Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Disember 2014

2014 - Tahun Sedih Buat Rakyat Malaysia.


Hari ini ialah hari terakhir bagi tahun 2014 sebelum kita memasuki tahun baru 2015 bermula jam 12 tengah malam nanti.

Hari-hari terakhir menjelang tahun 2014, pada tahun 2013, rakyat Malaysia telah melakukan pelbagai protes bagi menyatakan kebimbangan ahti mereka untuk berhadapan dengan tahun 2014 yang akan menyaksikan rakyat Malaysia dihimpit dengan masalah kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi dan tidak tercapai dek kemampuan mereka.

Nampaknya jangkaan awal rakyat Malaysia tidak salah. Tahun 2014 menyaksikan kerajaan telah mengurangkan pelbagai jenis subsidi sehingga memutuskan untuk menghapuskan terus subsidi minyak selepas harga minyak mentah global, jatuh. Cuma apa yang rakyat Malaysia tidak menyangka disamping mereka berdepan dengan masalah kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi negara disebabkan pentadbiran kerajaan yang tidak amanah dan tidak cekap, mereka diselitkan pula dengan pelbagai jenis tragedi yang menambahkan lagi kesedihan dan kesakitan di sanubari mereka.


Tragedi #MH370.

Ketika kita sedang di ambang protes memperkatakan tentang masalah kos sara hidup dan harga barang yang kian naik tiba2 bagaikan kilat menyambar kita mendapat berita pesawat MH370 hilang pada 8 March 2014.

Pesawat tersebut membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal. Berlepas dari KLIA menuju ke Beijing pada 12.41 malam. Penumpang paling ramai melibatkan warganegara China iaitu sebanyak 154 orang, Malaysia 50 orang (termasuk anak kapal), Australia 6 orang, India 5 orang, Perancis 4 orang dan Amerika sebanyak 3 orang.

MH370 masih dicari sehingga kini dan kehilangannya menimbulkan pelbagai jenis teori, hujah konspirasi, spekulasi, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Ini ialah tragedi pertama MAS di peringkat global dan segala kekurangan dan kelemahan kita dijadikan kontroversi dan mendapat kritikan meluas di peringkat antarabangsa. Kritikan dan analisa media antarabangsa terhadap teori kehilangan MH370 ada yang berasas namun lebih banyak yang tiada asas. Yang paling mengarut sebaran mereka apabila menuduh kredibliti pilot yang mengendalikan MH370, kapten Zaharie yang juga menjadi antara aset kebanggaan MAS sebagai bunuh diri kerana Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam pertuduhan liwat II yang menyabitkan Anwar bakal berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun. 

Tuduhan itu tidak berhenti disitu. Ia disambung oleh blogger kita. Dan media luar terus menuduh dan mengaitkan ISLAM dan keganasan sebagai punca MH370 gagal ditemui sehingga kini.

Kehilangan MH370 juga menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia terus berbalah dan berpecah sesama sendiri berdasarkan blok partisan berbanding menghuraikan isu berdasarkan fakta kes. Ada di antara mereka lebih suka menyerap fitnah media luar terhadap insiden MH370. Tanpa mereka sedari setiap penulisan2 mereka dibaca oleh ahli keluarga mangsa yang terkesan dengan setiap sebaran tersebut. Itu tak masuk lagi dengan sikap wartawan pelbagai pelosok dunia yang menyerbu ahli keluarga mangsa bagi bertanyakan pendapat dan perasaan mereka tentang tragedi yang berlaku. Kita nampak dan perhalusi kegagalan dan kelemahan menteri2 kita dalam mengendalikan insiden MH370. Penyampaian maklumat yang tidak tersusun, kenyataan yang menimbulkan keraguan dan kegagalan menguruskan tragedi dengan cepat dan secekapnya. Kita akui. Namun dalam masa yang sama perlu juga kita akui dan terima kelemahan diri kita dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat. Kita semua sama2 bersalah. Baik menteri mahupun diri kita.

