Tahun 2014 menyaksikan beberapa pemimpin samada berstatus kerajaan atau pembangkang, dari agensi kerajaan ataupun wakil parti telah mengeluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan diri sendiri sehingga menjadi bahan lawak di media sosial oleh netizens.
Dan ini adalah bahagian pertama.
Ahmad Maslan, Hasan Malek dan Najib Razak antara yang paling kerap mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bukan sahaja memperbodohkan diri mereka bahkan berupaya membuatkan rakyat marah dengan kenyataan tersebut.
Dimulakan dengan Hasan Malek.
Tahun neh kita diberitakan dengan kenaikan harga minyak bagi RON 95 & diesel masing2 sebanyak 20sen. Dan bagi mengekang kemarahan rakyat, Hasan Malek mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat perlu bersyukur dan bukannya protes tentang kenaikan tersebut kerana kenaikan itu akan mengekang aktiviti penyeludupan yang berleluasa.
Rujuk sini.
Hasan Malek juga pernah menasihati rakyat bahawa kita perlu kembali kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan kejayaan apa yang ada ketika harga minyak dinaikkan. Sungguh pun sampai sekarang aku dan ribuan rakyat Malaysia yang lain gagal mengaitkan kenaikan minyak dengan motif Hasan Malek menasihati kami agar kembali kepada budaya menghormati pemimpin. Nampak?
Selepas teruk dikecam kerana KENAIKAN HARGA BARANG2, Hasan Malek membalas bahawa rakyat sepatutnya berkorban kerana mempunyai pemimpin yang ikhlas. Rujuk sini. Rakyat dinasihati untuk berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi untuk minyak.
Dan disini, Hasan Malek antara yang dispekulasikan mencadangkan kepada kabinet agar pentroll2 isu kangkung dihukum. Kalau sampai ada menteri2 yang mencadangkan dan bersetuju pula agar pentroll2 Najib dihukum, kau boleh bayangkan betapa teruknya mentaliti pemimpin negara kita.
Disini pula, respon Hasan Malek apabila ditroll kaw2 oleh rakyat marhaen dalam isu harga cendol. Sedang orang troll dia, dia tidak tahu bahkan menyeru pula orang mencontohi peniaga cendol dalam keadaan kerajaan sendiri menaikkan harga jualan minyak di negara ini.
Bagi menunjukkan kementerian jagaan Hasan Malek berbuat kerja dia juga melancarkan satu kempen bawa bekal ke sekolah yang mana akhirnya kempen tersebut mati dengan sendirinya. Rujuk sini.
Ini bukan yang terakhir dari Hasan Malek tetapi cukup menunjukkan betapa bangangnya dia bila berkempen undi BN kepada budak2 sekolah. Rujuk sini.
Dalam majlis tersebut, Hasan Malek secara angkuh dan egonya berkata, 'BN satu2nya kerajaan di dunia yang mengambil berat kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa disamping menasihati mereka2 yang hadir ke majlis tersebut, ibu bapa dan para pelajar agar mengundi BN.
Nampak tak? Kebodohan dia jangan la kita mempertikaikannya lagi.
Diteruskan dengan Ahmad Maslan.
Aku kira menteri2 kita sebenarnya berlumba2 untuk menunjukkan siapa yang paling mahir mengeluarkan kenyataan bodoh di antara mereka. Itu sebab tahun neh Ahmad Maslan beria2 keluarkan kenyataan bodoh. Bukan sekali tetapi berkali2.
Disini. Ahmad Maslan berkata GST hanya dibayar oleh orang kaya sahaja. Dan disini. Ahmad Maslan berkata tiada masalah BN berkempen di sekolah sebab ia aset kerajaan. Rupa2nya kerajaan = BN tue sama rupanya. Disini Ahmad Maslan mengumumkan yang BLUE WAVE ARMY perlu ditubuhkan untuk lawan pembangkang di media sosial. Ya. Lawan pembangkang dengan menggunakan duit siapa? BN ke? Disini pula Ahmad Maslan menjelaskan bahawa kerajaan gunakan masa selama 30 tahun untuk kaji GST. Respon menteri kepada demo anti GST. Punya la beria2 mengkaji jika ia babitkan kutipan cukai. Tapi bab harga rumah taknak pula beria2 kaji. Nampak?
