Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mei 2011

Tariff elektrik turut naik beb!

Fuhh.. seiring dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan jumlah subsidi bagi menjimatkan wang kerajaan [untuk siapa aku taktahu] dan meringankan beban [rakyat = beban rupanya] kerajaan, maka kerajaan akan turut mengkaji semula tariff elektrik. 

Terkejut tak? Jangan terkejut. Kan Ismail Sabri dah bagi amaran awal2 lagi. Pengumuman awal kerajaan berkenaan kenaikan itu ini bagi mengurangkan subsidi adalah bertujuan menghilangkan rasa kejutan di ahti rakyat. So janganlah rasa terkejut2. Heh.

Sekarang neh melalui twitter khairy jamaluddin [pemuda umno] dah mencadangkan satu usul untuk membantah kenaikan minyak ron 95 dan tariff elektrik. Selain dari dua perkara neh kita tahu yang gas memasak turut akan dinaikkan dan jika ron 95 naik maka semua pengilangan  ataupun perindustrian yang menggunakan petroleum dan diesel akan menaikkan harga product2 mereka. Tak kiralah apa product terbabit pun. Kalau kilang proses minyak sawit  guna petroleum sebagai bahan bakar untuk gerakkan mesin2 berat dan besar mereka semasa pemprosesan maka harga minyak masak juga akan meningkat. Kalau kilang besi guna petroleum untuk gerakkan mesin2 bagi membentuk besi, aloy dan etc maka harga bagi barang2 neh turut meningkat. Pendek kata bukan sekadar minyak kereta ataupun motor ko akan meningkat je beb.

Ia merangkumi semua. Semua benda yang menggunakan petroleum / diesel untuk bergerak, menjana kuasa ataupun membentuk product. Fuhh.. banyak tue. Banyak benda akan naik bulan 6 ataupun 7 ataupun 8. Mungkin secara berperingkat-peringkat. Mungkin juga kerajaan tidak jadi naikkan harga ron 95 jika terlalu banyak bantahan. Tapi aku rasa kerajaan akan naikkan juga. Mungkin 0.05 sen paling rendah. Tapi ikut track rekod si penipu [najib] tue dia suka naikkan harga minyak macam celake. Sekali naik 0.50 sen. Ingat tak pada tahun 2007 ataupun 2008? Dia bagi alasan kita naikkan harga minyak sekaligus supaya kerajaan tak perlu susah2 naikkan harga minyak lagi dah pada masa akan datang. Sekali sang penipu tue naikkan lagi harga minyak sebanyak 0.78 sen pula. Memang kecelakaan yang amat dia tue. 

Apa pun kita kena terima sebarang kemungkinan. Kalau sungguh ;

- petrol 95
- gas memasak
- tarif elektrik
- diesel
- pengangkutan awam

NAIK bulan jun neh.. maka kita kena cari jalan untuk mengurangkan beban kita pula. Dah kerajaan cakap kita beban bhai.. takan korang terhegeh2 nak melepak dengan kerajaan macam neh? Hidung tak mancung, pipi tersorong2, kerajaan tak hingin kat korang, tapi korang plak melebih2 bela kerajaan. Fack betul lah sikap tue. Orang yang dah tak suka, redha je lah. Kenapa perlu buang masa undi orang yang benci korang? Bodoh. Heh.

Ameno  : cinta bertepuk sebelah tangan.
Kaki contest? Sertai contest2 menarik disini! 

Share this

0 Comment to " Tariff elektrik turut naik beb! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...