Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Mei 2011

Elektrik naik pada 25 mei.

Nampak sangat kerajaan kita neh kerajaan penipu alzalim alpembohong. Mula2 semalam khairy dah bagitau melalui twitter bahawa pemuda umno akan membuat satu usul kepada kerajaan untuk membantah kenaikan ron 95 dan tariff elektrik. Ketua pemuda umno juga meminta agar semua cawangan pemuda umno seluruh negara membuat usul yang sama.

Alih2 hari neh kerajaan cakap mereka takmo naikkan harga minyak sebaliknya nak gantikan dengan elektrik? Apa ke bangang sangat kerajaan neh? Cuba korang baca statement neh baik2  ;



Kalau korang faham ikut apa yang aku faham maka kesimpulannya adalah begini  ;

1. Kerajaan dah luluskan kenaikan tariff elektrik pada hari mereka naikkan harga gula. Bila tue? Dah lama kan?

2. Okey, peh tue ismail sabri pula umumkan kerajaan nak naikkan ron 95.

3. Sekarang kerajaan flipflop cakap cam ular belit2 pula. Mereka kata mereka mungkin tak jadi naikkan ron 95 tapi mengantikan ia dengan kenaikan tariff elektrik padahal benda neh kerajaan dah lama lulus. Cuma tak berani umum time kenaikan gula sebab takut!! WTF!!!

4. Tapi diesel super tetap dimahsuhkan bulan june neh.

5. Kenaikan tambang tetap berlaku.

6. Kenaikan harga barang tetap berlaku. Risiko kenaikan tambang bas 30% tetap wujud.

7. Walaupun kerajaan naikkan tariff elektrik sekarang akan datang kerajaan tetap cari alasan untuk menaikkan minyak ron 95.

8. Hampir kebanyakkan penduduk di malaysia menggunakan elektrik. Termasuklah bidang perniagaan. Semua guna elektrik sekarang. Jadi kalau kerajaan kata impak kenaikan elektrik lebih kecil dari kenaikan ron 95 kerajaan silap. Ron 95, elektrik = semua rakyat malaysia pakai.  Jadi apa pula impak kenaikan elektrik lebih kecil dari ron 95?

Pendek kata, bagi aku mudah je. Kerajaan nak naikkan, naikkan je. Naik. Penatlah. Setiap hari pun kita dilanda kegelisahan. Bila ron 95 nak naik? Bila gas memasak nak naik? Bila tambang bas nak naik? Kerajaan pula dalam masa yang sama asyik2 mengungkit itu ini. Subsidi menyusahkan kerajaan..blablabla.. najib baru2 neh kutuk subsidi candu kepada rakyat.. blablabla.. seolah2 kita neh ketagihan gila duit kerajaan. Sumpah siyes dia buat kita macam peminta sedekah bhai. Siyes sakit ahti macam kita neh takde maruah pula dok injak2 maruah kita. Paddykutty betul lah.

Lepas tue nanti mulalah dok ugut2 "dont bite hands that feeds u". So lalu ke kita nak menghadapi tekanan2 neh? Sanggup ke korang hidup dan dalam masa yang sama kerajaan asyik canang2kan 24 jam yang kehidupan korang tue 100% dibawah kekuasaan kerajaan, kalau takde kerajaan korang bukan sapa2 pun. Sanggup ke? Aku siyes tak sanggup.Malas dan tak hingin aku nak mengharapkan simpati org yang tak satusen pun tak ikhlas nak simpati kat aku. Baik aku cari simpati pada orang yang betul2 ikhlas nak bantu aku. 

Sebab tue kalau kerajaan nak naikkan, biar je dorang naikkan. Jangan nanti bila dorang tak naikkan ron 95 neh dorang pergi canang 1malaysia bahawa dorang simpati pada nasib rakyat padahal sebelum2 neh dan akan2 datang mereka tetap akan naikkan apa2 barang selagimana mereka memerintah malaysia neh. Lakonan mereka tue mungkin digunakan untuk meraih undi. Apa yang pasti ron 95 tetap akan dinaikkan. Cepat atau lambat. Sebelum ataupun selepas pilihanraya. Tiada jaminan kerajaan tidak akan naikkan ron 95 meskipun selepas mereka naikkan tarif elektrik.

Ameno : U can straight go to hell. I dont want any government of barang naik.

Share this

0 Comment to " Elektrik naik pada 25 mei. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...