Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 30 Disember 2014

Najib, Pesawat Rasmi Negara Hilang Ke Mana Tanya PKR - Sapa Pinjam Utk Bawa Jalan2?

PKR bertanya.

Adalah amat baik jika Najib boleh jawab. Dan adalah amat baik jika tidak campuradukkan pertanyaan tersebut dengan menuduh PKR menfitnah dan sebagainya. Mereka bertanya kerana mahu tahu dan sebagai yang mewakili rakyat, persoalan PKR itu relevan sebab rakyat macam aku pun memang ingin nak tahu.

Lee Chean Chung. Ketua Pemuda Penerangan PKR mempersoalkan Najib Razak ke mana kah pesawat rasmi yang digunakan oleh Najib Razak untuk membawanya ke Hawaii telah menghilang selepas Najib dibawa pulang ke Malaysia menuju terus ke Kelantan menggunakan pesawat milik TUDM?

Awani melaporkan Najib tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan pada 27 Disember, jam 1.40 tengahari. Melalui flightradar24, kapal milik TUDM yang memiliki no pendaftaran M53-01 juga dilaporkan mendarat di lokasi pada waktu dan hari yang sama.

Ini mengesahkan bahawa Najib dibawa pulang ke Malaysia menggunakan pesawat milik TUDM dan tidak dibawa pulang menggunakan pesawat rasmi milik negara walaupun Najib berlepas ke Hawaii menggunakan pesawat rasmi milik negara.

Jelas Lee Chean Chung lagi, pesawat Airbus A319 9M-NAA yang membawa Najib dan rombongannya ke Honolulu pada hari krismas dilaporkan berada di Indianapolis ketika ini melalui semakan di website flightradar24.com.

Dan selepas itu pesawat tersebut tidak kelihatan sedang terbang ke mana-mana dan lokasi terakhirnya masih berada di Indianapolis seperti yang disemak oleh Ketua Pemuda Penerangan PKR.

Ini ialah gambar pesawat yang membawa Najib dan rombongannya terbang ke Honolulu pada 25 disember 2014. Lokasi terakhir pesawat ini dikesan berada di Indianapolis.


Manakala ini ialah gambar pesawat milik TUDM yang membawa pulang Najib Razak ke Malaysia selepas PIEM-KU-ENCIK-YANG-TAK-PRIHATIN dikecam teruk oleh rakyat kerana berada di luar negara pada ketika rakyat di beberapa negeri berhadapan dengan musibah banjir yang paling teruk dalam sejarah negara.


Dan PKR menuntut jawapan dari Najib untuk menjelaskan ;

1. Kenapa pesawat milik negara tidak membawa Najib pulang ke negara sebaliknya pesawat milik TUDM digunakan sekaligus menyebabkan pertambahan kos yang tidak sepatutnya berlaku?

2. Kenapa pesawat milik negara mendarat di Indianapolis?

3. Siapakah yang menggunakan pesawat itu dan untuk apa?

Ini ialah PERSOALAN2 yang Najib RAZAK, piem-ku-encik-yang-suka-membazir perlu jawab. 

Dan, ya seperti orang lain, aku juga tertanya2. Ke mana kah kelibat mama angkat kesayangan ku si Rosmah Mansur tue. Tak nampak bayang2 dia di Kelantan sedang membersihkan rumah sambil memakai baju Pandu Puteri ataupun sedang duduk makan di atas meja menggunakan bekas polistren pun.

Mana dia. Tunggak utama yang selalu menyelesaikan masalah negara itu tidak kelihatan dan kami bimbang. Kami bimbang bila pesawat rasmi negara berlepas ke Hawaii dan Najib sendiri mengakui 'dia bercuti'. Dan kami bertambah2 bimbang bila pesawat itu dilaporkan berada di Indianapolis. Dan semakin kami bimbang bila kos untuk mengoperasikan pesawat tersebut ditanggung oleh pembayar cukai. 

Fikir2kan la ek. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...