Disini Ahmad Maslan menerangkan kerajaan tak berikan BRIM sekaligus sebab nak elak rakyat guna duit BRIM untuk beli I-phone. Dan sini ialah kenyataan bebal yang dia keluarkan dalam satu forum berkenaan GST. Disini pula Ahmad Maslan kata sapa tolak GST dia jahil. Kat sini, Ahmad Maslan sebut jika mencukai orang kaya banyak2, orang kaya akan lari bagi mengulas cadangan PR bahawa cukai haruslah diselaraskan ikut pendapatan miskin kaya.
Disini, sini dan sini. Ahmad Maslan memperbodohkan diri sendiri isu cukai petrol.
Dan ia tak berakhir disitu apabila Ahmad Maslan mengulas kejatuhan ringgit Malaysia patut dilihat dari sudut positif kerana ia membantu kepada sektor import eksport dan rakyat kini boleh mula menggunakan barangan tempatan. Rujuk sini.
Bagaimana pula dengan Najib Razak?
Awal tahun kita dikecohkan dengan isu kangkung. Najib dilaporkan berkata, kangkung dulu naik, sekarang dah turun kenapa tak puji kerajaan? Rujuk sini. Dan sini.
Perkara itu menjadi viral di media sosial dengan pelbagai jenis troll. Samada dalam bentuk video atau remix. Gambar mahupun karangan. Najib teruk diserang pada permulaan tahun 2014. Bahkan ia dilaporkan secara berleluasa oleh media antarabangsa.
Selepas ditroll isu kangkung, Najib ditroll tentang satu gambar. Gambar itu dia yang sebarkan sendiri di laman facebook. Rujuk sini. Ia berkenaan gambar yang menunjukkan Najib sedang melambai kepada rakyat tapi sayangnya.. semua buat tatau dan malas nak layan dia. Mungkin kerana ketika itu isu kangkung masih lagi panas dan menyakiti ahti rakyat Malaysia.
Dan disini, entah kenapa Najib mencadangkan agar menteri menjalani latihan untuk elak menteri nampak bodoh depan media. Sedang Najib lupa dari awal tahun hingga ke akhir tahun dia yang paling nampak bodoh depan media.
Dalilnya?
Disini. Najib kaitkan pemberian BRIM dengan hadis. Kata Najib pemberian BRIM ikut syariat Islam. Bukanla BRIM itu yang dikecam tapi tindakan Najib yang syok sendiri dengan beranggapan seolah2 BRIM itu menggunakan duit poket dia sendiri yang membuatkan dia dikritik hebat.
Disini pula Najib dipersendakan masyarakat apabila berbangga-banggaan mengumumkan bahawa Belanda cemburu dengan ekonomi negara.
Dan disini pula Najib dedahkan maklumat operasi pasukan keselamatan negara yang nak mengempur penceroboh Cameron Highland. Seolah2 nak bagi hint agar penjenayah2 tersebut ada masa untuk melarikan diri.
Dan disini, sini dan disini pula Najib tak henti2 mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri di hadapan pengguna media sosial dan media selepas dikecam teruk kerana kantoi bermain golf dengan Obama sedangkan beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir teruk dan cuaca yang tidak menentu.
Dan disini juga disini, Najib juga dikecam selepas mengatakan pengisytiharan darurat tidak dibuat kerana mahu membantu rakyat mengclaim insurans.
Disini Najib membuat pengakuan dia tak pulang ke rumah lagi (kantoi menipu. Dikantoikan oleh blogger UMNO rujuk sini) sedangkan ratusan ribu mangsa banjir yang lain tiada rumah pun untuk dituju selepas banjir surut.
Tidak setakat itu, sebaran video dari page Zambry Kadir juga mengantoikan Najib Razak dan Zambry yang berlakon dalam air banjir di Perak baru2 neh. Rujuk sini.
Setelah dikumpul2, dihitung2 dan dikira2, ketiga2 pemimpin di atas adalah individu yang paling banyak memperbodohkan diri di hadapan media, orang awam mahupun di laman sosial.
Dan ini adalah episode pertama bagi kenyataan2 bangang keluaran pemimpin bagi tahun 2014. Ketiga2 mereka dalam episode ini adalah top three tiada yang paling top berbanding mereka berdasarkan kepada 'kuantiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan.