Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 April 2019

Menteri Pertanian Sahkan SU Politiknya Yang Ditahan SPRM - Ini Kronologi Kes.

POLITIK | Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Salahuddin Ayub mengesahkan Setiusaha Politiknya adalah individu yang ditahan oleh SPRM kerana terbabit dalam siasatan rasuah.

👉 Pada jam 5.29 petang SPRM telah menahan seorang lelaki yang berusia 47 tahun di Aras SB, block C, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

👉 Lelaki itu ditahan selepas selesai memberikan keterangan kepada SPRM. Kes disiasat kerana menerima suapan berbentuk sebuah jam tangan mewah yang bernilai RM28,000 sebagai dorongan untuk memberikan projek dibawah kementerian Asas Tani kepada satu syarikat pembangunan. 

👉 Turut dilaporkan kemungkinan wujud kes rasuah yang lain.
 
👉 Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

👉 Lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Sabki Bin Yusof itu bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

👉 SPRM juga mengesahkan akan memohon tahanan reman terhadap lelaki terbabit di Mahkamah Majistret Putrajaya pada esok pagi.

👉 Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin Ayub menegaskan pihaknya tidak akan masuk campur dalam urusan siasatan SPRM terhadap kakitangannya.

👉 "Saya telah dimaklumkan setiausaha politik saya telah ditahan pada hari ini oleh pihak SPRM untuk siasatan.

Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya. Beliau juga seperti rakyat Malaysia yang lain yang tertakluk kepada undang-undang.

Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,"
katanya dalam satu kenyataan media.



👉 Serentak dengan itu, imej dan identiti sebenar lelaki yang ditahan oleh SPRM itu juga berlegar-legar di laman sosial dan menjadi bualan netizens. Kaitan kekeluarga dengan pihak tertentu juga disebarkan secara meluas. - 1 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...