Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Mac 2019

Gambar Hadi - Rameli Kabur Kata Takiyuddin - Ini Bukti Yang PAS Sendiri Mengaku Itu Gambar Tuan Guru..

POLITIK | Berita Harian melaporkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengenai penyebaran gambar pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Rameli Musa sejak kelmarin.

Menurut portal itu, ketika ditanyakan mengenai kesahihan gambar tersebut, Takiyuddin enggan mengulas lanjut sebaliknya menjawab gambar itu kelihatan kabur dan tidak semestinya merujuk kepada Presiden PAS.

“Kita tidak tahu perkara itu namun saya akan semak nanti. Gambar berkenaan kabur, nampak macam dia (Abdul Hadi) namun nampak juga bukan dia. Saya tidak boleh pastikan.

“Rameli memang kita kenal cuma kita tidak tahu dari segi yang dikaitkan itu memang tiada kaitan dengan kita.

“Malah Rameli juga kenal Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”
katanya.


Dan semakan pihak kami mendapati pada tahun 2017 bertarikh 20 Februari, gambar yang sama pernah disebarkan Facebook rasmi PAS dimana memetik kenyataan
Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika itu (kini adalah Menteri Besar Terengganu) yang mengesahkan gambar tersebut merujuk kepada pertemuan Tuan Guru Hadi Awang bersama Rameli Musa dan Mr. Jalaluddin Sarawoot.

Berikut adalah buktinya;

 


Ini bermakna individu dalam gambar tersebut sememangnya adalah Tuan Guru Hadi Awang bersama Rameli Musa.

Diharapkan selepas ini Takiyuddin tidaklah lagi merasa ragu-ragu ataupun kabur-kabur untuk mengesahkan kesahihan gambar itu. - 4 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...