Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Mac 2019

Menjawab Propaganda Pembangkang Kononnya Khazanah Rugi RM6.3B..

Adrian Lim | Kata Najib "DALAM TEMPOH 10 TAHUN SAYA PM, KHAZANAH TAK PERNAH RUGI"

Dan penyokong pembangkang pun mula bersorak, sebab tak faham maksud "kitchen-sinking".

Kalau nak jadi bijak, baca. Jangan jadi macam Najib & penyokongnya.




2. Sebenarnya apa yang dilakukan Khazanah yang menyebabkan 'kerugian' ini disebut sebagai "kitchen-sinking" dalam bahasa perakaunan/perniagaan ataupun politik.

Dalam bahasa mudah, "melonggokkan & mengumum kesemua kerugian/masalah dalam satu-satu masa supaya tidak perlu sakit kepala di masa akan datang".

Bahasa lebih mudah lagi: "Tekan butang reset".

3. Dalam dunia perniagaan, kes "kitchen-sinking" yang paling femes adalah kes TESCO pada April 2015.

TESCO telah umum keuntungan RM12 bil utk financial year 2013. Namun, di bawah pimpinan CEO baharu Dave Lewis, TESCO telah putuskan untuk umum kerugian RM34 bil bagi financial year seterusnya (2014). Perbezaan sebanyak RM36 bil (+12bil -> -34bil).

Pelik bukan?

4. Dave Lewis pada ketika itu baru je ambil alih sebagai CEO TESCO yang baharu.

Segala taik yg disembunyikan CEO lama, sekaligus dikeluarkan agar CEO baru tidak 'diikat' beban yang ditinggalkan CEO lama di masa akan datang. Antaranya pembongkaran pengumuman keuntungan palsu (inflated profit) tahun sebelumnya, pemalsuan akaun, kemerosotan nilai aset-aset yang disembunyikan & sebagainya.

5. Samalah dalam kes Khazanah. Pengarah Urusan yang baharu, Datuk Shahril baru je dilantik pada Ogos 2018.

Maka beliau bersama pimpinan baharu Khazanah telah membuat keputusan untuk menggunakan strategi "kitchen sinking". Orang dalam dunia perniagaan tau strategi ini. Najib sebenarnya pun tau, tapi cuba selamatkan diri dengan mengelirukan orang ramai.

6. Apakah Khazanah tdk pernah rugi zaman Najib?
Rugi. Siapa kata tak pernah rugi? Tahun 2014 - 2016 Khazanah rugi RM9 bilion 


(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/29/khazanah-susut-rm9-bilion-dalam-2-tahun-didesak-perbaiki-prestasi/)

7. Namun Khazanah setiap tahun seolah-oleh untung besar. Sebab ada cara-caranya.

Antaranya jual saham syarikat2 yang dipegang supaya dalam buku akaun dicatit sebagai 'keuntungan'. Antara saham-saham yang pernah dipegang Khazanah kemudian dijual:


- Khazanah kaut RM571 juta ketika menjual saham CIMB pada tahun 2017


- Khazanah kaut RM1.17bil ketika menjual saham TNB pada tahun 2016


8. Selain itu, keengganan menilai semula aset-aset yamg dipegang boleh menyumbang kepada gambaran palsu prestasi kewangan sebenar sesebuah syarikat.

Contoh: Nilai Perniagaan A dicatat sebagai bernilai RM1bil pada tahun 2010. Syarikat andaikan nilai Perniagaan A ini nilainya naik 10% setiap tahun. Maka untuk tahun 2011, tambah jelah 10% untuk menjadikannya RM1.1bil.

9. Ada kalanya andaian tu betul, ada kalanya tak betul. Andaian tersebut tak betul sekiranya berlaku rombakan semula modal perniagaan ke, hakisan market share, perniagaan terbantut akibat ketirisan, dan kadang-kadang bisnes tu tak berjalan sebaik tahun yang lalu.

Maka dengan menganggap nilai perniagaan tersebut naik 10% secara automatik, syarikat akan berjaya memberi gambaran 'palsu' mengenai status sebenar perniagaan tersebut.

10. Sebab itu apabila kerajaan baharu & pimpinan baharu Khazanah mengambil alih, antara beberapa keputusan yang dibuat adalah untuk menilai semula aset-aset, saham-saham, perniagaan-perniagaan yang dipegang Khazanah.

Setelah dibuat, rupa-rupanya jumlah nilai sebenar telahpun susut RM7.3 bil.

11. Maksudnya... Aset-aset Khazanah telah 'terlebih nilai' sebanyak RM7.3bil pada tahun-tahun sebelum ini. Cuma orang tak nampak sebab tidak dilaporkan.

12. Sebenarnya kalau diteliti betul-betul pembentangan Khazanah, anda akan dapati bukan perniagaan Khazaah yang 'rugikan' Khazanah, tapi penilaian semula aset-aset ini.

Nilai rosot (impairment): RM7.3bil
Kerugian yang diumum: RM6.3bil


Dari segi perniagaan, sebenarnya Khazanah untung RM1bil (7.3bil - 6.3bil), tak rugi.

13. Kerjaan PH & pimpinan baharu Khazanah pada asalnya mempunyai 2 pilihan:

Pilihan (1): Buat cara lama, sembunyikan prestasi sebenar dengan 'memanipulasi' akaun, jangan menilai semula nilai aset-aset Khazanah, kemudian umum untung besar. Syoklah satu Malaysia sebab untung, bukan? Tapi semua akan jahanam kelak.

Pilihan (2): Tekan butang reset dengan mengumumkan keadaan sebenar. Benganglah satu Malaysia sebab rugi, betul? Tapi lebih baik & stabil kelak.

Mereka pilih B. Biar pahit & difitnah sekarang, tapi kedudukan Khazanah lebih sihat kelak.

14. Bukan niat saya nak menuding jari. Rasanya bukan niat PH atau Khazanah nak salahkan siapa-siapa pun. Sebab itu dalam sidang media Khazanah, tidak disentuh langsung pasal pentadbiran lama ataupun Najib.

Tapi memandangkan Najib Razak telah ambil berita ini dan spin, kemudian Khairy Jamaluddin pun sebar berita tidak tepat, maka terpanggillah untuk jawab penipuan Najib & Khairy.

15. Mungkin maklumat-maklumat ini complicated. Sebab itu hampir 2 jam digunakan untuk membaca & meneliti laporan Khazanah, sebelum dijelaskan dalam bahasa yang paling mudah untuk orang ramai fahami.

Semoga bermanfaat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...