Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 April 2019

Difitnah Jufazli, Anwar Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar.

POLITIK | Anwar Ibrahim menafikan laporan Utusan kononnya beliau telah menjemput Jufazli Shi Ahmad secara peribadi untuk hadir ke majlis pelancaran bukunya pada ahad lepas.

Pada awalnya Jufazli telah menerbitkan kenyataan itu menerusi Facebooknya dan Utusan bertindak melaporkan.

 
"Wahai Tun Mahathir, hari ini saya telah memenuhi jemputan peribadi daripada saudara  Anwar Ibrahim ke majlis pelancaran buku terbaru terbitan ABIM yang bertajuk, Anwar Ibrahim : Semangat Darah Muda di PWTC," katanya dalam satu kenyataan sambil berkongsikan gambarnya dengan Nurul Izzah.

Kenyataan Jufazli itu kemudiannya dipetik oleh Utusan Online dan kesannya, ramai pihak mula menyangka cakap-cakap politik yang mengaitkan Jufazli dengan Anwar Ibrahim boleh jadi bukanlah fitnah yang tak berasas.

Untuk rekod, rentetan dari tindakan Jufazli Shi Ahmad yang gemar memaki hamun Tun Mahathir dan PAS menerusi LIVE FACEBOOK, terdapat cakap-cakap sembang politik kedai kopi yang beranggapan pemuda itu mungkin dibiayai oleh Anwar Ibrahim ataupun DAP.


Persepsi Jufazli ditaja oleh Anwar ataupun DAP semakin berkembang dari hari ke hari dan sudah tentu hal ini tidak baik untuk imej Anwar Ibrahim kerana akan dianggap gila kuasa dan tak sabar-sabar nak jadi Perdana Menteri sehingga tergamak upah orang untuk membuat provokasi secara berterusan.


Maka tindakan Jufazli yang secara sebarangan membuat dakwaan melulu berupaya menguatkan lagi tanggapan serong itu.

Anwar dalam kenyataan balas bertindak membetulkan laporan Utusan itu dengan menjawab,"Saya terpanggil untuk menjawab laporan Utusan Malaysia berhubung kenyataan Jufazli Shi Ahmad yang menyatakan beliau hadir ke majlis pelancaran buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda” atas jemputan peribadi daripada saya.


Ingin saya tegaskan di sini, ia merupakan jemputan umum kepada semua pihak yang dibuat melalui akaun media sosial saya,"
jelasnya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...