Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Mac 2019

Peluang Kerja Sektor Swasta : India Paling Teruk Didiskriminasikan Di Malaysia Kata Kajian.

THE MALAYSIAN INSIGHT | DISKRIMINASI kaum berleluasa dalam sektor swasta dengan calon India mempunyai peluang jauh lebih rendah berbanding calon Melayu dan Cina, kata kajian.


 
Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) mendapati wujud jurang luas antara kaum untuk mendapatkan peluang temuduga walaupun calon mempunyai kelayakan setanding.

Kajian itu menggunakan dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita, mewakili setiap kaum dengan penggunaan kosmetik untuk mengubah warna kulit mereka.

Terdapat empat calon wanita, dua daripada mewakili kaum Melayu- seorang bertudung, seorang tidak- dan tiga calon lelaki mewakili setiap kaum terbesar Malaysia. Setiap mereka memohon 547 pekerjaan dalam semua sektor.

Pasukan kajian memastikan setiap calon mempunyai kelayakan setanding seperti graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, memperolehi kelulusan Tingkat Dua Atas, lulusan universiti swasta tempatan dan pernah menjalani latihan industri selama tiga bulan di syarikat terkenal.

Hasil kajian mendapati, calon lelaki India hanya menerima 20 panggilan temuduga, calon Melayu mendapat 43 panggilan dan Cina, 179 peluang. Sementara calon wanita, India (49), Melayu bertudung (50), Melayu tidak bertudung (70) dan Cina (240).

“Dalam perspektif berbeza, Nicoal (wanita Cina) hanya perlu memohon sekurang-kurangnya dua kerja untuk dipanggil temuduga. Nur Sakinah, calon Melayu berhijab pula perlu memohon sekurang-kurangnya 13 kerja sebelum mendapat satu panggilan temuduga.

“Paling mengecewakan, Thivakar, calon India lelaki kami, perlu memohon 28 kerja untuk mendapat hanya satu panggilan temuduga. Jika Thivakar memohon 200 kerja sebulan, beliau hanya mendapat tujuh panggilan temuduga,”
kata Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharudin hari ini.

Calon tersebut juga mahir berbahasa Mandarin, tetapi Zaidel berkata, Mandarin bukanlah syarat sebenar seperti yang diiklankan.

Zaidel berkata, lebih ramai akan terpinggir jika kaum mereka jadi keutamaan dan trend itu berterusan.

“Kajian ini penting kerana ia menunjukkan betapa diskriminasinya sektor swasta kita.

“Malah, kalau calon itu ada kelayakan, pendidikan dan pengalaman setanding, etnik calon masih memainkan peranan penting dalam kejayaan permohonan kerja.

“Pelajar India dan Melayu yang berkerja keras tidak akan dapat peluang yang mereka layak dapat, membentuk masa depan jurang kesaksamaan dan ketidakstabilan sosial yang berbahaya,”
tambahnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...