Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Mac 2019

22 Penduduk Diusir Dari PPR Taman Manggis - Ini Penjelasan Pro Kerajaan VS Hujah Pembangkang.

SOSMED | Nampaknya isu pengusiran 22 penghuni rumah PPR Taman Manggis semakin mendapat perhatian.


Di sosial media kelihatan kerajaan Pulau Pinang dikecam teruk berikutan dianggap menghalau orang melayu dan miskin dari kediaman mereka.

Hal itu kemudiannya dijawab oleh penyokong kerajaan menerusi satu kenyataan ringkas.

Kenyataan itu disebarkan menerusi halaman Penang Kia.
 
"Salah ka pindahkan 22 penghuni yang sudah hilang/tidak layak diganti dengan 22 penghuni Melayu baru yang lebih layak? 

Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi?

Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)

Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:

(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.

(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.

(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.

(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orang lain

(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.

Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.

Inilah sebahagian bangsaku, diberi betis mahukan peha dan menyusahkan Melayu lain,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.




Bagaimanapun kenyataan itu dibidas oleh kumpulan yang menentang pengusiran.


Berikut adalah hujah balas mereka;


"Fitnah Yang di Lemparkan Kepada 22 Penduduk Oleh Admin Penang Kia. Sila Baca Jawapan Saya

(1) 22 penyewa ini TIDAK sama sekali mempunyai tunggakkan sewa sebanyak RM 15,000. Bagaimana mereka boleh tidak membayar sewa sejak tahun 1990. Sedangkan mereka mula menduduki PPR Tmn Manggis pada tahun 2006. Jika mereka ada kereta hanyalah kenderaan lama sebagai keperluan urusan harian.

(2) Kos sara hidup yang melampau dan tangga gaji minimum RM 1,100 adalah terlalu mustahil untuk bergaji di bawah RM 1,500 sekarang. Bilakah perjanjian ini dibuat, benarkah puluhan tahun sudah?? Kerajaan Malaysia Baru perlu kaji semula had kelayakkan menduduki dengan gaji dibawah RM1,500 sebulan.

(3) Mereka telah berkahwin 25 tahun sudah iaitu sebelum memasuki Flat PPR Taman Manggis. Jika menjadi satu kesalahan dulu kenapa mereka diberi rumah di PPR??? Isteri dan anak² yang ramai (8 orang) adalah warganegara nak ke mana jika mereka diusir??? DAN tiada satu pun yang berkahwin dengan warga BANGLADESH!

(4) Kerajaan perlu prihatin. Rumah² telah dilepaskan dan dipindah milik sebab mereka tidak layak membuat pinjaman, cuma kesilapan mereka tidak membuat tukaran nama dan ada sesetengah memberi pinjaman nama sebagai penjamin.

(5) Kerajaan perlu bantu dan sediakan rumah PPR untuk rakyat bukannya usir rakyat daripada rumah PPR. Jika mereka perlu berpindah sebagai kerajaan perlu ada solusi penyelesaian iaitu sediakan rumah kos rendah sewa beli dan mudahkan pinjam bank.

Surat kosongkan rumah dihantar pada bulan Okt 2018. Penduduk menghantar surat rayuan kepada Kerajaan Negeri PP pada bulan yang sama. Penolakan rayuan dibalas jawapan pada tarikh 20 Feb 2019 dan diberi tempoh 1 minggu untuk kosongkan rumah (27 Feb 2019) dan rumah disita. Pada 4 Mac 2019 penduduk berjumpa Yb Teh Lai Heng bersama pegawai perumahan bagi membincangkan masalah ini dan mereka berjanji akan mncari jalan penyelesaian yang terbaik dan akan bncang dalam mesyuarat jawatankuasa. Pada 5 Feb 2019 rayuan penduduk ditolak oleh Kerajaan Negeri Penang.

Kerajaan Negeri Penang perlu membuat perjanjian yang tegas kepada penduduk² yang baru nak ditawarkan rumah² PPR BUKANNYA mnghalau penduduk  sedia ada PPR dengan tindakan tegas. Kerajaan Negeri PP boleh membuat perjanjian semula dengan penduduk selama 5 tahun barulah betul dengan konsep Malaysia Baru yang dihebohkan. Dulu mereka membuat perjanjian dengan Kerajaan BN sekarang Kerajaan PH.

Sophian Md Zain
NGO SURPLUS
0164374040

Saya Sedia Berhujah Dengan Mana Mana Pihak Dalam Isu Ini!,"
katanya dalam respon itu.


Pihak kami akan cuba mendapatkan penjelasan dari wakil kerajaan bagi memahami isu yang berlaku di PPR Manggis. - 7 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...