Saya terbaca ulasan seorang peguam PH yang kononnya mengatakan tindakan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menarik saman ke atas Clare Rewcastle (CRB) menunjukkan artikel tuduhan ke atas Pas bukanlah sebuah fitnah dan boleh kekal. Saya nak cadang beliau ambil kursus guaman balik. Sebenarnya apabila saman fitnah ditarik semula, tuduhan tersebut hanya bersifat 'tergantung'. Benar atau tidak tuduhan tersebut adalah mutlak hanya apabila diputuskan mahkamah. Dan prinsip 'innocent until proven guilty' mestilah digunapakai.
Dalam isu penarikan semula saman ke atas CRB, ada 5 perkara yang saya kira memaksa PAS mengambil tindakan menarik saman tersebut.
1. Kos guaman setakat ini adalah £305,250. Atau hampir RM2juta. Kos ini adalah 50% lebih tinggi daripada kos yang ditanggung setakat ini oleh CRB sendiri (£200k @ RM1.2 juta). Dan jangkaan paling besar apabila CRB memulakan saman balas (atas alasan ugutan / intimidation ke atas saksi), maka kos tersebut akan melonjak lebih besar disebabkan tempoh masa yang lebih panjang daripada sepatutnya.
2. Kesihatan TGHH sendiri. Selepas rawatan di Turki beberapa tahun lalu, kesihatan TGHH tidak terlalu mengizinkan. Disebabkan saman ke atas SR ini dimulakan olehnya, beliau perlu sentiasa hadir ke mahkamah. Perjalanan udara yang keterlaluan adalah tidak sesuai dengan usia senja beliau yang sepatutnya dihabiskan untuk ummah dan bukannya melayan kerenah seorang perempuan kulit putih rambut perang.
3. Masalah tuduhan Sarawak Report (SR). Dalam artikel asal SR, tuduhan mereka adalah merujuk kepada sogokan RM90 juta kepada PAS bagi meninggalkan pakatan pembangkang oleh DS Najib Razak dan amaun tersebut dimasukkan ke dalam akaun 'pemimpin Pas'. Disebabkan tuduhan itu terlalu umum dan pemimpin Pas itu sendiri tidak dinamakan, proses perundangan bagi membuktikan tuduhan SR akan memakan masa yang lebih lama dan terdapat kemungkinan bahawa saman tersebut mungkin dibatalkan atas sebab keumuman tuduhan itu sendiri. Melainkan SR menamakan 'pemimpin Pas' tersebut, maka 'pemimpin Pas' itu sendiri boleh memulakan prosiding saman. Ini adalah antara hujah utama SR.
4. Kesanggupan CRB menarik saman balas. Apabila CRB menarik semula saman balas atas tuduhan "TGHH / Pas membuat ancaman / gangguan ke atas beliau melalui media", ini menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak bersedia untuk mempertahankan tuduhan asal 'rasuah RM90juta' ataupun memanjangkan lagi kes. Sila ambil perhatian bahawa walaupun saman balas CRB adalah respon kepada saman TGHH, saman CRB sebenarnya boleh berdiri sendiri dan diteruskan walaupun saman TGHH telah ditarik balik.
5. Isu ini sudah tenggelam. Tindakan mengejut Pas dahulu bagi memulakan saman ke atas SR sebenarnya lebih didorong untuk menamatkan cakap cakap berkenaan tuduhan tersebut. Apabila berlakunya sambutan baik ke atas kerjasama politik antara Pas - Umno di PRK CH, maka isu RM90 juta ini sebenarnya tidak begitu relevan untuk dibuktikan benar-salah.
Contoh paling mudah adalah respon ke atas penarikan saman ini hanya disambut majoritinya oleh beberapa pemimpin Amanah. Parti2 kerajaan lain tidak begitu ambil pusing walaupun mereka adalah yang mengulang kisah SR di pentas ceramah pra PRU14 dahulu.
Kesilapan Syahir Che Sulaiman apabila beliau mengeluarkan kenyataan media ini ada dua. Satu, beliau tidak memberi sebab kukuh kenapa penarikan saman itu dibuat. Rakyat sebenarnya boleh terima apa saja keputusan asal alasan tersebut logik dan munasabah. Punca DSN diterima semula rakyat adalah kerana beliau berjaya memberikan sebab munasabah atas dasar2 yang beliau buat dahulu atau memberikan justifikasi logik ke atas kesilapan dasar kerajaan hari ini.
Dan kedua, walaupun beliau adalah Setpol TGHH, isu ini sebenarnya lebih melibatkan Pas sebagai institusi dan bukan TGHH sebagai individu. Maka kenyataan media sepatutnya datang dari SUA Pas Dato Takiyuddin yang lebih berautoriti dan ada pengalaman undang undang.
Sekian. - 4 Februari 2019.