Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Mac 2019

Tak Timbul Lagi Masalah Isu Kafirkan UMNO - TGHH.

THE MALAYSIAN INSIGHT | ISU PAS mengkafirkan Umno sudah tidak timbul lagi, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.


 
Beliau menjelaskan sejak dulu pun PAS tidak pernah mengkafirkan Umno sebaliknya hanya bercakap mengenai hukum Islam yang terpakai kepada semua Muslim, termasuk ahli Umno.

“Siapa mengkafirkan? Umno sudah datang, jumpa kita. Tidak timbul masalah itu lagi,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas komen Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa kerjasama dengan Umno bukti PAS suka berbohong kerana sebelum ini parti Islam itu menuduh Umno kafir.

“PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan Umno?” tanya Dr Mahathir dalam tulisan di blognya Chedet semalam.

Dr Mahathir merujuk pada ceramah Abdul Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada April 1981, yang kemudiannya menjadi asas konflik identiti Islam antara ahli PAS dan Umno.

Petikan ceramah yang disebut sebagai “Amanat Haji Hadi” itu juga disentuh dalam Kertas Putih kerajaan mengenai insiden berdarah di Memali, Kedah pada 1985.

Sejak hampir empat dekad lalu, Abdul Hadi mempertahankan inti pati ceramahnya dan menegaskan beliau tidak mengkafirkan Umno sebaliknya hanya bercakap mengenai hal-hal yang jelas dalam hukum Islam.

Beliau malah pernah memohon slot khas di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) untuk menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai kekeliruan mengenai ucapannya dulu.

Isu PAS kafirkan Umno berbangkit semula apabila dua parti itu minggu ini duduk semeja merundingkan kerjasama politik atas nama penyatuan Melayu dan Islam. PAS dan Umno juga membentuk sebuah jawatankuasa bersama yang dipengerusi masing-masing oleh seorang naib presiden bagi mencadangkan bentuk kerjasama pada masa depan.

Pada sidang medianya, Abdul Hadi juga menafikan kritikan Dr Mahathir bahawa kerjasama PAS dan Umno bertujuan mengembalikan Najib Razak sebagai pemimpin.

“Kita hendak mengembalikan kepimpinan orang Melayu, itu sebabnya kita sokong kepimpinan Tun M sampai habis penggal. Kita tak sokong Najib. Najib dah tak jadi perdana menteri, tak jadi presiden Umno pun.

“Sekarang ini Tun jadi perdana menteri dan kita pertahankan dia jadi perdana menteri sampai habis penggal,” katanya.

Abdul Hadi juga menjelaskan sebagai sebuah parti politik, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti Melayu, termasuk Bersatu pimpinan Dr Mahathir, demi perpaduan Melayu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...