Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 April 2019

Jalan-Jalan Reformasi Maszlee Sukar Kerana Perangai Nie Ching..

NURUL ASYIKIN | Saya mencari Timbalan Menteri Pendidikan saya yang telah lama hilang. Namanya Teo Nie Ching. Dia adalah ahli politik wanita yang saya kagumi. Tetapi beliau kini menghilang entah kemana. 



Beliau serahkan tugasnya kepada Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan. Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan adalah pemangku kepada jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. 

Ia adalah sesuatu perkara yang menakutkan dan menyedihkan. Sekolah berbentuk semangat kecinaan diberikan lesen untuk berkembang dan terus berkembang sehingga menghilangkan semangat kebangsaan. Saya berasa sedih, marah dan sakit hati dalam masa yang sama. Saya tak sokong perubahan untuk membiakkan elemen rasis. Saya tak sokong perubahan untuk menyuburkan semangat kecinaan sehingga semangat kebangsaan diabaikan.

Menteri Pendidikan saya, yang namanya Maszlee Malik terpaksa melalui jalan-jalan yang sukar setiap hari kerana sikap Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan.

Menteri Pendidikan saya bagus orangnya walaupun saya pun bukanlah suka sangat padanya. Saya lebih sukakan Nie Ching dan sentiasa menyukai Nie Ching lebih dari saya menyukai Maszlee Malik.

Menteri Pendidikan saya;

👉 Ada usaha untuk membawa agenda pembaharuan di sekolah kebangsaan.

👉 Dia melantik individu dari kalangan yang boleh buat kerja tanpa melihat kepada elemen kepartisan - satu sikap yang bagus dan patut dipuji. Ini Maszlee lakukan supaya kerja-kerja pembaharuan dan reformasi institusi pendidikan dapat berjalan dengan lancar.

👉 Beliau memansuhkan sistem peperiksaan di tahap 1. Ini antara usaha permulaan untuk menjadikan sekolah sistem kebangsaan berdaya saing.

👉 Beliau mencari jalan untuk memastikan hutang RM1b Sarawak yang dipulangkan semula digunakan untuk membaiki sekolah-sekolah daif di Sarawak. Ini bermakna tidak hanya memulangkan semula wang, bahkan MoE memainkan peranan memantau agar wang itu benar-benar disalurkan ke sekolah daif.

👉 Beliau sedang berusaha untuk memastikan cikgu-cikgu dilepaskan dari kerja-kerja perkeranian. Ia memakan masa dan akal, ia memerlukan satu sistem bersepadu dan usaha ke arah itu sedang dilakukan secara berterusan.

👉 KPM menjalankan kajian samada melibatkan kelompok tertentu ataupun mengutip pandangan dari orang ramai. Ini dilakukan untuk mendengar suara orang ramai apa yang mereka harapkan dalam sistem pendidikan negara. Kita tidak lagi mahu setiap kali menteri bertukar dasar bertukar. Kita kali ini mahu memastikan dasar yang akan dilaksanakan benar-benar merentasi zaman dan teknologi. Ia satu dasar yang sesuai dan terpakai untuk semua bangsa dan agama.

👉 Untuk itu Maszlee Malik perlu dibantu oleh Timbalannya yang seharusnya mempunyai aspirasi yang sama, yakni memajukan sekolah sistem kebangsaan dan bukannya focus kepada kemajuan sekolah kecinaan yang mendorong sikap rasisma.

👉 Usaha Maszlee ini juga disahut oleh ramai pihak, antaranya Dr. Maza yang pernah mencadangkan agar semua budak-budak disekolahkan dibawah satu sekolah yang sama pada sesi pagi. Manakala sesi petang boleh diteruskan dengan subjek berbentuk keagamaan ataupun kecinaan (belajar mandarin).

👉 Sekolah sesi pagi diasingkan dari subjek berbentuk keagamaan, ini kerana terdapat aduan dari bukan muslim yang merasai kurang seronok sekolah kebangsaan seperti sekolah agama. Ini antara punca mereka memilih sekolah jenis cina/tamil. Ok, melayu faham dan melayu seperti MAZA mahu bertolenrasi.

👉 Apabila melayu beri satu idea untuk menyatukan semua anak bangsa, ini bermakna melayu itu benar-benar mahu melihat semua rakyat bersatupadu dibawah satu negara.

👉 Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tetapi banyak langkah telah dilakukan oleh orang melayu untuk ajak orang cina bersatu dibawah satu sistem pendidikan, tetapi sehingga ke hari ini mereka masih enggan dan berdegil. 

👉 Kalau ini bukan rasis, maka ini apa?

👉 Sekolah jenis cina dan sekolah jenis tamil perlu dihapuskan hingga ke akar umbinya. Bukannya buat baru, tambah baru, bina baru.

👉 Walaupun tanpa sekolah jenis cina dan sekolah jenis tamil sampai bila-bila pun cina adalah cina, india adalah india. Sekolah jenis melayu, sekolah jenis iban, sekolah jenis kadazan tak pernah ada, apakah mereka-mereka ini menjadi bangsa lain?

👉 Orang cina marah dipandang rasis tetapi sikap mereka mempertahankan sekolah jenis kecinaan membuktikan mereka rasis. Orang melayu adalah rasis tetapi sikap mereka ajak orang cina dan india berada dibawah satu sekolah yang sama, sekolah bangsa Malaysia, sekolah satu sistem yang menyatukan semua rakyat dengan satu dasar pendidikan bertaraf antarabangsa membuktikan mereka tidak rasis.

Kita ada banyak bukti bagaimana sekolah jenis kecinaan ini cuba mengacau aliran kebangsaan. Mereka bukan sekadar mahu sistem kecinaan bahkan mereka mahu paksa kerajaan iktirafkan UEC Taiwan untuk sambung belajar disana sini.

Mereka taknak akur pada aliran kebangsaan. Dalam masa yang sama mereka nak paksa kita terima pada sistem kecinaan.

Mereka taknak bersama orang melayu dalam satu sekolah, satu bahasa, satu dasar tetapi mereka nak paksa melayu terima mandarin disana mandarin disini.

Jika ini bukan rasis, maka ini apa?

Lebih teruk sikap rasis ini disokong pula oleh Timbalan Menteri dari Taiwan.

Menyebabkan laluan Maszlee penuh dengan duri-duri yang melukakan kakinya.

Dia terpaksa berhadapan dengan kritikan setiap kali sekolah kecinaan dibanggakan oleh pihak tertentu. Setiap kali UEC menjadi topik perbualan.

Dibuka mulut, dia kena. 
Ditutup mulut, dia juga kena.
Apa sahaja tindakan, dia tetap akan kena.

Sebagai Timbalan Menteri, patut atau tak patut kita bersama-sama dengan ketua kita membetulkan sistem pendidikan ataupun menikam ketua kita depan belakang?

Jika ada hati perut, jika pandang melayu ini sebagaimana pandang cina, jika ada perasaan kasih dan sayang pada orang melayu dan mahu mereka bersatupadu dengan kaum cina, kembalilah Nie Ching. Kembalilah menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, kembalilah. Saya sentiasa menunggu anda kembali menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. - 2 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...