Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 April 2019

Sekali Lagi BN Yang Salah Bila Bayaran Pinjaman Sara Hidup Peneroka Ditangguhkan Felcra..

POLITIK | Pakatan Harapan tidak belajar dari teguran. Ramai pihak telah menasihati Pakatan Harapan agar;

👉 Berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu dalam setiap keputusan yang mereka lakukan, kerana ini akan memperlihatkan kegagalan Pakatan Harapan menyelesaikan masalah.

👉 Jangan buat perangai pembangkang, yang berperanan mencari salah, sedangkan Pakatan Harapan ialah kerajaan yakni perlu membetulkan masalah.

👉 Jika semua perkara adalah salah kerajaan lama, dan kerajaan baru tiada cara untuk membetulkan masalah, maka nilai undi akan menjadi sia-sia. 

👉 Jika kerajaan lama boleh meneruskan satu-satu polisi yang memberikan kebaikan kepada rakyat, dan kerajaan baru membatalkan ia atas alasan salah kerajaan lama, ini akan memperlihatkan kerajaan baru lemah dan bodoh. Sebab itulah sikap seperti ini harus dihentikan kerana ia memberikan gambaran yang sangat teruk kepada kerajaan.

Persepsi negatif yang Pakatan Harapan dapat hari ini hanya 30% sahaja datangnya dari faktor luaran, 70% adalah dari pihak Pakatan Harapan sendiri. 

Terbaru dalam isu bayaran pinjaman sara hidup kepada peneroka Felcra.

Felcra telah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada para pesertanya disebabkan kedudukan kewangan syarikat yang lemah.

Ia susulan kejatuhan harga komoditi dan cabaran isu legasi yang diwarisi daripada pengurusan terdahulu.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata, penangguhan secara sementara ini hanyalah bagi pinjaman yang menggunakan sumber dalaman Felcra sahaja.

Manakala bayaran sara hidup yang menggunakan tabungan peserta seperti Bantuan Tanam Semula RISDA (BTSR), dibayar terus kepada peserta-peserta.

Pembiayaan sara hidup adalah pinjaman kepada peserta-peserta bertujuan membantu perbelanjaan bulanan apabila projek mereka tidak mempunyai hasil semasa program tanam semula.

Katanya, pembiayaan sara hidup diterima oleh peserta-peserta ini diperolehi daripada dua sumber utama iaitu sumber tabungan peserta yang diperolehi daripada Tabung Tanam Semula (TTS), Bantuan Tanam Semula RISDA (BTSR) dan bantuan MPOB. (MalaysiaGazette)

Respon netizens yang terjejas;



 
👉 Felcra sepatutnya menjelaskan secara terperinci bagaimana masalah kewangan itu boleh terjadi sehingga menyebabkan penanguhan bayaran pinjaman sara hidup kepada peneroka.

👉 Felcra juga perlu mengadakan perjumpaan dengan pihak yang terjejas untuk memberikan penjelasan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

👉 Apabila diseru untuk tidak menyalahkan kerajaan lama tidak bermakna menghalalkan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran terdahulu. Tetapi retorik suka menyalahkan menggunakan mulut perlu dihentikan.

👉 Jika pentadbiran terdahulu bermasalah, salahguna kuasa, dan sebagainya, gunakan undang-undang untuk menghukum dan membetulkan keadaan. Apabila ini berlaku, maka orang faham hah, kenyataan itu bukanlah sekadar bahasa politik. Ia benar-benar berlaku sebab itulah ia dibawa ke muka pengadilan. 

👉 Jika hal ini tidak dilakukan, berhentilah retorik kerajaan lama salah itu salah ini, orang mual dan muak. Beribu kali menyalahkan kerajaan lama pun tak akan mengubah keadaan jika masalah yang dihadapi oleh peneroka tidak diselesaikan.

👉 Akhirnya yang orang akan peduli, apakah aku ada wang untuk teruskan hidup pada bulan ini? Apakah aku ada wang untuk bayar tanggungan bulanan? Perkara ini yang berada dalam otak peneroka. Bukannya siapa salah, siapa buat masalah, siapa itu siapa ini. 

Dan dibawah ini kami selitkan ulasan dari Najib Razak;
 

Najib Razak | Sungguh mengecewakan bahawa pembinaan menara FELCRA yang dimulakan oleh kerajaan BN dahulu digunakan dalam Dewan Rakyat hari ini sebagai alasan mengapa FELCRA perlu menghentikan bayaran sara hidup sejak Ogos tahun lepas.

Perlu diingat bahawa pembinaan projek ini telah dimulakan pada tahun 2015 dan dijangka siap tahun ini.

Pada masa kerajaan BN, projek ini tetap diteruskan dan bayaran sara hidup tidak pernah dihentikan.

Apabila sampai ke tangan kerajaan PH pula, bayaran sara hidup perlu dihentikan pula kerana projek ini?

Menara kediaman 43 tingkat itu yang dikenali sebagai Semarak 20 Residency sudah mencapai 50% penjualan sejak awal tahun ini dengan harga penjualan yang lebih rendah berbanding projek pembangunan di lokasi itu.

Jumlah pelaburan FELCRA untuk projek ini ialah RM550 juta dan mereka bakal mendapat keuntungan RM550 juta apabila projek siap.

Masalah utama FELCRA sebenarnya ialah nilai ekspot dan harga sawit jatuh selepas PH ambil alih sehingga harga jualan tidak mampu menampung kos pengeluaran.

Tetapi jalan paling mudah ialah untuk menyalahkan BN.

Pada bulan Oktober lalu, saya pernah menyeru kerajaan PH untuk membantu FELCRA dengan dana tambahan jika benar-benar FELCRA mengalami masalah aliran tunai pada masa itu tetapi tidak dihirau oleh mereka.
https://www.facebook.com/…/dilaporkan-ba…/10155663400400952/

Bajet tambahan kerajaan yang diminta oleh PH untuk tahun 2018 pada minggu lepas adalah sebanyak RM19.6 bilion, dimana Menteri Kewangan mendapat 57.5% (RM11.3 bilion).
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155975373870952

Mengapa sebahagian kecil dari bajet tambahan PH yang begitu besar ini tidak disalurkan kepada FELCRA?

Setelah meminjam dan meningkatkan RM90 bilion lagi kepada hutang negara dan menjarah RM82 bilion dari Petronas, kerajaan PH bukan tak ada wang.

Cuma tidak sanggup bagi kepada FELCRA.

Kenapa kerajaan PH sanggup membiarkan peserta-perserta FELCRA untuk menderita dengan cuma memberi alasan "ini salah BN kerana bina Menara FELCRA yang akan menguntungkan?" - 2 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...