Tragedi #MH17.

4 bulan telah berlalu dan kita masih bersedih dengan tragedi MH370 yang hilang tanpa dikesan. Kita dihadapkan dengan masalah kewangan MAS dan risiko MAS bakal muflis dengan insiden tersebut. Dan sekali lagi. Berita yang sama sampai kepada kita. Kali ini ianya tidak hilang tetapi pesawat kita ditembak jatuh.

MH17, ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di ruang udara Ukraine yang juga ruang yang terlibat dalam peperangan antara kumpulan pemisah dengan negara Ukraine. Membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal. Pesawat itu berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. 154 penumpang adalah warganegara Belanda, 45 dari Malaysia (termasuk anak kapal dan 2 bayi), Australia 27 orang, Indonesia 12 orang termasuk bayi, United Kingdom 9 orang, Jerman dan Belgium masing2 4 orang, Filipina 3 orang, kanada 1 orang, dan 41 yang lain tidak dapat disahkan warganegaranya.

Seperti MH370, insiden ini turut membuahkan pelbagai jenis teori dan konspirasi. Seperti MH370, insiden ini juga menghasilkan pelbagai2 pakar2 penyiasat segera yang belajar dan mendapat ilmu melalui facebook dan media sosial. Sebaran maklumat palsu, fitnah, tidak berasas dan sebagainya terus dilakukan oleh pihak2 tertentu di dalam negara neh tanpa mengambil peduli emosi ahli keluarga mangsa yang terjejas. 

Dan tragedi ini sekali lagi membuatkan Malaysia dikecam oleh masyarakat antarabangsa. Berbanding menyalahkan yang menembak pesawat itu, kita lebih teruk dipersalahkan atas alasan tidak peka. Bukan hanya orang luar bahkan rakyat di negara ini juga. MAS yang telah jatuh dalam insiden MH370 kini tinggal nyawa di hujung tanduk. Lebih ramai kakitangan MAS yang takut dengan situasi semasa sehingga memaksa mereka berhenti. Ironinya. Kapal kita terbang bersama2 kapal orang lain. Di ruang udara yang sama. Di waktu yang lebih kurang sama. Tetapi kapal kita yang jadi mangsa. Dan kita teruk dikecam kerananya. Insiden berkenaan masih disiasat dan sehingga kini baik pihak Rusia mahupun Ukraine bermain tarik tali dan pass button 'kesalahan' ke atas orang lain. Manakala Malaysia, MAS dan yang terkorban dalam insiden berkenaan terus menjadi mangsa keadaan dalam tragedi berkenaan. Kita ialah mangsa dalam tragedi ini. Tetapi orang kita bahkan ada yang bersekutu dengan pihak luar dengan menukarkan situasi mangsa kepada kita ialah pemangsa dalam tragedi berkenaan. Sekalipun pemimpin kita jahat, sekalipun kita benci BN, tetapi adakah pemimpin di negara luar itu adalah boleh dipercayai berbanding mempertahankan negara kita? Ahli politik adalah sama. Dalam ataupun luar negara. Tak rela kena tipu dengan pemimpin dan pihak media sendiri tetapi rela membiarkan diri kena tipu dan dimanipulasikan oleh pemimpin dan media luar, itu juga kebodohan.

Siri penculikan di Sabah.

Selain dua insiden yang membabitkan pesawat diperkatakan oleh pihak luar sehingga ada di antara mereka menjadikan ia sebagai bahan senda gurauan di laman sosial dan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap MALAYSIA AIRLINES, kita turut berdepan dengan siri penculikan demi penculikan di perairan Sabah. 

Kenapa ini jadi masalah besar? 

Ini kerana penculik tersebut tidak lagi menculik pelancong ataupun orang Sabah untuk dijadikan tebusan semata-mata bahkan sanggup bertindak jauh sehingga membunuh anggota keselamatan negara kita.

