Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Mac 2019

PH Kalah PRK Semenyih - Analisis Pro Kerajaan.

Zulhazmi Shariff | PH KALAH PRK SEMENYIH

Ramai penganalisa politik rasmi mahu pun tak rasmi masing-masing membuat analisa dan dapatan tentang kekalahan PH dalam Pilihanraya Kecil Dun Semenyih yang lepas.





Macam-macam analisa dan dapatan dapat dibaca. Ada yang bersorak girang kemenangan BN dengan kerjasama Parti bernama Islam. Ada yang mengetawakan PH yang katanya masih mabuk dengan kerusi empok jawatan hingga lupa diri lupa perjuangan.

Bagi aku, kemenangan BN dengan kerjasama parti perguna agama adalah salah satu kejayaan PH sebenarnya.

Kejayaan PH bila mana SPR di bawah PH tidak seperti SPR di bawah BN dahulu.

Dulu di bawah BN, jika ada pilihanraya kecil, SPR akan dipergunakan semahunya bagi memenangkan parti kerajaan tapi sekarang tidak lagi. SPR sudah mula bergerak secara bebas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik yang bertanding.

Selain itu, PH juga berjaya membuka minda dan ruang kepada semua samada untuk menyokong atau menentang PH tanpa perlu gentar dikenakan tindakan.

Undi awal menunjukkan pengundi tidak takut lagi untuk memilih bukan kerajaan. Jika dulu, undi awal adalah deposit tetap pemerintah kerana semua atau majoriti pengundi takut membuat pilihan sendiri.

Kawan-kawan yang menyokong PH juga tidak segan silu membantai dan mengkritik kerajaan jika dirasakan tindakan parti kerajaan tergelincir dari perjuangan. Jika dulu BN mengumumkan projek pada PRK, kali ini jika PH juga berbuat yang sama, akan dimaki tak cukup ruang nak maki.

Ini semua jelas merupakan kejayaan awal PH untuk membebaskan sistem lama taklukan BN dan juga membebaskan masyarakat daripada ketaatan buta tuli kepada keterbukaan.

Dalam masa yang sama, semua parti dalam gabungan yang memerintah harus juga bermuhasabah mengambil iktibar kekalahan ini dan atasinya di masa depan.

Prinsip mudah aku, walau dalam kerajaan atau pembangkang, fokus aku ialah supaya ada perubahan yang baik kepada masyarakat. Tak guna memerintah jika tiada kebaikan dibuat, tidak guna membangkang jika hanya seronok membangkang tanpa sebarang kebaikan atau faedah kepada masyarakat.

Biar pun sedikit perubahan dapat dilakukan dalam tempoh yang ada, ianya tetap merupakan kejayaan.

Sekadar pandangan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...