Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Mac 2019

Aiman Belek Kuku, Acuh Tak Acuh Layan Media - Wartawan PH.

POLITIK | PRK Semenyih menyaksikan Pakatan Harapan tewas dan Barisan Nasional merampas kembali kerusi tradisi itu selepas kecundang dalam PRU ke 14 yang lalu.

Pelbagai pihak kemudiannya tampil dengan bermacam analisis samada menyokong ataupun membantah cara Pakatan Harapan berkempen sepanjang pilihanraya kecil itu.


Kebanyakan analisis itu meletakkan kesalahan kepada Pakatan Harapan dan kegagalan mereka menjaga team media sosial.


Ada juga analisis yang menyalahkan Pakatan Harapan kerana gagal menunaikan janji manifesto dan kerap membuat pusingan u serta menteri-menteri yang gemar mengeluarkan kenyataan bodoh tambah sombong.


Sesetengahnya pula menyalahkan Barisan Nasional dan PAS. Mereka mendakwa PAS dan Barisan Nasional berjaya dalam kempen rasis dan itu tidak baik untuk perpaduan negara.

Bagaimanapun pada kami, antara analisis yang menarik untuk dikupaskan ialah sesetengahnya meletakkan faktor calon menjadi punca utama kenapa Pakatan Harapan kalah di Semenyih.

Sikap calon yang dikenali sebagai Aiman itu sebenarnya membawa masalah keyakinan pengundi terhadap dirinya sendiri.

Jenama parti Pakatan Harapan kuat namun ia kecundang kerana calon terlihat terlalu bermasalah.

Calon blur ketika berhadapan dengan pihak media.

Calon membuat janji separuh masak, pembinaan hospital, kejap ada, kejap tak ada, Bosnia pula nak melabur. Semua ini untuk mempertahankan imej calon dan PPBM.

Calon bersembang kencang, hari ini menang esok selesai masalah. Muhyiddin yang turut berada disebelah Aiman ketika melihat Aiman membuat janji memaparkan muka yang berkerut seribu. Masalah. Mungkin ini katanya dalam hati.

Pernah di suatu ketika, kempen saat-saat akhir, ketika Anwat turun padang, nama Aiman diseru ketika Anwar mahu memperkenalkan calon. Aiman naik ke pentas, dan kemudiannya dia terus tunggu di pentas tersebut sehinggalah Anwar Ibrahim selesai ceramah. Aksinya di atas pentas benar-benar menganggu tumpuan pendengar. Beberapa pengomen di FB LIVE kemudiannya menegur.

"Buat apa kat pentas tu lagi?"

"Apahal Aiman tercongok macam badut tu"

"Dah sebut nama blah la, tunggu buat apa?"

"Tengok muka calon PH. Macam hilang arah. Kahkahkah".

Beginilah sikap Aiman. Nampaknya dia tak boleh sesuaikan dirinya dengan tempat dan situasi.

Betul juga teguran pengkritik. Sesudah Anwar sebutkan namanya, turunlah dari pentas itu. Tercongok-congok tanpa hala tuju nak buat apa!

Kritikan yang sama juga dilontarkan oleh pengamal media. Bahkan oleh pengamal media yang menyokong Pakatan Harapan juga mempunyai pandangan yang sama.

Lihat sahaja teguran wartawan Malaysian Dateline dibawah ini;
Soalan pertama tidak lebih sekadar mukadimah iaitu tentang perjalanan kempen pada hari tersebut yang berbaki lagi seminggu kempen.

Namun, jawab anak muda berusia 30 tahun itu, “Tadi dah jawab banyak soalan. Baru saja tadi balik dari Pusat Media. Baru saja sampai ni…”

Terus saya memintas kepada soalan tentang sambutan pengundi terhadap kempen PH, Aiman menjawab,“Pagi tadi saya dah jawab. Soalan sama je…” katanya sambil tersengih dalam nada kebudak-budakan.

Tidak berputus asa terus bertanyakan tentang tuntutan penduduk setempat berkenaan hospital di Semenyih, dia menjawab, “Dah nak gerak dah. Kami nak pergi kampung Orang Asli selepas ini.”

Membelek kuku

Agak mengejutkan, Bendahari Bersatu Hulu Langat itu terus berlalu pergi tetapi tidaklah menaiki kenderaan untuk ke destinasi kempen yang disebutkannya sebentar tadi.

Sebaliknya, Aiman yang difahamkan masih mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) itu duduk di kerusi berhampiran di bawah pokok sambil membelek-belek jari dan kukunya!

Bekas penuntut kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di UiTM itu juga pada masa sama dilihat bercakap di telefon dengan gajet itu dikepit antara telinga dan bahunya.

Detik relaks Aiman ketika itu begitu unik bagi saya. Melihatkan Syafiq sudah fokus untuk merakamkan gambar perarakan lori itu, spontan saya menangkap gambar aksi selamba Aiman itu dengan telefon sendiri tepat jam 4.12 petang.

Sepanjang tujuh tahun bergelar wartawan, ini kali pertama saya menyaksikan seorang calon wakil rakyat yang maaf saya katakan “tidak pandai bercakap” apa lagi mesra media.

Lebih-lebih lagi dalam tempoh genting dua minggu kempen pilihan raya, lazimnya calon bertanding akan lagi bimbang jika pihak media kurang memberi lensa tumpuan terhadapnya.

Meskipun kecewa yang bukan sedikit melihat reaksi Aiman yang ‘malas’ melayan media, kami tetap profesional untuk mengikuti menantu kepada penyandang N.24 Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor itu ke lokasi kempen yang dimaksudkannya.

Bersama tentatif kempen calon yang sentiasa dirujuk dengan sentiasa peka terhadap sebarang kemungkinan perubahan, sayang seribu kali sayang, jejak Aiman bersama pasukan kempennya entah ke mana menghilang dari radar!

Sumber : https://malaysiadateline.com/pengalaman-mengejar-bersemuka-dengan-aiman/
---

Masa kempen, acuh tak acuh layan media - walaupun media itu pro parti kamu sendiri.


Masa kempen main kuku, mulanya kata nak pergi tempat kempen tapi boleh duduk belek kuku. 


Masa kempen, juga boleh hilang dari radar.
Kalau ini bukan pakej sengaja nak kalah, maka apa?

Jika ada pihak yang mahu marahkan pengamal sosmed kerana tidak menyokong Aiman, sabar, nanti dulu. Sebelum marahkan mereka, baik marahkan Aiman. - 3 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...