Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mei 2011

PDRM : Tidak perlu untuk polis dedah pelaku video seks.

JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya


"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terbabit di dalam politik.

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.




 Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis sudah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya. 

 
"Polis menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Urm.. polis neh memang ingat rakyat neh bebal agaknya. Ye tak? Korang faham tak apa yang si khalid neh cakap kat atas? Meh aku terangkan sket ;

1. Polis tidak akan dedahkan pelaku video seks sebab tugas polis ada hadnya. Di samping itu untuk mengelakkan persepsi bahawa pihak polis terlibat dalam politik.

Ameno : Aku cuba fahamkan apa yang si khalid neh cuba cakap. Aku rasa apa yang dia cuba nak sampaikan ialah begini ;

- Kalau pihak A menuduh pihak B buat zina dan pihak A buat laporan polis bagi menguatkan dakwaan dia, dan pihak B pun buat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut dan setelah menyiasat pihak polis tidak memperjelaskan perjalanan siasatan kepada pihak B atas alasan polis tiada kuasa dan bidang kuasa polis terhad.  Samada pihak A ataupun B yang benar, polis pun tak BOLEH buat apa2 untuk menjelaskan perkara neh sebab BIDANG KUASA PDRM TERHAD!

Polis tak tahan ko ataupun tuduh ko, tapi dalam masa yang sama polis buat derk je pasal maruah ko. Tuduh tidak, bersih pun tidak, diletakkan ko dalam kedudukan tengah2 dan membiarkan masyarakat was2 pasal ko. Ko rasa bagus ke ko hidup macam tue? Ada otak fikirlah. Dsai neh bukan batu bhai. Ada perasan bhai. Dalam seratus caci maki mestilah satu dua tersentuh gak ahti dia kalau baca. 

Kalau nak AIBkan nama orang macam neh aku fikir pdrm neh memang gila. Time hidup neh boleh lah berlagak bhai. Esok lusa dah mampos menjawablah ko dengan Allah swt pdrm. Ko jawab. Berani kan aniya orang? Manusia2 yang suka aniaya orang neh sebenarnya tak percayakan Allah swt, hukum2 Allah swt. Silap2 dorang tak percaya akhirat [hari pembalasan] wujud pun. Mana lah tahu. Kalau takut kepada Allah swt tentu takan buat kerja sekerat2 macam neh. 

Cakap je lah terus terang samada DSAI ataupun bukan DSAI dalam video terbabit. Kalau pdrm tiada kuasa maka siapa yang ada kuasa untuk dedahkan pelaku video seks pula? Cuba bagitau?

2. Polis hanya menyiasat pengedar video seks. Itu sebab polis tidak akan dedahkan pelaku video seks.

Owh okey. Sekarang cuma siasat pengedarnya sahaja. Dan video itu tulen. Polis dah cakap tiga kali. Sekarang neh kalau video itu tulen polis nak buat apa? Polis taknak dedahkan nama pelaku video seks sebab tiada peruntukan undang2 untuk berbuat demikian dan

3. Polis tak boleh dakwa pengedar video seks. Itu semua kuasa AG.

dalam masa yang sama polis tak boleh amek tindakan kepada pengedar video lucah sebab tiada kuasa, Kalau macam tue sekarang aku pergi edar video lucah, kalau korang [polis] tahan aku, boleh atau tidak aku bagi alasan yang sama? Kalau agak2 aku kena tahan dengan polis boleh tak aku maki polis PADDYKUTTY?

Satu malaysia dibabikan oleh kerajaan straight to our faces. Ko nak dakwa or tahan pengedar video lucah tak boleh sebab bukan bidang kuasa ko. Serah kepada AG. Tapi ko boleh tahan seseorang yang TIDAK MENCURI motorsikal dalam ordinan darurat pula? Korang neh polis ke? Betul ke korang neh polis? Aku rasa korang bukan polis lah. Betul siyes. Ke aku yang ketinggalan zaman neh? Ke tugas polis dah tukar? Bukan lagi menjaga keamanan rakyat cuma menjaga paddykutties? Cuba elobrate sket kat aku. Siyes aku binggung.

Ameno : Paddykutty to paddykuties now..

Share this

0 Comment to " PDRM : Tidak perlu untuk polis dedah pelaku video seks. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...