Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Februari 2019

Pengasas HausBoom Kongsikan Cerita Ditipu Dan Dipermainkan Oleh Menteri Belia Dan Sukan.

VIRAL |Ditipu kerana nak makan minum secara percuma sahaja kah? Itulah antara kenyataan pengasas HausBoom yang hari ini meluahkan perasaan bagaimana telah menjadi mangsa penipuan beberapa pihak yang ada hubungkait dengan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman sosial media hari ini. 

Pengalaman diperdayakan oleh KBS yang dikongsikan oleh Azri Zahier Azmi yang juga pengasas kepada HausBoom itu nampaknya menjadi sensasi di internet dalam sekelip mata.

Berikut adalah luahannya;

"SEMPENA TAHUN BABI, INI CERITA PASAL KE-BABI-AN.

Berkali-kali aku tegur usahawan-usahawan muda agar tidak langsung berharap pada ahli-ahli politik, baik yang tua atau pun yang muda. Sebab kalau namanya ahli politik, daripada parti mana pun, perangai najis mereka tetap sama.

Semenjak menjual air botol ni, aku dah tak ambik pusing pasal politik dan ahli-ahlinya. Cuma kadang-kadang diorang ni akan cari aku minta sponsor, buat program atau nak menumpang publisiti.

Mana yang aku rasa ok aku akan support; seperti inisiatif promosi produk di media sosial Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebab, team aku kaji follower profile dia, dengan 1.7juta pengikut pasti akan beri impak positif kepada promosi produk aku. Kena dengan target pasaran aku.

Pegawai KBS yang contact aku bagitau pasal program ni. Katanya minta aku sponsor produk untuk mesyuarat kabinet. Time tu menteri akan “baca profile usahawan dan akan promote kat ig personal dia”.














Dua points; baca profile and promote kt ig personal dia. Aku pegang dua-dua ni. Sebab waktu tu aku fikir, boleh la menteri-menteri kabinet ni jadi pushing power untuk bantu produk aku penetrate convenient stores besar-besar, Hypermarket dan petrol stations yang kerek-kerek menindas produk usahawan muda Malaysia ni. 

Promote kat ig bunyinya bodoh je tp buat siapa yang tahu, kita sanggup bayar beribu untuk influencer post produk kita.

Maka aku pun on la. Buat profile cantik-cantik, siap ada custom-made card (Kitorng buat ala-ala music zine). Staff stay up tak tido siapkan semua. Tau-tau je la level team aku kalau nak buat something tu. Mesti buat kaw-kaw punya. Kitorng really look forward for this!

Tapi, kalau manifesto pun ahli politik boleh kencing, takkanlah janji yang ini dia akan tunaikan pulak??

Produk aku diletakkan atas meja mesyuarat kabinet. Profile aku TIDAK DIBACA. Produk aku TIDAK DI POST di ig beliau. TIDAK SEPERTI DIJANJIKAN.
 

Tapi ko ingat aku kesah? Puih. Aku just haramkan setiap titis air dari botol aku dan aku haramkan setiap titis peluh team aku je.

Selepas 2 bulan, ada seorang pemilik produk datang jumpa aku. Meluah perasaan pasal KENA TIPU DENGAN SYED SADDIQ. Juga pasal program yang sama. Dia lagi kesian la. Produk dia kategori premium. Kos pun tinggi gila. Dah bagi FREE lepas tu takde pape jadi pun.

Dia bagitahu, ada RAMAI lagi yang SYED SADDIQ “manifesto-kan” (terma baru).

Selaku bekas Presiden Persatuan Usahawan Luar Bandar Malaysia (RBC), naluri fighter aku terhidup kembali. Aku paham benar usahawan muda punya pengorbanan dan kesanggupan ni macam mana. Aku rasa bertanggungjawab nak membela mereka.

Aku tulis surat kepada Syed Saddiq dan Timb Pengarah yang berkaitan minta penjelasan; TIADA RESPON dari menteri. Timb Pengarah je minta maaf berjela-jela. Kesian pulak aku.

Selang beberapa hari, pegawai KBS hantar gambar Syed Saddiq minum air aku (yang telah aku haramkan). Aku garu kepala. Untuk apa?? Aku kena post sendiri gambar dia ke?? Post kat ig aku yang ade 900 follower tu??

Tapi aku decided untuk bersabar je la. Dah namanya politikus.

Tiba-tiba, ada beberapa jembalang tag aku kat ig Syed Saddiq SEMALAM. Guess what? DIA TENGAH PROMOTE KEK COKLAT ATAS INISIATIF YANG SAMA! Gebang benda sama; bawak mesyuarat kabinet, promote ig bla bla bla.

Dia ni dah macam tengah run skim collect product usahawan muda sebab nak makan minum free ke ape?????!!!!!

Paling best, punya panjang video promosi dia kali ni. Kalau dapat dia buat untuk SEMUA produk usahawan yang dah jadi taik dalam perut dia tu memang bagus la.

Rupa-rupanya, itu produk milik EXCO PEMUDA BERSATU! Yaaaa tuan-puan, produk KRONI dia. Patut la dia bersungguh-sungguh mengotakan janji.

Penat je beribu-ribu orang like, comment ucap tahniah atas “inisiatif bagus untuk anak muda” atau “cenggini aaaa menteri muda”. Anda semua kena kencing!

Dah 4 bulan. EMPAT BULAN aku dan yang lain bagi. Harammmmmm.

Apa? Harapan baru? Babi.
Apa? Menteri muda bantu orang muda? Babi.

*******

Ahli politik paling jangan permainkan golongan usahawan. Apatah lagi golongan usahawan muda. Ini bangsa melawan.

Kami job creators. Kami tidak bergantung pada ahli politik. Apa bendera pun tak peduli.

Kami penggerak ekonomi walau sesemput mana pun keadaan semasa.

Jangan main-main.

YB Syed Saddiq, better jadi babi daripada jadi ahli politik penipu penindas orang muda.

At least, babi tu ada juga orang bela, ada juga kegunaan.

Yang benar,
John Lemon

P/s: benda kecik macam ni pun tak boleh tunaikan ada hati nak urus bola, atlet, belia satu Malaysia.

Last, lapar sangat produk free cakap je la. Kilang aku boleh produce 3 juta botol sebulan. - 5 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...