Perkara itu juga menjejaskan sektor pelancongan negara lapor MIER. Rujuk sini. Keselamatan di perairan Sabah yang longgar menjadikan Sabah sasaran mudah kumpulan penculik untuk melakukan onar di negara ini disamping masalah PATI yang tak berkesudahan. 

Hujahnya. 

2 April - Goa Hua Yun berumur 29 tahun pelancong China dan Marcy Dayawan 40 tahun pekerja resort warga Pilipin diculik oleh kumpulan penculik di perairan Sabah. Ini berlaku selepas MH370 hilang.

6 Mei - Yang Zai Ling 34 tahun dari China diculik dari pusat ternakan ikan di sekitar perairan Sabah dan dilarikan menggunakan bot.

16 Julai - Chai Sai Chun, 32 warga Malaysia diculik berhampiran pekan Kunak.

12 Julai - Konstabel Zakia Alep diculik di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna manakala Koperal Ab. Rajah Jamuan pula terkorban kerana ditembak mati oleh kumpulan penculik.

Kesemua tebusan tersebut berjaya dibebaskan hasil dari rundingan namun nasib konstabel Zakia masih lagi dalam rundingan PDRM bersama kumpulan penculik. 

Ini. Telah menyebabkan sektor pelancongan jatuh dan tahap keselamatan dalam negara khususnya di perairan Sabah diragui oleh masyarakat antarabangsa.

Pelbagai dana diperuntukan kepada ESSCOM untuk memastikan rakyat Sabah merasa selamat dan terlindung tetapi mereka gagal bekalkan tahap keselamatan yang diharapkan sehingga kepada satu tahap, PDRM mengisytiharkan darurat berterusan di Sabah bagi mengekang aktiviti penculikan. Ini membuktikan selepas insiden Lahad Datu, tahap keselamatan di Sabah bukan lagi perkara biasa yang boleh diabaikan. Pelancong dan warga tempatan diculik bahkan ada yang telah ditembak mati. Perairan Sabah mudah ditembusi meskipun dana untuk keselamatan kian meningkat. Anggota keselamatan dibunuh. Siasatan menunjukkan yang bekerja dan bersuhabat dengan kumpulan penculik adalah mereka2 yang memiliki IC palsu atau kewarganegaraan segera. Masalah PATI semakin menakutkan bahkan salah seorang dari mereka pernah mengemparkan negara apabila membunuh pegawai BANK yang bekerja di AMBANK. Rakyat Sabah terus merayu bahawa mereka risau hidup dikeliling PATI. Bahkan ada di antara PATI2 itu lebih sudu dari kuah di negara ini. Tapi di manakah pemimpin2 negara kita?

2.9 juta ialah jumlah PATI yang dianggarkan berada di dalam negara ketika ini. Stastistik itu tidak termasuk dengan mereka2 yang menipu menggunakan IC palsu dan menyamar sebagai warga Malaysia. Dan perlu berapa banyak yang mati dan terkorban sehingga kerajaan benar2 mengambil satu inisiatif yang menyeluruh dan telus dalam membanteras kegiatan tersebut? Untuk rekod, Nazri Aziz sebagai menteri pelancongan juga mengakui secara terbuka, dia takut untuk ke Sabah. Jadi bayangkanla, betapa teruknya tahap keselamatan di negeri tersebut.

Musibah banjir 2014.

Ia memang banjir tetapi kesan akibat banjir adalah selepas sesudah tsunami. Itu la yang diibaratkan berlaku di Kelantan khususnya di Kuala Krai. Pada awal tahun kita telah diberitakan dengan perkhabaran El nino. Rujuk sini dan sini.

Cuaca di negara kita panas sepanjang bulan2 terawal dalam tahun 2014 dan kita merungut dengan masalah jerebu, pencemaran dan masalah kekurangan bekalan air.

