Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Mac 2019

Khazanah Sebenarnya Tidak Rugi Kata Pemimpin PPBM..

YAAKOB OSMAN | Ramai yang terkejut apabila Khazanah mengumumkan kerugian sebanyak 6.3 billion.

Kenapa berlaku kerugian sebanyak itu? Malah lantas timbul andaian ke mana wang itu pergi?


Tuan Tuan,

Sekiranya anda melihat sedikit terperinci anda akan dapat lihat sebenarnya Khazanah tidak rugi pun kalau mereka tidak mengambil langkah menilai semula pelaburan mereka. Ini adalah atas arahan kerajaan, untuk memastikan Khazanah disusun semula operasi dan hala tuju nya.

Apabila langkah menilai semula pelaburan diambil, maka Khazanah merekodkan "impairment" loss sebanyak 7.3 billion. Maksud dalam bahasa melayu ialah kerugian rosotnilai.

Sudah pasti pelaburan-pelaburan ini bukan lah baru dibuat tahun lepas.

Sekiranya tiada rosotnilai ini , Khazanah sepatutnya merekodkan keuntungan 1 billion (7.3 - 6.3) billion.

Jadi Tuan Tuan kalau BN masih memerintah, mereka tidak akan mengarahkan penilaian semula pelaburan, dan akan terus mengaburi mata masyarakat.


Dan merekod keuntungan, walaupun sebenarnya assets atau pelaburan mereka sebenarnya telah susut nilai dengan banyaknya .

Boleh faham kot no? - 6 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...