Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Mac 2019

Kerugian Khazanah, Apa Yang Anda Patut Faham - Ulasan Pro Kerajaan.

Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin | Pagi ni baca berita "Khazanah rugi RM 6.3bilion". Inilah kerugian pertama Khazanah sejak 2005

"woi teruknya kerajaan PH ni! "

"Inilah hasil undi PH"


Khazanah ni bank duit kerajaan. Diorang urus pelaburan dan sebagainya.

Selepas Tun M jadi PM, selepas lantik semua kabinet, bulan 8, beliau kembali jadi Pengerusi Khazanah dimana dia pernah jadi Pengerusi ketika beliau asaskan penubuhan syarikat pelaburan negara itu.

Secara logiknya, baru tak sampai 5 bulan, dah rugi sampai RM6.3bilion.

Amenda ni? Apa yang berlaku sebenarnya?

 
Sebenarnya, masuk je pengurusan baru, perkara pertama dilakukan ialah kita tengok balik semua pelaburan yang dah dibuat dan anak syarikat Khazanah.

Macam biasa la, bila masuk rumah nampak je lawa, perabot lawa, bila tengok rupanya kayu dah reput, tapi cover dengan kayu plastik. Sofa dah buruk sarung dengan sarung baru.

Tahun lepas kalau ingat Azmin Ali pernah cakap dalam parlimen, Khazanah buat pelaburan tak masuk akal. Labur dalam syarikat jual coli pun sampai rugi RM 30 juta. Itu baru satu syarikat.

Gitulah perumpamaan pengurusan kewangan di bawah pengurusan lama yang dipengerusikan Najib.

Tak leh nak menipu atau sorokkan fakta ni. Memang orang tak nak terima alasan ni. Tapi itulah hakikatnya.

Dulu, sebenarnya dah lama rugi dalam pelaburan sesetengah pegangan saham tu dah. Tapi macam mana nak nampak untung? Kita jual sikit aset dan saham yang tengah OK, untuk dapat untung untuk cover pelaburan-pelaburan yang rugi. Contohnya, pada tahun 2016, jual saham TENAGA (TNB), lepas tu 2017 jual saham CIMB. Saham-saham yang nampak macam ada harapan sikit walaupun tengah rugi waktu tu, kita biar dulu.

Sekarang ni mungkin lah pengurusan baru nak mulakan lembaran baru. Dalam accounting, term dipanggil ialah "Kitchen Sinking". Alaa bahasa Melayu nya, dia buang semua sedut dalam sink sekaligus. Rekod dalam akaun sebagai rugi, once for all, takda tahan-tahan dah. Pastu restart balik semula.

Sebenarnya boleh je nak rugi sikit sikit. Tapi kita buat semua sekaligus tapi Khazanah tak perlu menipu lagi. Once and for all, Khazanah take the heat.

Kesimpulannya, dalam mana mana company pelaburan pun, diorang boleh decide tahun tu net net nak untung berapa ke nak rugi berapa ke, of course dengan kelulusan auditor lah. Perkara biasa dalam syarikat syarikat yang business utama dia melabur, termasuklah company company insurans.

Khazanah sekarang sedang susun balik supaya dapat sustainable income dan pelaburan yang lebih strategik. Selepas ini Khazanah kata dia yakin Khazanah boleh buat untung tahun ini. Kita tengok. - 6 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...