Tindakan itu katanya telah menyebabkan caj parking di Shah Alam naik sehingga 50% banyaknya bermula 1 April 2019 ini.
Khalid dalam satu kenyataan kepada Malaysian Dateline berkata;
👉 MBSA kekurangan hasil pendapatan yang menjadi punca utama kenapa caj parking dinaikkan.
👉 MBSA telah defisit sejak 3 tahun yang lepas.
👉 Caj parking 0.40sen yang dikenakan pada tahun 1998 pernah dicadangkan untuk dinaikkan kepada 0.60sen pada tahun 2008.
👉 Namun disebabkan Pakatan Rakyat memenangi Selangor pada ketika itu maka cadangan tersebut terpaksa ditangguhkan.
👉 Khalid bagaimanapun beranggapan kenaikan caj parking itu tidak wajar jika dibuat secara sengaja.
👉 Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ianya patut dinaikkan jika penguatkuasa mempunyai alasan yang kukuh.
👉 “Jika mereka saja-saja (naikkan kadar caj), saya tidak setuju. Mana-mana kenaikan perlu dipertimbangkan secara serius sebelum ia diluluskan.
“Namun, kenaikan tersebut dilihat wajar atas sebab MBSA mengalami kekurangan pendapatan,” katanya.
👉 Khalid juga menyarankan pihak yang mempertikaikan hal itu perlu merujuk kepada pejabat ADUN kerana ia merupakan urusan kerajaan negeri.
Isu kenaikan caj parkir di Shah Alam mula menjadi sensasi di laman sosial selepas ianya dilaporkan oleh portal Malaysia Dateline dan dibangkitkan oleh Najib Razak.
Portal Malaysia Dateline melaporkan respon pengguna Shah Alam yang mengakui terjejas dan terbeban dengan caj baru yang bakal dilaksanakan pada 1 April ini.
Kenyataan Khalid bagaimanapun tidak menjawab beberapa persoalan penting yang ditimbulkan pengkritiknya. Sekurang-kurangnya Majlis Bandaraya Shah Alam perlu menjawab jika sekalipun hal ini diluar bidangkuasa Menteri Wilayah;
👉 Adakah benar kawalan parking di seluruh Shah Alam kini diserahkan kepada pihak ketiga -> syarikat -> swasta?
👉 Jika benar, bagaimanakah pembahagian keuntungan dilakukan diantara syarikat tersebut dengan MBSA?
👉 Apakah benar MBSA mengalami defisit selama 3 tahun berturut-turut? Jika benar, kenapakah defisit itu harus dilemparkan bebanannya kepada pengguna? Sudahkah ada siasatan dalaman dilakukan untuk menyiasat punca kepada berlakunya desifit aka kekurangan hasil? Adalah tidak adil menyerahkan segala bebanan kepada rakyat, kurang hasil, naikkan caj, kurang hasil, naikkan cukai, kurang hasil, naikkan itu ini. Sepatutnya MBSA menjawab dulu kenapa berlakunya kekurangan hasil dan kemudiannya memberikan penjelasan kepada pengguna kenapa perkara itu harus dilakukan.
👉 Naik 20sen dari 40sen kepada 60sen. Bukanlah mahal. Bahkan tak sampai pun 50% seperti yang disembangkan Najib Razak (memperbesarkan cerita).
👉 Bagaimanapun setiap kenaikan adalah kenaikan, dan setiap kenaikan perlu diperjelaskan dengan baik supaya tak timbul salahfaham dan ketidakpuasan hati dikalangan pengguna.
👉 Dan kenaikan harga kupon ini juga dikenakan SST. 😎. - 30 Mac 2019.