Untuk bulan2 terakhir pada tahun 2014 kita ditimpa hujan yang tak berkesudahan sehingga mengakibatkan banjir di beberapa buah negeri dengan negeri yang paling teruk terjejas ialah di Kelantan. Mangsa banjir yang terlibat dalam perpindahan dilaporkan sebanyak 247,104 mangsa dan ini ialah catatan pada 30 disember 2014. Namun. Harus kita bezakan. 247k ialah merujuk kepada mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Angka mangsa yang terjejas angkara banjir adalah lebih besar dari itu kerana bukan semua mangsa banjir mahu berpindah dan berpindah ke pusat2 yang diselia oleh kerajaan.

Musibah banjir 2014 berlaku di beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Johor. Di Pulau Pinang pula berlaku rentetan demi rentetan peristiwa ribut yang mengorbankan nyawa orang awam. Yang terbaru di Balik Pulau yang mana mencederakan seorang dan merosakkan 500 rumah rakyat di daerah tersebut. Rujuk sini. Sebelum neh pada tahun lepas, menara telekomunikasi di bangunan UMNO pernah jatuh dipukul ribut yang menyebabkan dua maut dan belasan yang lain tercedera dalam kejadian tersebut. 

Musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri telah meragut 21 nyawa dan 10 yang lain masih hilang. Ini ialah catatan pada petang 30 disember 2014. Manakala ratusan ribu yang lain hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. 

Yang hilang rumah terus.
Yang rumahnya musnah habis.
Yang rumahnya dibawa arus.
Yang ada sekadar tinggal tapak.
Yang hilang nyawa ahli keluarga dan harta benda.
Yang dirompak oleh mereka2 yang mengambil kesempatan pun ada.

Kesakitan mangsa banjir semakin terasa apabila gambar Najib Razak bermain golf di Hawaii bersama Obama dilaporkan secara meluas oleh media massa. Tidak cukup itu, Najib dilaporkan bercuti tetapi menggunakan pesawat rasmi. Percutian itu dibiayai oleh wang pembayar cukai dalam saat mangsa banjir bertarung nyawa berpaut pada pokok minta diselamatkan oleh pasukan keselamatan yang lambat tiba disebabkan faktor cuaca yang buruk disamping arus air yang deras dengan keadaan yang serba kekurangan tenaga dan aset akibat arahan untuk kerahkan bantuan lambat dikeluarkan.

Ketika Najib menhayun kayu golf itu, ada anak kecil yang terpisah dengan neneknya dan dibawa oleh arus deras apabila bumbung tempat mereka berlindung ranap dan runtuh diserang arus deras banjir.

Ketika Najib upload gambar selfie dengan muka sedih di Twitter, ratusan ribu mangsa banjir terperangkap di beberapa lokasi menunggu bantuan kunjung tiba.

Najib perlu dipanggil pulang oleh rakyat Malaysia bagi megetuai pasukan keselamatan untuk membantu mangsa banjir. Menteri Malaysia pula perlu dipanggil pulang oleh perdana menteri menerusi media massa agar turun padang bagi meninjau dan melakukan operasi menyelamat di lokasi yang terjejas.

Apa situasi yang cuba disampaikan ini?

Adakah sebagai seorang pemimpin, rasa prihatin itu perlu diarah berbanding ia timbul atas kesedaran diri sendiri dan rasa anggungjawab?

Ada sesuatu yang tak kena disini. Berbalik kepada cuaca. 

Panas. Hujan atau ribut. Kita tetap merungut.

Cuaca yang panas dan cuaca yang tidak panas bukan la cuaca yang kita mahukan. Kita mahukan cuaca yang mana bila panasnya, panasnya itu tidak merumitkan kehidupan kita dan bila tidak panas, tidak panasnya itu tidak menjejaskan kehidupan kita. Boleh ke?

