Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 Februari 2019

"Jujur Dalam Ilmu, Takutlah Pada Allah," Peguam PAS Diberitahu..

LAPORAN | Tindakan PAS menarikbalik saman ke atas Sarawak Report, nampaknya mengundang pelbagai kritikan ke atas parti itu.

Bagaimanapun ia dengan pantas dijawab oleh halaman Peguam Muda PAS yang menerangkan kenapa tindakan tersebut terpaksa diambil.

BACA : PAS Tetap Menang Walau Tarikbalik Saman.
Namun bukan semua pihak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.


Salah seorangnya adalah peguam yang dikenali sebagai Hisham Fauzi.

Menurut saudara Hisham, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mengulas mengenai saman fitnah PAS terhadap Sarawak Report adalah kenyataan yang tidak jujur.

"Bidang kepeguaman saya ialah Saman Fitnah. Apabila saman fitnah ditarik balik, maka artikel berkenaan akan kekal. Tidak disabit fitnah.

Defendan pula tidak diputuskan sebagai bersalah memfitnah. Permohonan interlokutori hanya berkait dengan pra-perbicaraan, bukan pemutusan kepada crux of the case.

Mana ada menang interlokutori, maka crux of the case terus jadi akademik. Jujurlah kepada ilmu dan takutlah kepada Allah!,"
katanya dalam kenyataan itu.

Meskipun tidak menyebut secara langsung kepada siapakah ia ditujukan tetapi ramai percaya ia adalah respon balas kepada satu penjelasan berbentuk perundangan yang ditulis bagi mempertahankan tindakan PAS menarik semula saman fitnah ke atas Claire.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam yang juga SU Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan turut memberikan ulasannya berkaitan hal itu.

"Setakat ini, apa yang kita tahu mengenai penyelesaian luar Mahkamah ini adalah:

1) YB DS Haji Hadi telah menarik balik tuntutan terhadap Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi di London.

2) Tiada perintah terhadap kos dibuat (maknanya pihak-pihak tanggung kos sendiri).

3) Penyelesaian ini tidak mengusik rencana Sarawak Report yang mendakwa PAS ada terima dana RM90 juta. Rencana tersebut masih ada.

4) Terma-terma penyelesaian tidak didedahkan.

Ini juga bermaksud, tiada dapatan Mahkamah bahawa dakwaan Clare dalam rencana Sarawak Report itu adalah fitnah,"
katanya. - 2 Februari 2019.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...