkhidmatan bas kat bukit jalil tue. Geram siot.

Tadi aku ada nampak satu link. Benda neh cerita pasal kemungkinan tambang / kos pengangkutan awam akan naik sebanyak 30% pada bulan jun serta merta berikutan subsidi super dimahsuhkan pada jun 2011 mendatang.

Benda neh cerita dalam bahasa cina. Aku terai translate ke english. Failed. Tak faham gak apa dia tulis. Translate ke melayu. Pun failed. Isi kandungan detail tue aku tak dapat faham. Apa yang aku dapat faham secara kasar ialah ;

1. Kos / operasi pengangkutan akan naik 30%.. sejajar dengan pemahsuhan subsidi super bulan depan

2. Persatuan akan naikkan tambang pengangkutan berkuatkuasa jun 2011 jika kerajaan meneruskan niat mereka untuk mahsuhkan subsidi diesel super.

3. Tayar, bateri, spart parts.. dan apa2 lagi then ada tulis 30%.

4. Kenaikan tambang kurang dari 30% tidak dapat menampung kos operasi tambahan akibat pemahsuhan diesel super.

5. Jadi mereka menuntut paling kurang ialah 30%.

6. Perlu anjurkan dialog untuk membahaskan isu neh.

Dan bla bla bla.. aku tak faham. Ayat bahasa english nya lebih elok dari bahasa melayu tapi aku rasa banyak maksud lari. Korang leh baca sendiri kat sini kalau faham bahasa cina. Yang penting semua tue aku taknak tahu dan amek tahu. Yang aku rasa aku perlu amek tahu ialah kadar pengangkutan awam akan dinaikkan. Kalau persatuan menuntut kenaikan 30% selepas diesel super dimahsuhkan ini bermaksud tambang bas akan naiklah.

Kalau sebelum neh tambang rm2.00 maka selepas dinaikkan 30% maka jadilah rm2.60. WOW.. itu suatu peratusan yang tinggi. Adakah pengguna2 pengangkutan awam terutamanya BAS dan teksi [limosin] boleh menampung kenaikan neh? Teksi limosin neh setahu aku banyak pengguna2 airport pakai. 

Sorrylah geng. Aku pun pecah kepala dengan kenaikan minyak dan segala bagai neh. Dah semak kepala hotak aku fikir macam2 masalah. Aku betul2 dah takde ruang untuk fikirkan masalah pengguna pengangkutan awam. Nak suruh korang sabar? Aku rasa tak patut kot. Korang berhak marah. Sebab aku pun tengah marah gak neh. Macam mana ek kita nak gulingkan kerajaan bn neh? Ada idea bernas tak? Kan aku dah cakap tadi kat kbsb samada kerajaan yang mampos ataupun kita yang mampos. Korang pilih.

Ameno : aku pilih kerajaan yang mampos. 

Share this

0 Comment to " Tambang pengangkutan awam naik 30%. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...