Yang sebenarnya. Apa yang kita boleh buat ialah ubah cara kita menjaga alam ini. Ubah cara kita menguruskan dan membangunkan negara, sistem perparitan, cara kita menggunakan air, cara kita melayani alam kerana dengan itu, sekurang2nya kita boleh meminimakan kesan negatifnya ke atas kehidupan kita. Musibah banjir ini bukan pengajaran kepada mangsa banjir sebaliknya ia ialah pengajaran kepada kita. Jika kita boleh bina bangunan yang tinggi, apa sebab kita gagal sediakan sistem perparitan yang effisen. Jika kita boleh predict cuaca yang luar biasa, apa sebab kita gagal menyediakan langkah pencegahan bagi menangganinya. Jika kita boleh tebang pokok dan kacau alam sekitar, apa sebab kita gagal sediakan plan tambahan bagi mencegah mudarat akibat dari tindakan tersebut. Inila pengajaran yang kita kena renungkan.

Kehilangan dan penemuan #QZ8501

Menutup tirai 2014. Kita tidak berhenti pada musibah banjir 2014. Ia bukan tragedi terakhir yang melibatkan intergriti Malaysia. 28 disember 2014. Ialah tarikh #QZ8501 sebuah pesawat Air Asia dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Penerbangan tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia. Daripada jumlah itu, 138 adalah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

 
Sungguhpun Air Asia Indonesia tiada kaitan dengan Malaysia secara langsung namun Air Asia ialah sebuah syarikat penerbangan yang terkait dengan Malaysia disebabkan ia jenama hasil idea anak Malaysia yang berubah menjadi antara jenama antarabangsa yang dikenali dunia.


Pada awalnya ketika pesawat Air Asia dilaporkan hilang tumpuan diberikan kepada Malaysia berbanding Indonesia sehingga pihak berkuasa Indonesia terpaksa mengeluarkan kenyataan penafian. Air Asia Berhad memiliki 49% saham di Air Asia Indonesia namun Air Asia Indonesia ialah sebuah syarikat yang beroperasi dan berpengkalan di Indonesia. Namun masyarakat dunia masih mensasarkan Malaysia kerana ini ialah tragedi pesawat ketiga yang melibatkan Malaysia dalam satu tahun yang sama. Intergriti Air Asia dan MAS terus diperkatakan kerana terkait dengan Malaysia.

Nasib QZ8501 akhirnya berjaya disimpulkan apabila memasuki hari ketiga, pasukan SAR berjaya menemukan mayat dan serpihan dari pesawat yang hilang itu. Ketika ini 7 mayat telah ditemui dan diangkat oleh pasukan penyelamat. Salah seorang yang ditemui berpakaian pramugari dan seorang kanak-kanak. Pesawat tersebut dikatakan membuat permintaan mahu melencong ke kiri dan naik lebih tinggi dari aras semasa disebabkan liputan awan yang tebal dan faktor cuaca yang buruk. Selepas 10 minit, mereka terputus hubungan sebelum ditemui terhempas di bahagian kalimatan.

Memasuki tahun baru 2015. 

Yang suram dan muram dalam bulan2 terakhir 2014 tidak dapat dilupakan. Masalah ringgit yang jatuh dan ekonomi negara yang tidak stabil. Ramalan pakar ekonomi mengenai kadar inflasi, penganguran dan kadar faedah pinjaman akan terus naik pada awal tahun 2015 sudah cukup mengusarkan kebanyakan rakyat Malaysia. Penggantian cukai SST kepada GST yang menyebabkan lebih banyak barang dan perkhidmatan akan dicukai di negara ini. Orang miskin akan terus tersepit. Dan masalah kos sara hidup yang semakin membebankan dengan harga rumah yang naik melonjak dan ahli politik kerajaan dan pembangkang yang tidak cekap dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab masing2 antara faktor2 yang menyebabkan rakyat Malaysia terus suram untuk tahun2 mendatang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...