Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 April 2019

FoodBank Dibawah PH Lebih Berjaya Berbanding Zaman Najib Razak - Rafizi Ramli..

RAFIZI RAMLI | Mulai minggu ini, sekitar 100 buah keluarga berpendapatan rendah di dalam Parlimen Pandan akan mula mendapat bahan mentah dan makanan percuma di bawah program Food Bank kelolaan KPDNHEP Saifuddin Nasution Ismail


Agihan sayuran, buah-buahan dan bahan makanan secara percuma yang disampaikan pada hari ini adalah atas sumbangan pasaraya Econsave.

In Sha Allah program ini akan dapat membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah mengurangkan bil makanan mereka.

Usaha seperi ini mungkin dicemuh oleh pengikut-pengikut Najib Razak, tetapi ada perbezaan besar di antara pentadbiran beliau dan PH sekarang.

Semasa pentadbiran beliau, DS Najib tidak mempedulikan keluh-kesah rakyat mengenai kos sara hidup. Bila dimaklumkan mengenai harga barang, beliau mendakwa harga kangkung turun tetapi rakyat bersungut.

Beliau juga tidak peduli kepada program seperti Food Bank ini untuk membantu rakyat.

Menteri-menteri termasuklah yang banyak mengkritik PH sekarang, tidak pun kisah mengenai masalah harga barang.

Pimpinan PH seperti DS Dr Wan Azizah dan DS Saifuddin Nasution kekal prihatin mengenai masalah kos sara hidup ini dari sebelum menjadi menteri.

Selepas menjadi menteri, mereka usahakan sesuatu dari semasa ke semasa, walaupun itu dicemuh oleh askar maya Umno dan PAS (sedang mereka sebelum itu turut menyebarkan konon harga barang tidaklah mahal di bawah pentadbiran DS Najib).

Mengurangkan beban rakyat dengan mengawal kos sara hidup adalah tugas berpanjangan. Setiap langkah, kecil atau besar, akan membantu rakyat.

Sebab itu, saya berharap setiap kawasan Parlimen mempunyai program Food Bank sendiri untuk membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah.

Warga maya yang selalu membaca maki hamun Umno dan PAS di media sosial - usah pedulikan kerana memang itu sahaja yang mereka tahu.

Mengusahakan program untuk rakyat ini bukan keutamaan atau kepakaran mereka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...