Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 April 2019

Equanimity Boleh Dijual Kerana Ia Bukannya Barang Bukti Dalam Mana-Mana Kes Mahkamah Kata Peguam.

Buzze Azam | Soalan paling banyak di tanya kepada saya harini, boleh ke kerajaan jual barang bukti yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah?




Jawapan :

1. Kapal equanimity ini TIDAK PERNAH menjadi barang bukti kepada mana-mana kes Mahkamah di Malaysia (setakat hari ini)

2. Semua pertuduhan ke atas DS Najib di Mahkamah sekarang TIADA KENA MENGENA dengan Kapal equinimity.

3. Kapal ini dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Febuari 2018 ATAS PERMINTAAN dari pihak DOJ Amerika Syarikat kerana DOJ berpendapat kapal ini milik Malaysia kerana dibeli hasil penyelewengan syarikat 1MDB.

4. TIADA SESIAPA MENUNTUT ATAU MENGAKU MEMILIKI KAPAL INI (BACA JHO LOW) SELEPAS IANYA DI SITA.

5. Jadi disebabkan tak siapa menuntut maka kapal ini dijual tanpa bantahan dari mana-mana pihak.

6. Syarikat 1MDB sendiri pun tidak menuntut apa-apa berkaitan kapal ini.

7. Tiada mana-mana pihak mempunyai bukti siapa sebenarnya pemilik kapal ini.

8. Jadi tak betul kalau kita anggap kerajaan telah jual barang kes kerana barang itu tak pernah menjadi barang kes untuk apa-apa pertuduhan pun kepada sesiapa.

9. Jadi kerajaan dah ada tambahan duit RM514 juta sekarang dalam Tabung Negara.

10. Jadi jika dibahagi samarata dengan 32 juta rakyat Malaysia, esok kita patut dapat RM16 setiap seorang.

Terima kasih kerajaan.

Kbai. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...