Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Mac 2019

Setpol PM Diserbu Pendemo Ketika Tinjau Penduduk Yang Diusir Dari PPR Taman Manggis.

SEMASA | Setpol kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya hari ini datang ke Pulau Pinang bagi meninjau dua isu pengusiran paksa yang sedang berlaku ketika ini.


Kedua-dua insiden berlaku di dua lokasi berbeza.

Kes pertama berlaku di PPR Taman Manggis. 6 keluarga yang dihalau berkampung di Komtar bagi mendesak kerajaan membuka kunci rumah yang disita dan memulangkan semula rumah PPR itu kepada mereka.

Difahamkan penduduk yang diusir telah berkampung di Komtar memasuki hari keempat.

Kanak-kanak juga dilihat bermalam di lokasi itu.

Menurut sumber kerajaan, 22 penghuni yang dihalau itu kerana telah melanggar syarat yang ditetapkan.

Antaranya tidak membayar sewa RM124 sebulan sehingga tunggakan mencecah RM15,000. Berkahwin dengan warga asing, memiliki rumah lain, dan mempunyai dua buah kenderaan serta berpendapatan RM3,000 sebulan. 

Antara syarat untuk tinggal di PPR Taman Manggis ialah isi rumah mestilah berpendapatan RM1,500 ke bawah. Terdapat gesaan agar syarat ini dikaji semula memandangkan syarat itu dibuat pada 20 tahun yang lepas. Kos sara hidup yang tinggi memustahilkan satu-satu isi rumah itu mampu hidup dengan gaji dibawah RM1,500 sebulan.

Kes kedua pula berlaku di Tanah Wakaf Abdul Cauder. Ia adalah perebutan tanah diantara pewaris yang mahu tanah wakaf itu dikekalkan dan penduduk tidak diusir dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mengatakan mereka adalah pemilik sah tanah wakaf tersebut. 

Tanah wakaf itu perlu dikosongkan bagi membina unit pangsapuri. Bagaimanapun terdapat percanggahan maklumat diantara kedua-dua kumpulan yang bertelagah ini. Kumpulan penduduk mendakwa pangsapuri yang dibina ialah pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki orang melayu dan miskin. Manakala sumber yang enggan dinamakan namun pro kerajaan mendakwa pangsapuri yang dibina adalah berkos serdahana dan boleh menempatkan lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah.

Pihak kami belum berpeluang untuk meneliti projek yang bakal dirancangkan itu.

Setiausaha Politik Tun Mahathir yang hadir di kedua-dua lokasi yang dinyatakan nampaknya diserbu dan didesak untuk menyelesaikan masalah berbangkit terutamanya ketika berada di perkarangan Komtar.

Pihak yang datang bersolidariti bersama penduduk yang diusir bersikap agresif dan mendesak agar penyelesaian segera dilakukan.

Ketika meninggalkan lokasi, Abu Bakar Yahya berterusan dikejar dan diserbu serta dikepung supaya mendengar luahan yang ingin disampaikan penduduk.

Bahkan puluhan pendemo itu kemudiannya menghalang laluan keluar kenderaan dari kawasan parkir. Mungkin berniat mahu menahan kenderaan SU Politik kepada Perdana Menteri itu.

Manakala di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Abu Bakar Yahya dilihat mampu berbincang dan mendengar masalah yang diutarakan wakil penduduk.

Kami difahamkan tujuan lawatan dibuat adalah untuk meninjau masalah yang berlaku memandangkan perkara itu telah menjadi bahan propaganda bagi melemahkan kerajaan Pakatan Harapan.

“Masalah semakin teruk. Kami tidak mahu apa-apa keadaan yang memberi gambaran buruk terhadap kerajaan PH.


“Ia sudah menjadi propaganda,”
katanya kepada pemberita di pejabat bahagian Tanjong Bersatu sebelum meninggalkan Komtar.



Merakam sejarah gambar pertama dan kedua : hari pertama dihalau, ketika rumah keluarga mereka disita, kedua kanak-kanak ini berada di sekolah namun ketika pulang mereka tak lagi dibenarkan masuk ke dalam rumah.



Merakam sejarah : Kanak-kanak bernama Syazmir Haziq menangis kerana keluarganya dihalau. 



Merakam sejarah : OKU juga dihalau keluar dan rumah PPR yang didiaminya disita.


Merakam sejarah : memasuki hari kedua, gambar kanak-kanak ini yang tidur di perkarangan Komtar tular di sosial media dan mendapat simpati ramai.


Merakam sejarah : Makcik ini tidak membenarkan rumah miliknya diroboh lantas menghalang jentera berat dari melakukan kerja-kerja perobohan. Gambar ini menjadi antara 2 gambar paling tular di sosial media bagi merujuk pengusiran paksa Tanah Wakaf Abdul Cauder.


Merakam sejarah : salah satu antara dua gambar tular merujuk kepada perobohan rumah Tanah Wakaf Abdul Cauder. Makcik yang sama telah diheret, ditarik dan digari secara paksa kerana menghalang kerja-kerja perobohan.

Perumahan. Kesihatan. Pendidikan. 3 perkara ini adalah asas kepada manusia untuk membolehkan mereka hidup dengan baik.

Hak mendapatkan rawatan, pendidikan dan rumah untuk berlindung perlu dipertahankan.

Tanggungjawab kerajaan adalah menyelesaikan masalah dan bukannya menambah atau mengusutkan keadaan.

Tanggungjawab rakyat pula bukannya berpihak kepada penguasa tetapi mendesak agar penyelesaian menang-menang boleh dicapai untuk kebaikan semua pihak. - 8 Mac 2019. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...