Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 31 Mac 2019

Difitnah Najib, MBSA Tampil Membetulkan Fakta.

POLITIK | Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan kenaikan caj parkir dari 40sen kepada 60sen mulai 1 April 2019 adalah disebabkan pengurusan parking diuruskan oleh syarikat swasta seperti dakwaan Najib pada jumaat lepas.

MBSA dalam satu kenyataan rasminya menjelaskan;

👉 Kawasan parking di sekitar Shah Alam sememangnya telah diserahkan dan diuruskan bersama dengan syarikat swasta sejak tahun 1999.

👉 Syarikat yang mengendalikan tempat letak kenderaan di Shah Alam adalah Suasa Efektif (M) Sdn Bhd. Syarikat yang sama juga mengendalikan kawasan parkir di Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang.

👉 Perjanjian Penswastaan Penyeragaman Pengurusan Tempat Letak Kereta Negeri Selangor diantara MBSA dengan Suasa Efektif (M) Sdn Bhd ditandatangani pada 26 April 1999.

👉 Dan pada tahun 2012, perjanjian tersebut diminta untuk dikaji semula oleh pihak kerajaan negeri agar ianya lebih adil kepada semua pihak yang terlibat.

👉 MBSA kemudiannya seperti dikehendaki oleh kerajaan negeri telah menambahbaik perjanjian tersebut dimana ianya lebih adil berbanding perjanjian sebelumnya.

👉 Ini juga bermakna kenaikan caj parkir dari 40sen kepada 60sen tiada kaitan dengan perjanjian syarikat swasta kerana kawasan tempat letak kenderaan telah lama diuruskan bersama antara MBSA dan syarikat swasta.

👉 Tindakan menaikkan caj parkir 40sen sejam kepada 60sen sejam dan caj bulanan dari rm60 kepada rm90 adalah kerana caj 40sen adalah caj yang telah lama dikenakan sejak tahun 1998.

👉 MBSA berpandangan caj tersebut adalah berpatutan memandangkan kadar baharu itu merupakan kadar terendah di Selangor dan Malaysia.

Lihat jadual perbandingan;


👉 MBSA juga menjelaskan kenaikan itu berlaku buat pertama kalinya selepas 21 tahun menggunakan kadar yang sama.

👉 Walaupun berstatus bandaraya, kadar yang dikenakan oleh MBSA merupakan paling terendah di seluruh Malaysia apabila perbandingan dilakukan.

👉 MBSA juga memaklumkan pengguna yang telah membeli kupon bulanan masih boleh menggunakan kupon tersebut sehingga tamat tempoh meskipun kadar baharu berkuatkuasa pada 1 April 2019.

👉 Bagi orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan mahu membuat maklum balas, mereka boleh menghubungi MBSA di talian 03 - 5522 2882.

👉 MBSA juga berharap dengan penjelasan dan pembetulan fakta berkaitan caj pengurusan kawasan tempat letak kenderaan, orang ramai lebih jelas dengan perkara sebenar. - 31 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...