Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 April 2019

Tunduk Lemah Longlai Bagaikan Pondan Dalam Isu UEC, Maszlee Jawab Pengkritik.

Maszlee Malik | i) Semalam tular di media sosial satu tulisan daripada saudara Khairul Azri yang seolah-olah menampilkan saya sebagai seorang Menteri yang tidak pernah menjawab apa-apa isu sekalipun.

Saya maafkan beliau kerana kurang inisiatif untuk terus mencari dan mendapatkan maklumat.

Tidak mengapa, saya akan terus menjalankan tugas dengan sehabis baik demi kepentingan bidang pendidikan di negara kita.

Dalam pada itu, izinkan saya menjawab beberapa persoalan melalui tangkap layar yang dipaparkan bersama-sama tulisan berkenaan. Sebenarnya semua persoalan-persoalan ini telah saya jawab.




 
1. Isu UEC (Rujuk Gambar Kedua dan Ketiga)

Isu ini telah saya jelaskan dengan panjang lebar dalam tulisan saya di Facebook semalam, malah Pasukan Petugas Khas juga telah diumumkan untuk melaksanakan kajian menyeluruh mengenai isu ini.

https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/posts/2694309587306964

2. Isu Pemberian Dana Kepada Sekolah Cina (Rujuk Gambar Pertama, Keempat dan Kelima)
Perkara ini saya lihat sebagai satu taktik lama untuk menafikan bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak adil kepada semua jenis sekolah.

Mereka hanya melaporkan tentang dana yang diberikan kepada Sekolah Cina, tetapi melupakan dana lebih besar yang KPM sediakan.

a) Sebanyak RM50 juta disediakan melalui Belanjawan 2019 untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;

RM50 juta untuk Sekolah Tahfiz dan;

RM25 juta untuk Sekolah Pondok Berdaftar.

b) Selain itu, melalui peruntukan Belanjawan 2019 juga, kerajaan menyediakan dana berjumlah RM250 juta buat Sekolah Kebangsaan.

c) Semua ini boleh disemak di pautan berita seperti di bawah:

https://www.bharian.com.my/…/kementerian-pendidikan-terima-…

https://malaysiadateline.com/228-sekolah-pondok-sekolah-ag…/

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1660989

https://www.bharian.com.my/…/sekolah-agama-rakyat-sekolah-a…

Sehubungan itu, saya meminta untuk anda semua sentiasa mengikuti kemas kini dan berita yang saya tampilkan di sini bagi mengetahui dengan benar gerak kerja yang dilakukan oleh KPM untuk terus memajukan pendidikan di negara kita.


---------

ii) Ramai yang meminta saya mengulas mengenai isu UEC sejak beberapa hari yang lepas.

Berikut adalah beberapa perkara yang telah saya jelaskan sebelum ini di pelbagai medium.

Namun demikian saya akan mengambil peluang untuk menjelaskan sekali lagi beberapa fakta penting mengenai UEC di sini.

1. Adakah UEC Sudah Diiktiraf?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk mengiktiraf UEC. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2018 telah memutuskan untuk KPM menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneliti isu berkaitan UEC.

Sehubungan itu, pada 28 September 2018, KPM telah menubuhkan Pasukan Petugas Dasar UEC yang dianggotai oleh tiga panel dari luar KPM dan anggota-anggota ini terdiri daripada mereka yang pernah terlibat dengan sistem UEC dan mereka yang berada di luar sistem.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC ini akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan keputusan akhir.

2. Siapakah yang mengganggotai Jawatankuasa Kajian UEC?

Anggota Pasukan Petugas Dasar UEC telah dilantik pada 29 Oktober 2018 dan mereka terdiri daripada individu seperti berikut:

(a) Encik Eddin Khoo Bu Eng (Penulis, Wartawan dan Pengasas PUSAKA) –Pengerusi;

(b) Encik Mohamad Raimi Ab Rahim (Peguam dan Presiden ABIM) – Ahli; dan

(c) Datuk Tan Yew Sing (Timbalan Presiden Dong Zong dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China) – Ahli

3. Jika tidak diiktiraf, mengapa UEC diterima sebagai syarat untuk menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP)?

CLP bukan terletak di bawah bidang kuasa KPM.

Dalam masa sama, KPM meminta untuk semua pihak menghormati kajian yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC dan tidak membuat sebarang kenyataan atau keputusan yang boleh mengelirukan orang awam.

4. Bagaimana pula dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi lulusan UEC yang ditawarkan baru-baru ini?

Program ini bukanlah program baharu, tetapi telah berjalan sejak tahun 2011 lagi. Program ini juga dibuka untuk lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).

5. Apakah fungsi yang dimainkan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC?

(a) Mengkaji dan mencadangkan hala tuju dasar berhubung UEC untuk dikemukakan kepada KPM;

(b) Menyediakan dan mengemukakan pelaporan kajian yang mengandungi syor-syor kepada KPM dalam tempoh 3 hingga 6 bulan daripada tarikh lantikan;

(c) Menyediakan dan membentangkan pelaporan status kajian kepada Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada setiap bulan; dan

(d) Melaksanakan proses libat urus dengan semua pemegang taruh dan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat berhubung dasar UEC.

6. Bilakah Jawatankuasa Kajian UEC akan mengeluarkan laporan akhir?

Penyediaan laporan mengenai isu UEC tidak harus dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan yang menyeluruh dan pemikiran yang mendalam dalam penyediaan syor-syor bagi menangani isu ini.

Sehingga kini Pasukan Petugas Dasar UEC telah menjalankan 14 sesi temu bual yang melibatkan 34 slot bersama-sama tokoh individu dan pertubuhan yang dijemput secara khusus serta lima mesyuarat.

Laporan akhir berkaitan isu UEC ini dijangka disiapkan pada Julai 2019.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan keputusan akhir
. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...