Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Februari 2019

"Jadilah Seperti Babi," Aktivis DAP Diserang Netizens Bawang.

SOSMED | Nampaknya kata-kata ucapan sempena Tahun Baru Cina, Marina Ibrahim, Ahli Majlis dan juga aktivis DAP telah menyebabkan kumpulan netizens bawang menyerang wanita itu bertubi-tubi di akaun Facebooknya sejak semalam.


"Selamat Tahun Baru Cina.

Selamat menyambut tahun babi.

Tuhan tidak pernah mensia-siakan setiap ciptaanya di dunia.Kita manusia adalah perumpamaan seperti babi.Ada kebaikan dan ada keburukan.Babi sering dikaitkan dengan sifat atau tabiat buruknya yang pemalas.Jangan ambil sikap ini ya.

Tetapi tahukah anda babi juga adalah haiwan berjasa yang mempunyai banyak kegunaan dari lemak,bulu hingga ke tulang?

Maka jadilah kita seperti babi yang mana kehidupan kita memberikan manfaat kepada setiap orang walaupun apa keadaanya dan keburukan yang ada pada diri kita.Tidak perlu tunggu menjadi baik untuk berbuat baik.

Selamat Tahun Baru Cina,"
kata Marina dalam kenyataan itu.


Kenyataan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa dan wanita itu menerima pelbagai serangan menerusi ruangan komen dan messenger yang akhirnya menuntut beliau untuk membuat penjelasan susulan.

"Meh sini saya bantu hadam, siap kisarkan bagi faham. Tinggal telan je,kalau-kalau akal tu sukar untuk berfikir.

Dalam kenyataan saya,ada saya nyatakan BABI adalah halal? Sila tunjukan di mana kalau ada.

Yang saya maksudkan adalah,Jadi seperti babi walau ada keburukan tetapi berJASA.Bukan saya cakap makan babi halal.

Adakah kamu sebagai manusia/ hamba yang hidup di dalam dunia ini tidak mempunyai sebarang keburukan? Tak tahu lah kalau perasan baik tiada keburukan langsung.Apa saya maksudkan seburuk mana diri kita,jadi orang yang berguna pada manusia lain.Tak payah tunggu jadi baik baru nak buat baik.

Sekarang saya tak pelik macam mana ramai yang masih percaya pokok boleh menangis kalau macam ni cara pemikiran,"
jelasnya.



Marina turut meminta agar pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataannya tidak membuat serangan dan tohmahan yang melampaui batas sehingga ke tahap menghina dan merendahkan maruah dirinya.

"Terima kasih kepada semua yang faham apa yang saya cuba sampaikan.

'Marina ambil tindakan page ni hina u' Terima kasih juga atas keperihatinan anda.

Untuk saya, saya tidak akan ambil sebarang tindakan. Boleh je letak gambar hidung babi sekalipun, sikit pun saya tidak rasa terhina. Kita bebas untuk cakap diri kita lebih baik dari yang lain, akhirnya perbuatan kita yang akan mengambarkan bagaimana sikap kita.

Cuma sedikit nasihat saya, saya adalah orang yang bebas terima kritikan. Untuk membuktikan anda muslim yang lebih baik dari saya, anda tidak seperti 'babi' dalam perumpamaan yang saya berikan, tidak perlu lah PM menggunakan kata kesat seperti 'sundal' ' pelacur' ' dah berapa kali jual puki' 'sedap ke jual puki kat apek'. Itu bukanlah kaedah yang baik menegur dan berdakwah . Jangan guna pendekatan ini dikemudian hari pada orang lain apabila menegur kesilapan.

Saya bukan mereka yang layak memberi nasihat, hanya menuntut di madrasah beberapa tahun. Ilmu itu tidak mungkin layak untuk saya menegur. Tetapi melalui pelbagai kes saya hadapi, cara makian yang digunakan pada yang lain, ianya hanya menjauhkan mereka dari islam sahaja. Jangan gunakan nama islam untuk berdakwah cara begini. Mesej anda tidak akan sampai.
Selamat bercuti,"
katanya lagi.

Ini adalah bukan kali pertama wanita melayu yang menyertai dan menyokong DAP menjadi mangsa serangan siber buli. Sebelum ini Dyana Sofia dan Rara pernah menerima nasib yang serupa. - 5 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...