Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Mac 2019

Tanpa Perjuangan Bangsa Sekalipun, Hari Esok Tetap Siang.

Hadri Shah | Kalau tanya aku, sikit pun aku tak give a shit PAS dah menikah dengan UMNO.

Boleh je nak jadi macam hang, meratap henpon dan dok berjam-jam depan laptop cari bahan nak troll, nak menganjing, nak sindir-sindir wedding of the year PAS & UMNO. Hell, aku rasa berdosa buang masa macam tu.


Bukankah ini fenomena biasa dalam politik arus perdana?

Mahathir masuk keluar UMNO sampai tubuh parti baharu, ahli biasa, pucuk kepimpinan lompat parti, - bila ditanya, semua tu kan dijawab beralaskan selembar perjuangan? Teroxnya hang kalau masih percaya politik arus perdana ialah tentang darjat kejujuran dan segunung prinsip.




 
Samada jujur atau tidak, berprinsip atau bukan, sesebuah parti mesti survive. Mesti menjuarai majoriti rakyat. Mesti menjadi hero, nak ubah itu ini. Mesti beriya nak jaga perut rakyat.

Kalau benda ni tak ada, parti hang nak berkuasa dan 'berkhidmat' macam mana?

Aku baca beberapa analisis dari teman-teman yang menulis di fesbuk berkaitan kemenangan berturut-turut UMNO. Ada yang ulas panjang sampai membawa ke demografi dan matematik politik.

Kalau hang dengar respon Tok Mat mengenai MCA dan MIC nak keluar parti, aku rasa hang, sedikit sebanyak dah dapat agak direction UMNO. Dan bila UMNO dan PAS umum penyatuan, kita sepatutnya yang hari-hari cakap politik sudah dapat hidu titik fokus kedua parti ini berteras bangsa dan agama ini.

Macam yang aku cakap, ini bukan soal prinsip dan kejujuran haram jadah semua tu. Berhentilah dok bertanya "apalah perasaan nik aziz kalau dia nampak penyatuan PAS & UMNO?".

Bukan itu yang patutnya hang bimbang. Bukan itu yang patutnya jadi modal hang up status nak kumpul likes & share sebab boleh perlekeh-lekehkan member-member PAS & UMNO hang.

Yang sepatutnya kita bimbang dan gusar ialah semangat ultra melayu islam yang depa nak bawa. Hang patut gelisah bila sentimen politikal berbau bangsa/agama sudah meletip-letup.

Aku bersetuju dengan sesetengah pandangan mengatakan kemenangan UMNO dan PAS di Semenyih bukan kerana masyarakat dah meluat kat PH (walaupun ya, sebab janji-janji belum dilunaskan) melainkan BN dan PAS kembali konsisten memfokus subjek paling intim dengan orang melayu iaitu hak, kebajikan, nasib bangsa dan kepentingan 'islam'.

Lantas, inilah prioritas utama mereka yang berjaya menyedapkan kebanyakkan golongan melayu terutama mereka yang berada di luar urban area.

Senang cakap, berapa ramai kawan melayu hang yang boleh paham istilah-istilah 'dialektika', ' keadilan sosial' blablabla, ideologi yang terperam dalam kitab-kitab rebelius yang hang baca tu?

Kebanyakkan depa paham satu benda je; hak melayu, hak islam, raja, sultan dan perlembagaan tak boleh kacau. Simpel.

Orang melayu boleh je duduk sekali dengan bangsa-bangsa lain, tapi privelej yang depa perasan rasakan tu jangan lah dipersoal. Dan aku rasa ini turut berlaku dan dirasakan bangsa-bangsa lain. Mengapa? Kerana selama i ni kita hidup dalam pengasingan.

Aku tak kata semua orang ada sifat bias kepada kaum sendiri, tapi timbal balik apa yang aku nyatakan disini, berapa kerat yang sudah boleh menerima perbezaan dan sudah bersedia berkongsi dan menyediakan kesempatan hidup sama rata?

Oleh sebab itu tuan-tuan, eksistensi parti-parti politik berakar ras, bangsa dan agama sangat signifikan dan relevan membawakan aspirasi kaum. Inilah formula terbaik memenangi kepercayaan.




Dengan pengunduran MCA /MIC dari BN, langkah itu memudahkan fokus pengantin baru menumpukan fokus 'nasib bangsa dan agama'. MIC dan MCA juga begitu, tentunya.

Melihatkan perkara ini, hang ingat Pakatan Harapan gabungan pelbagai parti akan berdiam diri? Apakah selepas ini, mereka yang dikenali sebagai parti mewakili kelas M40 dan masyarakat urban tidak kembali menumpu kepada bangsa masing-masing?

Peribumi akan membebel soal melayu dan keyakinan mereka mendapat sokongan melayu, Amanah tetap akan menggelabah cakap soal agama, Keadilan dan DAP konsisten dengan gaya play safe depa. Hang bunyi je sikit isu hudud dan superior melayu, hang tengok depa buat pulun macam mana.

Kita yang dibawah ni tuan-tuan, mesti melihat realiti.

Di industri-industri, di tempat kerja, di kawasan komuniti, berlakulah jujur, apakah perjuangan berteraskan bangsa dan agama signifikan?

Apakah perjuangan sebegitu meningkatkan taraf hidup orang melayu, orang cina, orang india dan lain-lain?




Jika masyarakat berbilang kaum tidak bimbang akan warna politik bersulam perkauman dan agama menjadi asas peejuangan, negeri yang bagaimana kita bakal tinggalkan kepada anak-anak?

Aku tetap optimis, masih konsisten berfikiran bahawa semua orang berhak ke atas kesempatan yang sama. Analoginya mudah, semua manusia dalam dunia ini perlu makan. Takkanlah sebab warna kulit dia ungu, dia layak makan sepinggan, kita pula boleh melantak dari pagi sampai ke malam.

Jadi biarlah aku permudahkannya disini.
Tanpa perjuangan bangsa sekalipun, esok tetap akan siang.

Bahkan, percayalah, ia akan lebih terang!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...