Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 April 2019

Najib, Rosmah Sibuk Berbelanja Mewah Ketika Kelantan Banjir Teruk - Fahmi Reza.

POLITIK | Aktivis politik Fahmi Reza yang juga pecipta karikatur Najib badut membidas sikap penyokong bekas Perdana Menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kerana berbelanja mewah ketika Kelantan ditimpa musibah banjir yang terburuk dalam sejarah.

"Pada 22 Disember 2014, Najib Razak dan Rosmah Mansor dilaporkan berbelanja lebih RM500,000 di butik Chanel di Honolulu, Hawaii, AS menggunakan kad kredit hasil korupsi pengubahan wang haram.

Semasa Najib dan Rosmah tengah membazir shopping lebih setengah juta ringgit beli barang Chanel, negeri Kelantan sedang mengalami banjir paling teruk dalam sejarah. Dilaporkan pada 22 Disember 2014 seramai 16,000 orang mangsa banjir di Kelantan hilang tempat tinggal, pada hari yang sama Najib dan Rosmah relaks je tengah shopping sakan.

Ini boss yang korang tak habis-habis nak pertahankan? Tak malu ke?,"
katanya dalam satu kenyataan.


Fahmi memetik berita Harian Metro yang melaporkan perbelanjaan mewah Najib yang bernilai RM532,918.17 di butik Chanel pada 22 Disember 2014.

Perbelanjaan itu direkodkan dalam penyata kad kredit Najib Razak yang juga antara bahan bukti utama yang dikemukakan kepada mahkamah dalam perbicaraan kehilangan dana 42 juta SRC International. 

Untuk rekod, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Februari 2015 memasukkan RM10 juta iaitu wang daripada hasil aktiviti haram daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi yang lain.


Tommy berkata, Tommy Thomas dalam kenyataan pembukaannya berkata pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib mengeluarkan sejumlah 15 cek peribadi daripada akaun beliau, berjumlah RM10,776,514.

Katanya lagi, akan dibuktikan juga bahawa pada Disember 2014, kredit kad Najib dicaj sebanyak AS$130,625 bagi perbelanjaan di butik Chanel di Honolulu Amerika Syarikat.

Turut akan dibuktikan, bahawa cek peribadi yang digunakan itu antara lain, bagi pembayaran kerja pengubahsuaian rumah beliau di Langgak Duta dan di Pekan, Pahang serta kepada parti politik komponen BN. - 5 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...