Kenyataan itu dibuat bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang kononnya Husam melarikan diri dari siasatan SPRM.
"Kes 90juta, Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dah pergi ke SPRM. Seorang lagi mana. Peluang terbuka luas untuk pihak yang dok tuduh PAS terima RM90juta. Dengan SPRM bukan boleh cakap kosong. Bukan macam ceramah politik. SPRM profesional. Kena bawalah replika cek RM90 juta yang dok jaja selama ini," sindir Ustaz Idris Ahmad di Facebooknya hari ini.
Sindiran itu dipercayai ditujukan kepada Husam Musa meskipun namanya tidak dipetik dalam kenyataan tersebut.
Husam kemudiannya menjawab, beliau telah menghubungi pegawai SPRM untuk mengesahkan adakah benar beliau dipanggil ke SPRM bagaimanapun pegawai yang dikenali sebagai Encik Azrai menafikan hal itu.
Berikut dibawah adalah kenyataan penuhnya;
"TAK LARI GUNUNG DIKEJAR
Semua urusan ada masa ada ketika.
Bagi yang cepat meracau, bukan semua laporan media tepat belaka.
Saya tidak pernah dipanggil oleh SPRM hingga kini, seperti mana laporan media.
Petang ini, saya sendiri telah menghubungi SPRM Putrajaya menerusi pegawainya bernama Encik Azrai untuk mengesahkan saya belum dipanggil.
Namun, seperti mana saya telah sebutkan dalam posting saya, sudah pasti saya akan menyampaikan info dalam pengetahuan saya sebagai tugas negara saya.
Bah kan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah pun ada dalam pengetahuan SPRM.
Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah haribulan.
Idris Ahmad harap bersabar," katanya. - 8 Februari 2019.